Sesi Rawatan

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan kehadiran yang berhajat terlalu ramai, dan masa yang agak terbatas, jadi bagi yang berhajat, boleh datang jam 2 petang bagi sesi pertama dan jam 4 petang/ 5 petang bagi sesi kedua. Moga dipermudahkan Allah urusan rawatan nanti.

Insya Allah, sama-sama kita doakan yer...100% kesembuhan adalah milik Allah Taala. Jadi bergantung harap pada Allah, 20% sahaja daripada perawat.

Rawatan di MBTP pada 13 Feb 2011

Alhamdulillah, pujian bagi Allah Taala,
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, selesai sekali lagi sesi rawatan kami di Masjid bandar tasik puteri rawang pada taikh seperti di atas. Dengan kehadiran yang diluar jangkaan, hampir 60 orang yang berakhir rawatan pada jam 8:30 malam, sungguh luar biasa, yang berhajat datang dari pelbagai tempat...bila nak tanya dapat tau dari ustaz sekian2 namanya dan ada yang membaca blog ini. Moga kesembuhan diberikan oleh Allah Taala.

Taknak ceritak dengan lebih panjang, namun sesi rawatan memang menduga keringat dan tenaga kami sebagai perawat, yer lah kami ada 4 orang sahaja, yang lain dengan pelbagai urusan sendiri + famili, Insya Allah kami akan komited dengan tugas rawatan selagi hayat ada atau selagi khidmat kami diperlukan.

Antara kejadian yang kami jumper pada hari berkenaan:
  1. Kes santau pasangan suami isteri, dengar sahaja bacaan ruqyah terus bertempik.
  2. Sihir pemisah antara suami isteri [ dua kes kami jumpa] [1- isteri benci tengok suaminya, padahal suaminya bukan main handsome lagi, 2- Memang si penyihir nakkan isteri lelaki berkenaan].
  3. Saka harimau yang tak nak keluar...
  4. Jin sihir yang banyak yang mengaku nak bunuh si pesakit dan lain-lain lagi...
  5. Dan yang terbaru kami hadapi kes jin Yahudi dari bomoh yang ada di negeri pantai timur [tak tau boleh percaya ke tidak], tapi tabiaatnya macam Yahudi, keras kepala.

Yang marah kat kami pun ada sampai ugut nak bunuh perawat, namun itu semua psiko jin sahaja supaya jangan kami teruskan rawatan, Insya Allah, selagi kami bernafas dan sihat kami akan cuba membantu mereka yang berhajat dengan rawatan. Terima kasih dengan kepercayaan tuan/puan terhadap kami.

Masih ada yang bertanya pada kami, caj bayaran yang dikenakan, kami ulang disini, kami tidak mengenakan jumlah bayaran tertentu, namun kalau ada sumbangan kami ambik untuk menampung kos elektrik dan air masjid disamping nak gunakan untuk tujuan baik pulih masjid BTP itu sendiri [tulisan khat dan sediakan bilik rawatan yang ada hawa dingin] - setakat nie jumlah sumbangan belum cukup untuk membeli satu/ dua set penghawa dingin untuk bilik rawatan.

Insya Allah mana-mana yang ingin menyumbang untuk pembelian set hawa dingin boleh salurkan ke akaun ana selaku blogger dan merangkap Bendahari Group BTP seperti di bawah :

Muhamad Rosdi bin Abdullah
Akuan CIMB Islamic 
No akuan : 1242 0001 476208

Bantuan ustaz-ustaz di perlukan sangat-sangat

Assalamualaikum ust... anak yang terkena gangguan menelefon ana, ustaz, mak jadi lagi lah... tangan mak bergerak dengan sendiri, menangis-nangis, kami tak tau nak buat apa nie ustaz... jawapan ana, insya Allah, dalam 15 minit ustaz sampai...

Sesampai sahaja ana, akak tadi yang kerasukan menyembunyikan mukanya sambil menunjukkan isyarat tangan tak suka tengok ana, sementera sahabat-sahabat muallij lain datang, ana ruqyahkan dulu akak tadi, sekejap menangis, sekejap gelak, sekejap tutup mukanya dengan tudung solat [alhamdulillah malam nie akak ni dah stand by siap tudung solatnya]

Kes akak nie sebenarnya, dulu kami rawat sebagai pesakit biasa sahaja, kerana dia asyik berdebar-debar jer, scan takder apa-apa. Amalan mandian dan minum air doa kami bekalkan dan Alhamdulillah keluarganya selepas itu tidak menelefon kami selama 3 bulan. Alhamdulillah dah sihat kot kata kami bila kami berkumpul selepas rawatan, tiba-tiba bulan Feb nie akak ni telefon balik kami.

Rawatan pertama malam tue, akak nie terus tumbang apabila kami memulakan ruqyah, bermula dengan asas 10. Kami terkejut jugak, tapi biasalah bagi kami muallij nie. Rawatan malam tue hanya akak nie, anak perempuan bongsunya dan anak lelaki sulongnya. Anak lelaki yang sulong Pak Ali yang rawat, menggunakan kaedah tepuk-tepuk dengan doa-doa tertentu [orang banyak pengalaman-bekas tentera dulu, pernah tembak orang katanya], sahabat Ust Asri ambil akak nie, memang berdialog sakan lah akak nie, menceritakan siapa yang hantar, kenapa dia datang, dan akak nie ada saka yang dah tua kata jin sihir tadi.

