Showing posts with label Rawatan MBTP 2011. Show all posts
Showing posts with label Rawatan MBTP 2011. Show all posts

Pandai Plak Dia Speaking

ALHAMDULILLAH,  Segala pujian hanya layak baginya. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan ar-Rasul SAW, rasul yang bongsu. Tiada penghujung selawat buat Baginda SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Rawatan pada 22 Nov 2011, jam 9:30 malam di bilik rawatan PEBATAP, dihadiri oleh dua beradik yang berhajat dengan rawatan. 1 dari JB dan 1 dari Selayang Gombak. Seawal ruqyah, si kakak dah tumbang dan mengomel-ngomel meminta dihentikan ruqyah. Adiknya selang 10 minit pun tumbang jua, pun sama mengomel-ngomel, please stop it ustaz, please ...!!!

Sahabat perawat Ustaz Asri berdepan dengan jin Singapura nie, Mary namanya, dan si adik ini sememangnya mengajar di sekolah beraliran mubaligh nie di JB. Pelbagai cerita berlaku di sekolahnya. Wallahu a'lam!

Apa yang ana nak kongsikan adalah, peri pentingnya perawat pandai berbahasa selain dari bahasa Melayu kita nie hehehe [agaknyalah] disamping bahasa Jawa hehehe. PEBATAP pernah merawat gangguan dari Rusia katanya, bila di suruh bercakap BM tak pandai [eleng-elengkan kepala], dan macam-macam karenahlah. Jadi PEBATAP pun kene mahirkan dalam BI jugak agaknya. Insya Allah

Rawatan agak mudah dan kadangkala tazkirah/ pesanan dari manusia sebagai khalifah Allah memberikan keinsafan juga kepada hamba Allah yang bernama Jin ini. Masya Allah. Urusan dipermudahkan Allah Taala.

Rawatan PEBATAP pada 2 Okt 2011

ALHAMDULILLAH, rawatan Pebatap diteruskan lagi pada 2 Oktober 2011 [Ahad] bertempat di bilik rawatan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Ramai pulak yang datang, sampai melimpah ruah ke luar bilik rawatan, harapan kami agar tuan/puan yang datang mencari keselesaan sendiri yer. Al-maklumlah, bilik rawatan tak berapa luas, harap bersabar, itu sahaja bilik rawatan yang mampu kami berikan dengan tujuan membantu mereka yang berhajat. 

Seperti biasa masalah gangguan sihir dan saka juga yang menjadi topik rawatan, moga yang hadir istiqomah dalam beramal. Alhamdulillah, dalam ramai yang datang untuk rawatan ada seorang yang datang nak cek/ scan, ternyata memang ada masalah gangguan pada badannya, hasik kaunseling bersama dengan perawat, selepas perbincangan, katanya takper lah ustaz, saya tak fokus mana kepada gangguan makhluk jin/ halus nie, saya hanya akan fokus pada amalan saya sahaja, yang lain saya serah padaNya sahaja. Ya Allah, itulah kata-kata yang kami mahukan daripada yang datang untuk rawatan, namun walaubagaimana pun, saya tetap akan datang untuk rawatan macam biasa, tapi tak kisah sangat kalau tak dapat benda ni keluar pun.

Ya, kadangkala sikap positif akan memberikan semangat untuk melawan gangguan nie, jangan mudah menyerah kepada musuh Allah Taala. Kata Tuan Guru ana, iblis/ syaitan/ jin perjanjian asalnya dengan Allah Taala adalah hanya untuk menyesatkan manusia sahaja, tidak pernahdia berjanji untuk menyakiti manusia. Namun mengapa manusia sakit? Itu berbalik kepada masalah hati pesakit itu sendiri. Amalan, zikir, dan kewajipan menutup tubuh badan dengan syariat Allah Taala adakah dijaga/ dipelihara? Fikir-fikirkan, dan selamat beramal [profesor not so easy].

Dan ada juga yang datang semata-mata nak ambikkan air doa/ penawar untuk keluarga, datang nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli PEBATAP, kerana telah memulihkan hubungan mak dan ayahnya yang hampir 15 tahun tidak bertegur sapa. Masya Allah. SubhanALLAH, bukan ahli PEBATAP, yang sembuhkan, namun SYUKUR lah pada ALLAH Taala yang memberikan kesembuhan. Buatlah kenduri kesyukuran. Kambing golek ker hehehehe.. Wallahu a'lam.

