Mengapa Nampak??

KEPENTINGAN MENGESAN GANGGUAN JIN...

1.Agar gangguan pada diri seseorang itu dapat di kesan dan di beri rawatan sepatutnya...
kerana ramai orang yang sebenarnya sedang mengalaminya tapi ia terus terbiar tanpa tindakan semata-mata kerana tak faham... Maka ia berterusan mengalami gangguan sementara cengkaman makhluk tersebut terus bertambah kuat dan sebati...

Gangguan itu mungkin memberi kesan kepada...

a. Gangguan fikiran...
b. Gangguan perasaan...hingga ke tahap penyakit mental...
c. Gangguan perkembangan potensi diri...
d. Gangguan kepada pembesaran dan pembelajaran anak-anak...
e. Gangguan kepada hubungan antara ahli keluarga...
f. Gangguan kepada keharmonian rumah tangga...
g. Gangguan kepada hubungan dengan orang lain...termasuk masyarakat...
h. Gangguan kepada urusan mencari rezeki...
i. Gangguan kepada kesihatan fizikal ( penyakit ).
j. Kecenderungan kepada kejahatan atau perkara sikap-sikap negatif...
k.Halangan kepada mentaati Tuhan...malah lebih cenderung kepada tiap sesuatu yang di haramkan... ...dan sebagainya...

RAWATAN PENYAKIT...

Pada satu segi ada beberapa kategori penyakit...


1. Penyakit biasa...perlu rawatan hospital...
2. Gangguan jin...perlu rawatan gangguan...
3. Penyakit biasa dan gangguan serentak...perlu rawatan hospital dan gangguan...
4. Penyakit biasa membawa kepada gangguan jin...perlu rawatan hospital...dan rawatan gangguan...
5. Gangguan jin membawa kepada penyakit biasa...perlu rawatan gangguan sahaja...atau mungkin juga perlukan rawatan hospital...

Zaman moden...ada perubatan moden...maka kita manafaatkan sepenuhnya...kerana itulah antara hikmahnya Tuhan memberikan kita ilmu perubatan yang sentiasa berkembang maju...

Tapi masih ujud jin...maka rawatan gangguan jin adalah rawatan sepanjang zaman...kerana jin itu akan tetap wujud hingga ke penutup usia Alam Dunia ini...

Apabila sesuatu penyakit itu tak mendapat rawatan sebagaiman kepeluannya...contohnya penyakit biasa dengan rawtaan gangguan...atau penyakit gangguan dengan rawatan hospital...maka ia bererti...penyakit itu tidak dirawat dan pesakit akan menanggung padahnya...

ZAMAN MODEN...ZAMAN TAK ADA JIN ?

Itu zaman dulu...begitu kata segelintir orang yang menafikan ujudnya gangguan jin di zaman moden ini...

Ia tak mengetahui...sedangkan umur sesekor jin itu sama dengan umur berpuluh keturunannya...sedangkan jin itu sentiasa beranak pinak...maka bagaimana akan terhentinya gangguan jin ?

Malah seperkara kita peru mengambil kira...mengenai jin saka...banyak antaranya adalah jenis beranak pinak...dari berbelas...berpuluh atau hingga beribu ekor...

Maka kalau dulu-dulunya jin pada orang-orang tua itu sekor dua...dan 'cukup' untuknya sahaja...bayangkan kalau dah beranak pinak hingga berpuluh...ke beribu...berapa ramai
antara kita sekarang yang ada jin saka dari sebab pilihan atau ketidak sengajaan orang tua-tua kita ?

Malah ada orang yang mengingkari keujudan makhluk-makhluk halus itu adalah dari sebab pengaruh jin sakanya sendiri.

Ada satu kisahnya..rakan-rakan merawat seorang ibu...kemudian menantu si ibu yang datang dari jauh dengan sinis berkata...cuba rawat aku pula..mana tau ada jin... ternyata ia kemudiannya muntah-muntah agak teruk...

JIN ISLAM...BUKAN JIN ISLAM...

Ada orang suka...gemar...berhobi dan 'bergumbira' dengan adanya pendamping Jin Islam...
Bahaya Pendamping Jin Islam...

1. Membahayakan akidah...

2. Membahayakan diri...

3. Membahayakan keluarga...

4. Membahayakan keturunan...

5. membahayakan orang lain...

