Showing posts with label Cerita Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Cerita Akhbar. Show all posts

Angkara PHD [hasad dengki]

JOHOR BAHRU: Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Rahsia Isa berusia 110 tahun

Ismail Mohamed Said (dua dari kanan) dan Mohamed Jaafar (kiri) beramah mesra dengan Isa Dollah di Kuala Krau, Pahang, semalam.



KUALA KRAU 27 Jun - Seorang warga emas berusia 110 tahun dari Kampung Gong Halt, di sini hanya mengamalkan membaca empat surah lazim sebagai rahsia umur panjang dan kesihatan yang baik.

Isa Dollah memberitahu, dia tidak mempunyai petua atau rahsia lain selain mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas yang diamalkannya sejak muda hingga kini.

Dia juga tidak ada pantang dalam pemakanan sebaliknya menikmati semua jenis makanan yang digemarinya.

"Saya bersyukur kerana Allah memberikan saya usia panjang untuk terus melaksanakan ibadat.

"Saya tidak ada rahsia atau petua melainkan yakin dengan kelebihan yang dianugerahi Allah dalam surah al-Fatihah itu yang merupakan ibu kepada al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita dalam majlis ziarah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang melawat dan menyampaikan hamper serta sumbangan kepada warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar; Pegawai Penerangan Daerah Temerloh, Hamdzah Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Samrah Hassan.
Isa yang mempunyai lima anak berkata, setiap kali selepas solat, dia akan membaca surah-surah itu dan menjadikannya zikir sepanjang hari.

Selain surah-surah itu, dia juga menggalakkan umat Islam membaca al-Quran setiap hari dan memohon kepada Allah kesihatan, kemurahan rezeki dan usia yang panjang.

"Saya bersyukur kerana dalam usia sebegini saya mampu melihat cucu-cucu saya membesar di depan mata. Walaupun saya sudah tidak berdaya untuk berkerja keras seperti zaman muda namun saya bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah kepada diri saya.

"Ini bermakna saya merupakan insan paling tua di kampung ini," katanya sambil bergurau dan tersenyum lebar.

Popular Posts