Kesembuhan adalah milikNya jua... Amin ya Rabbal 'Aalamiin!!

RAWATAN PADA 9 RAMADHAN

BISMILLAHI MASYA ALLAH LA YASUUQUL KHAIRA ILLALLAH, segala puji Allah Taala yang telah memfardhukan Puasa bagi setiap Ummat Islam dengan firmanNya : Surah al-Baqarah ayat 183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW semulia-mulia manusia.

Malam tadi rawatan yang berhajat dengan kami datang dari Klang, Selangor, Alhamdulillah, selepas terawih lebih kurang jam 10:30 malam, kami mulakan sesi ruqyah. 3 pesakit yang berhajat dengan rawatan, 1 lelaki dan 2 perempuan. 

Mangsa sihir yang ditimpa musibah ini bermula kesan ayat-ayat ruqyah dari awal bacaan lagi. Sehabis ruqyah sahaja, naqib kumpulan merawat wanita berkenaan, memakan masa lebih kurang 1 jam jugak untuk deal dan dakwahkan jin berkenaan, walau apa pun, kami doakan sahaja, 2 pesakit lagi ana dan Pak Ali ikhtiarkan, Alhamdulillah tiada masalah yang kronik sangat.

Mangsa sihir nie ada kaitan dengan tempat kerjanya, dah lama sakit katanya dan rawatan malam tadi adalah rawatan susulan kali kedua bersama dengan PEBATAP dan Alhamdulillah, kesannya ada, puan tue sendiri menceritakan apa yang berlaku di rumahnya dan di tempat kerjanya setiap kali selesai rawatan. Allahu Akbar! Moga kesembuhan adalah miliknya dan semua ummat Islam, sihat dan selamat untuk menjalankan amal ibadat kepada Allah Taala, Amien!

Rawatan MBTP 03 Julai 2011

Alhamdulillah, selesai satu aktiviti membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di masjid BTP. Perawat yang hadir :
  1. Tn Hj Kamisan
  2. Ustaz Asri
  3. Ustaz Rosdi
  4. 1 pelatih.
Bermula jam 2:45 petang, dah dimulakan sesi ruqyah. Dan seawal itu jugalah kerasukan dan 'pertembungan' dengan perawat. Dan seawal itu jugaklah, selepas dirawat, apabila disentuh untuk rawatan terus melenting tinggi. Bercakap yang bukan-bukan dan macam-macam kes lagi. 

Mintak yang hadir selepas nie, memakai seluar panjang di dalam yer. Ada jugak kes yang nak selak kainnya kerana serangan sihir. Dan janganlah memakai seluar jeans dan t-shirt yang ketat-ketat sangat sehingga susah nak duduk. Kan menyeksa badan namanyer tue.

Sehingga rawatan jam 9 malam kerana kes yang agak kronik pada hari berkenaan, kami kepenatan jugaklah. Tapi atas dasar membantu yang memerlukan, kami ikhtiarkan jugak. Macam-macam kes yang kami hadapi. Macam biasa ranking kali nie adalah sihir. Jahat betul manusia yang berhati 'hijau' nie. Hatinya dah mati.

Rawatan Masjid BTP 19 Jun 2011

Jam 2:30 petang
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Perawat:
  1. Tn Hj Kamisan.
  2. Pak Ali
  3. Ustaz Rosdi
  4. Saudara Amin [pelatih]

Kehadiran pesakit kali nie lebih kurang 30 orang. Alhamdulilah tak ramai, maknanya dah ramai yang sihat Insya Allah. Allah yang menyembuhkan bukan kami, kami hanya mendoakan sahaja. Sejak awal lagi, dah ada yang kerasukan sebelum kami mulakan ruqyah. Terpaksa dirawat dahulu, jin tiada agama katanya, tapi namanya Hamzah [wallhu a'lam].

Macam-macam kes yang ada, makcik yang jual nasik lemak datang untuk rawatan susulan, ternyata jin tersesat masuk dalam badannya, 9 jin ada. Bukan main banyak tempat, dalam badan makcik ni plak dimasuknya jin-jin nie. Pergilah kat taman-taman ker kan, ada buaian lagi, pergilah main kat sana. 

Ada yang menghidap penyakit SLE, setakat nie, penyakit nie belum ada ubat lagi, hanya dengan rawatan menggunakan air doa kami ikhtiarkan, penyakit nie, attack anggota-anggota penting dalam badan seperti jantung, buah pinggang. Moga suaminya sabar menerima dugaan ini. Dia juga sahabat ana dalam pendidikan nie.