...dan sebagainya...

Setakat yang saya tahu...semua Jin Islam yang pernah saya dan rakan-rakan temui... biasanya penipu... talam tiga muka (kalau manusia paling banyak pun...dua muka saja) juga pembunuh ( dengan Izin Tuhan ) termasuk bunuh atau menyeksa suami wanita yang didampinginya...

Bayangkan...kalau bunuh orang..Islam menentukan balas bunuh...kalau bunuh jin ikut suka hati sendiri pun... tak ada hukuman undang-undangnya... Ia menunjukkan betapa rendahnya darjat jin berbanding kita manusia...

Tapi sebaliknya ada segelintir kalangan kita memandang jin itu makhluk hebat... mulia... digeruni... ditakuti...  menjadikan jin itu bongkak dan 'menginjak' sepenuhnya kepala kita sendiri...malah mengambil kesempatan dengan mewahnya diri kita sebagai makanannya atau jadi khadam tukang bagi makan kepadanya...

Maka apabila anda sengaja berdamping dengan jin...silakan anda...keluarga anda..dan keturunan anda bersemenerima padahnya...Kalau anda memilihnya 'sorang-sorang' kemudian keluarga dan keturunan anda menanggung akibatnya...bersiap siaplah untuk menghadapi tuntutan mereka di Akhirat kelak...

Ingatlah...Jin Islam sebenar tak akan membuat kerja-kerja syaitan... iaitu mencampuri.. memperdaya.. menyakiti...atau menyesatkan akidah manusia...dan tak akan merasuk
manusia termasuk bini orang kemudian menyuruh anda menjaga solat lima waktu...

AMALAN MUDAH...

Semua amalan yang saya tuliskan dalam blog ini...Insya Allah...saya niat sampaikan pada semua orang...semoga dapat di manafaatkan...

Tujuan utama sentiasa keredhaan Tuhan...dan segala pertolongan...perlindungan...kita mohonlah dari Tuhan... sambil kita terus berusaha sebagaimana peraturan yang IA telah tentukan dalam kehidupan ini...

Amalan Fatihah 3 Senafas...khususnya adalah antara amlan utama saya yang didapati daripada seorang Ustaz Perawat Rukyah... yang menafikan keujudan Aura...dan saya sampaikan semoga jadi amal Jariah baginya...

Kalau perbezaan pendapat pada hal-hal terbuka seperti ini menghalang kita daripada menerima sesuatu ilmu yang baik-baik...maka ia adalah kejayaan syaitan... Terima kasih pada Guru utama dan guru saya...dan rakan-rakan di mana-mana juga termasuk rakan pengulas dalam blog ini yang mungkin tak sedar sebenarnya dah jadi guru saya...semoga segalanya bermanafaat untuk kebaikan dunia akhirat...dan terima kasih atas perhatian anda semua...

...dan saya minta maaf atas semua salah...silap kasar... bahasa..terutama dalam mejawab sebarang ulasan...yang kadang-kadang saya buat dalam keadaan mengejar masa...

Semoga blog ini serba sedikit bermanafaat untuk umum dan tolong betulkan salah silap terutama mengenai sesuatu yang berkaitan hukum hakam...dan sebagainya...

Mungkin rehat untuk sementara atau mungkin tidak...namun atas mana-mana ulasan saya akan cuba menjawabnya setakat mampu...Insya Allah...

Segala salah silap dalam blog ini adalah atas tanggungan saya sendiri...bukan guru atau perguruan...

Penting tentang rawatan...saya baru belajar sekerat... dan umpama tin kosong...bunyi saja kuat...tapi tak ada isi...cuma saya manafaatkan bunyi yang agak kuat setakat mampu ini untuk cuba menyedarkan anda...selangkah lagi... kaki anda mungkin akan terjerumus ke dalam lubang...atau beberapa langkah lagi...dahi anda pasti akan terhantuk...carilah perawat yang sebenar-benarnya perawat...yang diamnya penuh berisi.

Insya Allah...yang baik itu dari Allah...wallohu a'lam 


Sumber : http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2011/05/rahsia-nampak-jinrumusan.html 

Rahsia Isa berusia 110 tahun

Ismail Mohamed Said (dua dari kanan) dan Mohamed Jaafar (kiri) beramah mesra dengan Isa Dollah di Kuala Krau, Pahang, semalam.



