Assalamualaikum wbt...
Ya Allah, Tuhan yang memiliki siang dan malam, Tuhan sarwa sekalian alam, Kami merafakkan sembah dengan puji-pujian buatmu Ya Zal Jalaalil wal Ikram,
Kami kalungkan kasih dengan selawat dan salam, buat Nabi Muhammad SAW, Nabi yang khatam. Yang telah mengeluarkan manusia daripada jahiliah yang kelam, kepada suluhan cahaya iman yang tidak pernah padam, yang telah menyuluhi akhlak manusia dengan sabda junjungan dan wahyu tuhan, agar bersemayam keagungan Islam.
Buat semua pembaca blog muallij BTP yang dikasihi sekalian, kami mendapat maklumat bahawa ada insan yang tak bertanggungjawab menggunakan nama group kami iaitu muallijBTP untuk merawat mereka yang berhajat.