Yang membuatkan semua yang hadir tersenyum kerana gelagat jin nie, pesakit dari Kajang, datang untuk rawatan, seawal ruqyah lagi, dia menangis, mintak dihentikan bacaan ruqyah, kerana kesakitan katanya, alah tue semua mainannya sahaja. Kami teruskan ruqyah, tak kira. Dalam rawatan ternyata jin hindu sebanyak 9 jin, ana tanyakan dari mana, Johor Bharu katanya, kampung mana? dia menjawab, ketua kampung siapa nama? dia menjawab. Hahaha. Macam-macam jin nie, katanya kakak perempuan nie yang hantar. Allahu Akbar!! Ada ker kakak buat macam tue kat adiknya???

Ana offer Islam, Alhamdulillah, ketuanya setuju, dan semua diIslamkan, Alhamdulillah, namun yang melucukan apabila ana mintak dia bagi nama kepada sahabat-sahabatnya, yang ketuanya ana bagi nama Aishah, dalam sesi dia nak bagi nama kepada sahabat-sahabatnya tue lah, yang berhajat tadi bertutur dalam bahasa India, kami semua gelak sahaja. Allhu Akbar!!! Macam mana ana tau bahasa India, kitakan 1 Malaysia, semua kene ambik tau hehehe.

Seorang anak gadis dan abangnya datang untuk dapatkan rawatan, agak teruk adiknya, dikenakan sihir, memang susah sangat2 nak keluar, namun kebarkahan ayatul quran dan dengan izinnya jua, naqib kami mampu keluarkan jin berkenaan. Hampir 30 minit berdiskusi dan berdiplomasi dengan gangguan berkenaan, aku Hamzah katanya, aku taknak keluar, aku suka dia [alasan standard jin], pelbagai kaedah dijalankan. Alhamdulillah keluar Insya Allah. Dengan izinNya jua. Allahu Akbar!! Abangnya di cek juga, dan ternyata kene tempiasnya jua.

Rawatan berakhir jam 7 petang. Semua dengan izinnya jua. Allahu Akbar!!!

Rawatan 18 Jun 2011

Jam 9:30 malam
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Perawat : Tn Hj Kamisan, Ust Rosdi.

Kehadiran 3 keluarga yang memang sudah berjanji dengan naqib kumpulan kami, dari nilai 1 katanya. Kebetulan yang berhajat dengan rawatan bersekolah di rawang, jadi dah dekat sangat dengan masjid, jadi kami setkan rawatan di masjid sahaja.

Asalnya yang berhajat dengan rawatan, hanya budak sekolah ini dan sepupunya sahaja, namun pada malam tue ramai plak yang nak di scan, sahaja nak cek ada ke tak katanya, bukan main ramai, dari sekecil2 anak hingga ke ibu bapa, hampir 25 orang, jadi sebelum kami mulakan ruqyah, kami ceritakan tanda-tanda gangguan, dan kalau ada sila duduk untuk tujuan diruqyahkan. Kalau tiada tanda-tanda berkenaan, sila berundur. Tak perlu nak dedahkan diri kepada gangguan, sebab ianya bukan perkara main-main. 5 daripada yang duduk tadi berundur.

Bukan apa, kadangkala ada yang main-main, nak duduk-duduk sahaja sedangkan fokus untuk rawatan adalah pada orang lain. Takot tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya. 

Sesi rawatan, 3 adik beradaik [ibu pelajar berkenaan] mengalami masalah saka yang agak kronik, semua adik beradiknya sendawa serentak malam tue apabila kami suruh keluar dari badan. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah Taala.

Namun kes kronik, adalah pelajar berkenaan, asalnyer senyum-senyum jer kat kami, bila di pegang barulah tau mana langit mana buminya, bertempik melolonglah dia. Namun kesulitan sedikit apabila tersekat di kerongkong pelajar berkenaan. Semua dengan izinNya jua.

Sepupu pelajar berkenaan, bertempik jugak apabila dirawat, namun sekejap sahaja apabila berdepan dengan naqib kumpulan kami. Semoga Allah Taala berikan kekuatan kepada kami. Amien!!

Pelajar berkenaan yang mengalami masalah tersekat dikerongkongnya datang semula keesokan paginya ketika kami buat rawatan disebelah petang, muntah yang banyak keluar, Alhamdulillah, kes selesai dengan izinnya jua pada petang itu setelah muntah2 lebih kurang 30 minit, kesian plak ana tengok, baru tingkatan 2.