KUALA KRAU 27 Jun - Seorang warga emas berusia 110 tahun dari Kampung Gong Halt, di sini hanya mengamalkan membaca empat surah lazim sebagai rahsia umur panjang dan kesihatan yang baik.

Isa Dollah memberitahu, dia tidak mempunyai petua atau rahsia lain selain mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas yang diamalkannya sejak muda hingga kini.

Dia juga tidak ada pantang dalam pemakanan sebaliknya menikmati semua jenis makanan yang digemarinya.

"Saya bersyukur kerana Allah memberikan saya usia panjang untuk terus melaksanakan ibadat.

"Saya tidak ada rahsia atau petua melainkan yakin dengan kelebihan yang dianugerahi Allah dalam surah al-Fatihah itu yang merupakan ibu kepada al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita dalam majlis ziarah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang melawat dan menyampaikan hamper serta sumbangan kepada warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar; Pegawai Penerangan Daerah Temerloh, Hamdzah Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Samrah Hassan.
Isa yang mempunyai lima anak berkata, setiap kali selepas solat, dia akan membaca surah-surah itu dan menjadikannya zikir sepanjang hari.

Selain surah-surah itu, dia juga menggalakkan umat Islam membaca al-Quran setiap hari dan memohon kepada Allah kesihatan, kemurahan rezeki dan usia yang panjang.

"Saya bersyukur kerana dalam usia sebegini saya mampu melihat cucu-cucu saya membesar di depan mata. Walaupun saya sudah tidak berdaya untuk berkerja keras seperti zaman muda namun saya bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah kepada diri saya.

"Ini bermakna saya merupakan insan paling tua di kampung ini," katanya sambil bergurau dan tersenyum lebar.

Perawat BTP

1- Tn Hj Kamisan b. Siham (Naqib Kumpulan MuallijBTP) - 019-2405508,
2- Ustaz Asri - 012-2778723,
3- Imam Pak Ali - 017-3711980,
4- Ustaz Muhd Rosdi b. Abdullah [link] - 016-9585423,

5- Ustaz Eadil b. Mat (Nazir Masjid BTP) - 019-2206072

email : muallijbtp@gmail.com
--------------------------------
Keperluan Rawatan :

1- Air mineral/ bertapis [3 botol setiap yang berhajat]
2- Limau nipis 21 biji/ limau purut [7 biji] bukan limau kasturi yer!!!3- Garam Kasar
[tujuan pemagaran rumah/ bangunan]
4- Lada Hitam [tujuan pemagaran rumah/ bangunan] 


5- Bahan-bahan lain untuk kencing manis, darah tinggi, kanser payu dara [kita ikhtiarkan] sila tel perawat!!!

--------------------------
Sumbangan???

 
Seikhlas hati tuan/puan, kami mengalu-alukan sumbangan kerana kami ingin membantu pihak masjid dalam menjelaskan bil elektrik/ air sepanjang rawatan berlangsung di MBTP, terima kasih atas sumbangan berkenaan!!! Barakallahu lakum!!!

Tanda-Tanda Gangguan Jin/ Sihir

Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan. Ianya juga dikatakan perbuatan yang mengelirukan pancaindera.

Melalui sihir, pengamalnya dapat mengubah sesuatu perkara menjadi seperti mukjizat dan karamah pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku menerusi penggunaan jin.

Ada juga diantara ahli sihir yang menggunakan azimat-azimat dan nama bintang. Ianya disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan kufur dan rajah-rajah tertentu.

Sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan.

Ada juga sihir yang berbentuk simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati ataupun akalnya.

Sihir adalah realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci dan rasa kasih sayang salah seorang daripada mereka.

Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah.

Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir.

DIANTARA TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR

Kebiasaannya tanda-tanda dibawah ini adalah tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah gangguan jin saka atau keturunan, walaubagaimanapun ini hanyalah panduan semata-mata, untuk mendapatkan kepastian lanjut sila buat pemeriksaan dengan perawat-perawat yang berpengalaman merawat dengan kaedah rawatan Islam.

- Penyakit yang sama menimpa kebanyakan kaum keluarga, seperti adik-beradik, ibu atau bapa, datuk atau nenek, pakcik atau makcik, dan sepupu-sepupu, seperti gatal-gatal, penyakit kulit, asma dan kanser.

- Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk, jatuh yang kuat akibat bersukan)

- Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

- Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

- Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

- Ada yang menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

- Boleh menghadirkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.

LAGI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA :


• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
• Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
• Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur•

TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.

• Mimpi yang menakutkan
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
• Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

Antara penyebab-penyebab seseorang itu disihir ialah:

- Mungkin ada yang dengki dengan perniagaannya yang maju, atau kenaikan pangkat atau kejayaan.
- Memutuskan pertunangan, mengakibatkan pasangannya ingin membalas dendam kerana mendapat malu atau rasa tercabar.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati, cemburu, buruk sangka dan lain-lain yang seumpamanya.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT KEDIAMAN JIN PADA TUBUH MANUSIA:

- Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.

- Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.

-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.

WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang disebabkan gangguan jin adalah kerana, jin tersebut tinggal di dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.

Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Perlu diingatkan ada diantara golongan jin yang tertarik kepada perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia mengganggunya.

KESIMPULANNYA

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w serta beramal dengan syariat Islam.

MUTIARA KATA :

" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah".

Takziah : Ibu Ustaz Asri Kembali ke rahmatullah

Hari ini, 24 Jun 2011, ibu kesayangan salah seorang perawat kami telah kembali ke sisi Allah, setelah berada di HKL dalamsesuatu tempoh. Semoga roh ibu ustaz Asri dicucuri rahmah Allah Taala dan mendapat kebarkahan daripada-Nya.

Semoga di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.

Al-Fatihah buat allahyarhamah.

Dari kami:
Sahabat-sahabat Perawat Group BTP 2011.

Hadis Berkaitan Jin


Hadis 1 :

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar. Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”


Hadis 2 :

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, katanya:

“Tidak ada suatu rumah dari kaum Muslimin melainkan di atap rumah mereka adalah golongan jin Islam. Apabila mereka meletakan makanan pada waktu siang, golongan jin turun dan makan tengahari bersama mereka dan apabila manusia meletakan makan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka”


Hadis 3 :

Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda Rasulullah SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”

(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)

Hadis 4 :

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dgn penuh kehinaan”


Hadis 5 :

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda :

“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: Wahai Rasul kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu? Rasul menjawab: Taun adalah tusukan saudara-saudaramu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

Sumber:

Rawatan Susulan

21 Jun 2011.
Jam 9:30 malam.
Masjid BTP, Rawang.
Perawat :
Tn Hj Kamisan [naqib kumpulan]
Pak Ali
Ustaz Rosdi

8 orang yang berhajat dengan rawatan datang bertemu dengan kami, Group Perawat BTP. Tamat rawatan lebih kurang jam 1 pagi. Itulah proses rawatan yang kadang kala senang dan sebaliknya. Semua dengan izinnya jua.Cuma malam nie, adalah rawatan susulan, bagi kes-kes sebelum nie.

Keluarga dari Puchong, isterinya terkena sihir, baby yang baru lahir menangis sakan bila mummy nye nak bagi susu badan, sebelum nie dah kami rawat, namun ketika itu, yang berhajat nie tengah mengandung, bimbang plak kalau paksa-paksa, kan kami plak jadi bidan, belum belajar lagi bab tue.

Kes kedua, berkaitan sihir dalam perniagaan, pun rawatan susulan. Ternyata kes sihir makin menular dalam masyarakat Melayu. 

Kes ketiga, anak murid naqib kumpulan, yang masih bersaki baki gangguan berkenaan, kali nie, jin-jin bomoh yang dia berjanji untuk mendapatkan rawatan. Mak murid nie pun agak kritikal, sepanjang dirawat, sendawanya tidak henti-henti, cuma tak kerasukan sahaja. Tetapi mak sedara murid nie, kerasukan yang agak kritikal, tetapi masih boleh dikawal. Wallahu a'lam.

Kes keempat, pasangan suami isteri dari BTP sendiri jugak, anaknya menangis tak berhenti-henti, nak kata kembung perut, dah gi cek hospital kata bapanya, ketika sesi ruqyah lagi, mummy nie dah pening-pening, ternyata gangguan kerana masalah perniagaan, Melayu lagi, dengki sangat sesama Melayu. Kes yang hampir sama dengan keluarga Puchong, anaknya taknak minum susu mummy nyer jugak, sebab tue lah datang merawat katanya.