Ana rawat anak perempuan  akak nie, kebetulan anak murid ana dulu masa kat SMKBTP tahun 2009- Mac 2010, tak sangka-sangka, tumbang jugak si F nie, ana terkejut jugak, biasa dia cergas jer masa kat sekolah dulu. Jin sihir yang Ust Asri rawat, menceritakan ada jin hindu dalam tubuh anak perempuan akak nie [kami dengar sahaja, tak boleh percaya sangat, bende alam yang kita tak nampak], yang si F ni amat sukar dan payah nak keluar, maybe ada hubungan dengan jin dalam badan maknya. Sehingga hari ini, ana dan sahabat-sahabat tengah mencari jalan macam mana nak rawat keluarga nie.


Malam tadi pun 10 Feb 2011, ketika ana datang, memang mak si F ni meracau habis. Menangis-nangis sambil peluk anak-anaknya. Ternyata jin saka. Ikut barang lama katanya. Tapi barang tue dah hilang.


Insya Allah malam nie, sahabat-sahabat muallij BTP akan datang sekali lagi untuk sesi rawatan seterusnya memandangkan akak nie masih belum ok. Siap cakap plak si F ni suka kat salah sorang muallij BTP, itulah tipu daya jin agaknya... nak kita kasihankan dia...


Wallahu a'lam... segalanya dengan izin dari Allah Taala.

Jin Menempel

Keterangan:
  1. Jenis jin yang agak pelik
  2. Jenis suka bergayut pada anggota badan manusia.
  3. Kadang kala pada bahagian sulit, permukaan tangan, tengkuk dan bahagian-bahagian lain.

Punca gangguan:
  1. Suka pada mangsa berkenaan.
  2. Dukun / pawang mengarahkan jin ni menempel pada pesakit berkenaan.

Tanda-tanda gangguan:

  1. Pesakit mengejek perawat.
  2. Tidak menyerah kalah dengan perawat. Rawatan akan memakan masa yang agak panjang.
  3. Wajah mangsa akan memperlihatkan kejahatan dan ketakutan apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran

Kaedah Rawatan:

  1. Zikrullah terutamanya asma ul Husna.
  2. Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW [paling kurang 100 kali sehari]
  3. Memperdengarkan di telinga kanan dan kiri kalimah tauhid ‘la ilaha illallah’.
  4. Diberi minum air doa.
  5. Membaca surak al-Qiamah
  6. Membaca surah al-Insan.


10 Pesanan untuk OYID [pesakit]

10 perintah tetap amalan pesakit sihir dan saka   [link]

Laporan ringkas 10 perintah tetap pesakit sihir dan saka kali ini menerangkan benda yang harus diambil berat oleh pesakit yang terkena sihir sama ada santau, saka, sihir pengasih, buatan orang, gangguan toyol, pelesit, anak kerak, hantu raya, langsuir, pontianak dan apa sahaja jenis bentuk gangguan makhluk halus. Semoga bermanfaat dan boleh menjadi seorang islam yang baik hingga menjadi seorang islam(muslim) yang beriman (mukminin).

1. Kebersihan
Firman Allah bermaksud: “...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.



2. Mandi Hadas
Melewatkan mandi hadas juga tandanya tidak bersolat.

Dalam suatu riwayat lain disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”. (Riwayat At Tabrani).

3. Pakaian Bersih
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.

4. Sampah
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).

Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah-sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.

Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.

5. Rumah Besar
Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman. Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka. Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"* [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: *"Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya"* [HR Muslim]

6. Tandas
Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

7. Kencing Berdiri
kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)

8. Mencarut
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebab itu apabila ingin bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar untuk ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Dari Abi Darda' ra, bahawasanya telah bersabda Nabi saw Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

9. Membazir
Dewasa ini, terdapat banyak bentuk pembaziran dari kenduri perkahwinan, majlis makan malam beradab (kononnya), hi-tea, valentine day, hari raya sakan, dan lain-lain. Tak kurang pula dengan membazir waktu dengan melepak, menonton wayang, berjudi, menonton bola sepak, akademi fantasia, jangan lupa lirik, astro, kartun, HBO dan lain-lain.

Allah s.w.t. menegah perbuatan boros (al-Isra’ 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu membazir dengan boros.

Boros atau membazir menurut imam as- Syafii ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Salah satu kesempurnaan islam pada seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara2 yang tidak perlu baginya.” (Hadith hassan riwayat At-Tirmizi)

10. Memaki masa
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu" (Hadith Sahih Muslim)

Inilah hakikatnya, antara ayat yang sering kita mengeluh ialah:
sial punya hari, hari paling sial. hari yang malang, tahun yang malang, tahun malapetaka, hari yang celaka, tak guna punya hari dll

Kesimpulan
Semoga apa yang dihuraikan ini sudah cukup menjadi benteng keimanan melawan jin dan sihir tuan puan sekalian insya Allah. Ameen

Popular Posts