Cerita Rawatan Group Perawat BTP

Alhamdulillah, dipanjangkan usia oleh-Nya, sehingga ana dengan izin-Nya berupaya menulis entry kali ini, selawat kepada Rasulullah SAW, semulia-mulia, manusia.

Cerita kali ini ...

Bermula petang sabtu 11 Jun 2011, kami merawat 2 famili yang berhajat, dari Rawang, Selangor dan dari Ipoh yang mengalami gangguan saka dan sihir. Rawatan susulan akan dilakukan sekali lagi buat kedua-dua yang berhajat berkenaan. Salah satunya, pelajar sekolah menengah yang mengalami gangguan di sekolahnya, asalnya dikatakan suka membantu sahabat-sahabatnya yang terkena gangguan. Apabila sesi dialog, dikatakan Jin Asyik mengikutnya bermula dari umurnya 2 tahun [pelajar perempuan lah nie].

Sabtu malam 11 Jun 2011 pun ada rawatan, kes yang agak 'rahsia', setakat tue sahaja yang dapat ana nyatakan. Kalau lebih2 cerita nanti masuk dalam hehehehehe. Perawat malam tue, naqib kump, ana dan Pak Ali.

Ahad pagi 12 Jun 2011, ana dan naqib kump BTP ke area Batu Caves, satu pasangan suami isteri dirawat, Alhamdulillah, suaminya bebas dari gangguan, namun isterinya mengalami masalah gangguan saka yang agak kronik, sama-sama doakan kesembuhan untuk pasangan ini, dah lama kahwin namun masih belum dikurniakan zuriat.

Ahad petang, jam 2:30 ptg, seperti biasa rawatan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, perawat 3 orang sahaja dan dibantu 2 sahabat yang mula berjinak dalam rawatan Kami mengalu-alukan bantuan sahabat berkenaan.

Yang berhajat tak ramai dalam 15 orang sahaja, namun kes yang ada pada hari berkenaan agak kronik. Agak Kronik. Kes santau/ busung, belum apa-apa dah semput nafas naik ke bilik rawatan, even makcik yang jual nasik lemak tepi jalan pun kene jugak gangguan. Maybe makhluk tue nak beli nasik lemak, makcik tadi tak bagi kot hehehe, melawak jer!! Rawatan berakhir jam 6:45 petang.

Insya Allah, rawatan setiap Ahad akan kami jalankan setiap minggu kecuali apabila dinyatakan tiada pada ruangan kiri blog Group Perawat BTP 2011 nie.

Rawatan di MBTP 29 Mei

Belian: klik http://www.rawatanislam.com
Alhamdulillah, segalanya hanya dariNya, kembali kepadaNya. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW.

Rawatan di Masjid BTP kali ini, tidaklah ramai yang berhajat datang, namun ada hikmahnya, kes kronik yang memerlukan perhatian dari perawat.

Bermula sesi ruqyah, 2 remaja perempuan mengalami kerasukan tahap melampau, terus naqib merawat, kerana 'keganasan' melampau hehehe. Asalnya dia terkena di sekolahnya sebelum sesi persekolahan bercuti, apabila pak sedaranya datang membawanya pulang ke rumah, di rumahnya terus kerasukan dan mengganas. Jadi rawatan susulan dibuat pada hari ini 29 Mei 2011.

Suara remaja ini bertukar garau dan macam-macam lagi, 2 remaja ini sahaja naqib kami mengambil masa semuanya dari jam 2:30 petang -7.00 petang. Yang lain dirawat oleh sahabat Ustaz Asri dan ana sendiri. Masaya Allah, moga Allah Taala kurniakan kesembuhan pada 2 remaja tadi.

Antara lain kes remaja jugak, menuntut di UiTM, kurus badannya, kerana terlalu memikirkan badannya ada gangguan jin, sebenarnya, sudah dirawat, dan Alhamdulillah, setel dengan izinNya jua. Namun, dia masih tidak boleh menerima keadaan berkenaan. Dalam badan saya ada jin ustaz....katanya, macam mana saya nak teruskan hidup saya begini.

Itulah masalah utama, bila terlalu memikirkan masalah jin berkenaan, selera makan hilang, muka jadi pucat, muka tak berseri. Jadi sesi kaunseling dijalankan oleh ana. Ana bawakan beberapa contoh, bagi suntikan semangat, agar dia jadikan pendorong untuk berubah. Sebelum balik ana nasihatkan agar dia berusaha sendiri untuk sembuh melalui amalan2 zikir dan ayatul quran yang lain.