Allahu! Allah Taala yang memberikan kesembuhan, sama-sama kita ikhtiarkan!! Allhu Akbar!

Rawatan Masjid BTP 19 Jun 2011

Jam 2:30 petang
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Perawat:
  1. Tn Hj Kamisan.
  2. Pak Ali
  3. Ustaz Rosdi
  4. Saudara Amin [pelatih]

Kehadiran pesakit kali nie lebih kurang 30 orang. Alhamdulilah tak ramai, maknanya dah ramai yang sihat Insya Allah. Allah yang menyembuhkan bukan kami, kami hanya mendoakan sahaja. Sejak awal lagi, dah ada yang kerasukan sebelum kami mulakan ruqyah. Terpaksa dirawat dahulu, jin tiada agama katanya, tapi namanya Hamzah [wallhu a'lam].

Macam-macam kes yang ada, makcik yang jual nasik lemak datang untuk rawatan susulan, ternyata jin tersesat masuk dalam badannya, 9 jin ada. Bukan main banyak tempat, dalam badan makcik ni plak dimasuknya jin-jin nie. Pergilah kat taman-taman ker kan, ada buaian lagi, pergilah main kat sana. 

Ada yang menghidap penyakit SLE, setakat nie, penyakit nie belum ada ubat lagi, hanya dengan rawatan menggunakan air doa kami ikhtiarkan, penyakit nie, attack anggota-anggota penting dalam badan seperti jantung, buah pinggang. Moga suaminya sabar menerima dugaan ini. Dia juga sahabat ana dalam pendidikan nie.

Yang membuatkan semua yang hadir tersenyum kerana gelagat jin nie, pesakit dari Kajang, datang untuk rawatan, seawal ruqyah lagi, dia menangis, mintak dihentikan bacaan ruqyah, kerana kesakitan katanya, alah tue semua mainannya sahaja. Kami teruskan ruqyah, tak kira. Dalam rawatan ternyata jin hindu sebanyak 9 jin, ana tanyakan dari mana, Johor Bharu katanya, kampung mana? dia menjawab, ketua kampung siapa nama? dia menjawab. Hahaha. Macam-macam jin nie, katanya kakak perempuan nie yang hantar. Allahu Akbar!! Ada ker kakak buat macam tue kat adiknya???

Ana offer Islam, Alhamdulillah, ketuanya setuju, dan semua diIslamkan, Alhamdulillah, namun yang melucukan apabila ana mintak dia bagi nama kepada sahabat-sahabatnya, yang ketuanya ana bagi nama Aishah, dalam sesi dia nak bagi nama kepada sahabat-sahabatnya tue lah, yang berhajat tadi bertutur dalam bahasa India, kami semua gelak sahaja. Allhu Akbar!!! Macam mana ana tau bahasa India, kitakan 1 Malaysia, semua kene ambik tau hehehe.

Seorang anak gadis dan abangnya datang untuk dapatkan rawatan, agak teruk adiknya, dikenakan sihir, memang susah sangat2 nak keluar, namun kebarkahan ayatul quran dan dengan izinnya jua, naqib kami mampu keluarkan jin berkenaan. Hampir 30 minit berdiskusi dan berdiplomasi dengan gangguan berkenaan, aku Hamzah katanya, aku taknak keluar, aku suka dia [alasan standard jin], pelbagai kaedah dijalankan. Alhamdulillah keluar Insya Allah. Dengan izinNya jua. Allahu Akbar!! Abangnya di cek juga, dan ternyata kene tempiasnya jua.

Rawatan berakhir jam 7 petang. Semua dengan izinnya jua. Allahu Akbar!!!

Rawatan 18 Jun 2011

Jam 9:30 malam
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Perawat : Tn Hj Kamisan, Ust Rosdi.

Kehadiran 3 keluarga yang memang sudah berjanji dengan naqib kumpulan kami, dari nilai 1 katanya. Kebetulan yang berhajat dengan rawatan bersekolah di rawang, jadi dah dekat sangat dengan masjid, jadi kami setkan rawatan di masjid sahaja.

Asalnya yang berhajat dengan rawatan, hanya budak sekolah ini dan sepupunya sahaja, namun pada malam tue ramai plak yang nak di scan, sahaja nak cek ada ke tak katanya, bukan main ramai, dari sekecil2 anak hingga ke ibu bapa, hampir 25 orang, jadi sebelum kami mulakan ruqyah, kami ceritakan tanda-tanda gangguan, dan kalau ada sila duduk untuk tujuan diruqyahkan. Kalau tiada tanda-tanda berkenaan, sila berundur. Tak perlu nak dedahkan diri kepada gangguan, sebab ianya bukan perkara main-main. 5 daripada yang duduk tadi berundur.

Bukan apa, kadangkala ada yang main-main, nak duduk-duduk sahaja sedangkan fokus untuk rawatan adalah pada orang lain. Takot tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya. 

Sesi rawatan, 3 adik beradaik [ibu pelajar berkenaan] mengalami masalah saka yang agak kronik, semua adik beradiknya sendawa serentak malam tue apabila kami suruh keluar dari badan. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah Taala.

Namun kes kronik, adalah pelajar berkenaan, asalnyer senyum-senyum jer kat kami, bila di pegang barulah tau mana langit mana buminya, bertempik melolonglah dia. Namun kesulitan sedikit apabila tersekat di kerongkong pelajar berkenaan. Semua dengan izinNya jua.

Sepupu pelajar berkenaan, bertempik jugak apabila dirawat, namun sekejap sahaja apabila berdepan dengan naqib kumpulan kami. Semoga Allah Taala berikan kekuatan kepada kami. Amien!!

Pelajar berkenaan yang mengalami masalah tersekat dikerongkongnya datang semula keesokan paginya ketika kami buat rawatan disebelah petang, muntah yang banyak keluar, Alhamdulillah, kes selesai dengan izinnya jua pada petang itu setelah muntah2 lebih kurang 30 minit, kesian plak ana tengok, baru tingkatan 2.

Doa Terang Hati

Amalan Sebelum Keluar Rumah

 Amalan 2

Amalan 1

Keyakinan adalah hanya pada Allah Taala.

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.

Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

"Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta'zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

"Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

"Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu terdapat beberapa kes melibatkan penggunaan ilmu sihir yang pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil di Malaysia.

Tetapi malangnya isu sihir tidak diberi perhatian sewajarnya. Sebagai contoh Dr. Mahyuddin memberikan kes cubaan bunuh dengan menggunakan ilmu sihir di mana ia tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan setelah berlaku kematian atau pembunuhan secara fizikal.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kaedah pembuktian jenayah sihir dalam mahkamah, dia berkata: "Saya berkeyakinan penuh bahawa jenayah sihir boleh dibuktikan di mahkamah.

"Malah dalam kajian yang saya lakukan lebih lima tahun, saya dapati perkara asas yang mesti difahami ialah metodologi penghasilan sihir serta selok beloknya.

"Jika kita gagal memahaminya, maka ia boleh mengundang kepada kezaliman kepada tertuduh. Sebagai contoh, di Eropah suatu ketika dahulu, mereka mempunyai Witchcraft Act 1736.

"Tetapi, pemakaian keterangan spectral evidence dalam proses pembuktian di mahkamah menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah dihukum bakar hidup-hidup dan digantung."

Jelasnya lagi, melalui perbandingan antara jenayah biasa dengan jenayah sihir sebenarnya terdapat banyak persamaan daripada aspek unsur-unsur actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat jahat) di mana ia diperlukan dalam proses pembuktian jenayah biasa yang sebenarnya terdapat dalam jenayah sihir.

Kajian beliau turut membuktikan bahawa kemajuan dalam teknologi penyiasatan terutama bidang forensik dan Crime Scene Investigation (CSI) boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembuktian jenayah sihir. Malah ia boleh juga digunakan untuk mengesan penjenayah sihir.

Ini dapat dibuktikan melalui kesan-kesan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut seperti cap jari pada alatan sihir, DNA yang diambil daripada darah, air liur, kuku, rambut atau gambar.

Pihak forensik juga boleh siasat untuk menentukan jenis sihir yang digunakan serta siapa dalangnya.

Ia bagi tujuan pembuktian di mana mahkamah memerlukan pendapat pakar yang memahami selok belok amalan sihir.

Ini adalah selari dengan seksyen 45 Akta Keterangan 1950.

Tambah Dr. Mahyuddin, Malaysia mempunyai individu-individu yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian kes-kes jenayah sihir.

Cuma yang menjadi penghalang ialah ketiadaan satu institusi yang boleh menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk diiktiraf sebagai pakar dalam jenayah itu.

"Sekiranya pihak berkuasa serius untuk melaksanakan undang-undang jenayah sihir, dua langkah yang menjadi asas kepada kewujudan undang-undang sihir perlu diambil kira.

"Yang pertama ialah menggubal satu akta khusus yang mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kesalahan jenayah sihir dan prosedur-prosedur untuk mengendalikannya.

"Manakala yang kedua ialah menubuhkan sebuah jabatan khas yang mempunyai kuasa untuk menjalankan segala prosedur yang dinyatakan dalam akta tersebut.

"Dalam buku tulisan saya, ia ada dibincangkan secara khusus tentang prosedur tersebut dan saya lampirkan juga deraf cadangan akta tersebut yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk pihak penggubal," katanya.

Sebelum mengakhiri bualan, dia berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang perlu bagi membela mangsa-mangsa sihir yang teraniaya.

Bisikan Syaitan.

Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh manusia mengikuti perjalanan darahnya". (Muttafaz ‘Alaih)

Apabila seluruh anggota manusia telah dikuasai oleh syaitan, maka manusia akan lebih tunduk kepada kehendak hawa nafsunya dan cenderung kepada perbuatan yang ditegah.

 NAMA-NAMA SYAITAN YANG MEMBISIKKAN....

 1. Wilhan adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk menganggu orang yang sedang berwudhuk. Syaitan membisikkan kepadanya supaya merasa was-was.

 2. Khanzab adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk membisikkan orang yang sedang solat. Syaitan menyelinap ke dalam fikirannya agar tidak khusyuk.

 3. Mabsuth adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak supaya manusia berdusta.

 4. Tsabar adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak membisikkan manusia supaya melakukan kemungkaran dan kebinasaan.

 5. A’war adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak untuk menggoda dan mendesak manusia supaya melakukan perbuatan keji dan perbuatan zina.

 6. Zlanbur adalah nama satu kumpulan syaitan yang mendesak manusia supaya melakukan penipuan, mengingkari janji dan penganiayaan.

 7. Dasim adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas menggoda manusia supaya bersengketa antara sesama keluarga dan berkelahi antara sesama manusia.

 Gangguan Syaitan......

 A. SYAITAN MENYAKITI BAYI KETIKA DILAHIRKAN Menurut riwayat Imam Muslim, bahwa Rasulullah saw bersabda : "Setiap anak Adam disentuh oleh syaitan pada hari dilahirkan, kecuali Siti Maryam dan puteranya".

 Justeru itu disyariatkan dalam agama, bahwa setiap bayi yang baru dilahirkan sunnat diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw.Menurut riwayat Sayyidina Hasan bin Ali r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang anaknya baru dilahirkan, lalu diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, nescaya dia diselamatkan dari gangguan Ummus Shibyan (mahluk halus dari bangsa jin)". (Riwayat Ibnu Sunni)

 B. SYAITAN MENJAMAH MAKANAN Diterangkan di dalam sohih Muslim, daripada Hudzaifah .a., bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan pasti menjamah makanan yang tidak disebut nama Allah ke atasnya". (Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan bejana dengan menyebut nama "Allah" agar tidak dijamah oleh syaitan. Menurut riwayat Muslim, bahwa Rasulullah saw telah bersabda : "Tutuplah pindu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah. Tutuplah bejanamu dan sebutkan Allah, meskipun hanya melintangkan sesuatu di atasnya". (Riwayat Imam Muslim)

 C. SYAITAN MAKAN BERSAMA Dari Sayyidah A’isyah .anha, bahwa Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa makan dengan tangan kirinya, maka syaitan makan bersamanya. Dan barangsiapa minum dengan tangan kirinya, maka syaitan pun minum bersamanya. (Riwayat Imam Ahmad)

D. SYAITAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia ke jurang kemaksiatan dan menanamkan permusuhan antara sesama manusia. Antara lain mendorong manusia supaya minum khamar dan semua jenis yang memabukkan.

 Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah Al Maa-idah : 91 (bermaksud) : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran minum khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat; maka hentikanlah kamu dari perbuatan itu".

 Sumber : Kursus Ibadat Sempurna (Drs. HM. Noor Tijany)

Popular Posts