Itulah pesan guru, bila manusia dah dikuasai psikologinya oleh gangguan berkenaan, maka jadilah semuanya tak keruan, padahal kita khalifah Allah, kita boleh arahkan mereka keluar!!! Wallahu a'lam!!

Rawatan di MBTP 15 Mei 2011

Seperti biasa, apabila ana [Ustaz Rosdi] ada bersama group perawat BTP, ana akan menulis apa yang berlaku sepanjang rawatan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, kalau tiada entry yang baru, maknanya ana takder bersama sahabat2 yang lainlah tue. Bukan apa, baru nie, ana tak berapa sihat, hampir 3 minggu ana tidak merawat, maybe isyarat badan, mintak direhatkan.

Seawal jam 2 petang, yang berhajat dengan rawatan sudah siap duduk dalam barisan untuk diruqyahkan, sahabat2 lain datang jam 2:30 petang, yerlah sekarang masuk waktu Zohor awal, jadi yang berhajat, datang awal, sebaik habis solat Zohor di masjid, dah ada dah.

Sesi pertama, lebih 40 orang kami ruqyahkan, emmm... ramai betul yang tahu sekarang kami buat rawatan, ada yang dari Perak, Negeri Sembilan, dan sekitar Bandar Tasik Puteri/ Rawang. Seawal sesi ruqyah, tiada yang tumbang, Alhamdulillah, cuma sewaktu kami meniup pada ubun2 yang berhajat, ada yang dah mula mengelak tiupan kami.



Kes yang kronik, ana bagi kat naqib kumpulan jerlah, dia biasa handle kes2 sebegitu, yang lain, kami rawat secara bersama-samalah, Ustaz Asri merawat anak gadis yang belajar di UiTM, tiada tanda2 gangguan, namun apabila buat zikir pernafasan, terus termuntah dan kerasukan, Ustaz Asri teruskan rawatannya dengan jayanya Insya Allah. Kesembuhan adalah milikNya jua.

Yang lain, antara pengalaman Pak Ali, seorang perempuan, lepasan al-Azhar, tumbang apabila dibuat zikir pernafasan, terkejut Pak Ali, namun itulah hakikat, gangguan untuk wanita tadi, untuk memisahkan suami isteri berkenaan.

Kes-kes yang banyak ialah, sihir dan saka, sihir perniagaan, dan lain-lain, Semoga yang berhajat dengan kami, beroleh kesembuhan dariNya, Amien Ya Rabbal 'Alamin.

Rawatan berakhir jam 8:30 malam, ramai betul dan kadang kala kes agak kronik jugak, terpaksa kami layan dengan berhikmah, harapan mereka yang datang, dan Alhamdulillah, ada sahabat2 yang datang membantu dengan ikhlas, dalam penyediaan air-air doa dan menerangkan cara mandian kepada yang berhajat, semoga Allah membalas budi kalian dengan keberkatanNya.

Rawatan Hari Buruh

Walaupun ada yang bercuti, kami laksanakan jua rawatan, bukan taknak berehat tapi membantu mereka yang berhajat sahaja.

15 yang berhajat datang, dari budak2 ke orang dewasa. 4 yang berhajat tahap kronik [tahap gangguannya] dikesan, sejak awal bacaan ruqyah dah dikenalpasti. Semuanya dengan izinNya jua.

2 yang berhajat, datang kerana dipaksa, positif gangguan, apabila tiba sesi rawatan apa lagi, bersilat dan bertempik, satu masjid dengar, Insya Allah amalan diberikan kepada yang berkenaan, moga yang berhajat istiqamah melaksanakannya.

Boleh amalkan amalan membaca ayat2 salamun, klik di sini. Hasil entry Syeh Mustaqim dari Melaka, Insya Allah membantu yang berhajat, sila rujuk semula Quran jika rasa tulisan ada kesilapan, itu yang terbaik. Insya Allah.

Rawatan di MBTP 17 April 2011

Assalamualaikum WMT dan salam hormat,

Dengan izin gerak dari ALLAH, beserta syafaat Rasulullah S.A.W, rawatan di MBTP Rawang Selangor diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya dengan izinnya jua. Yang hadir lebih kurang 40 orang. Dan tukang doa BTP ada 4 sahaja, seperti biasa. Tak mengapalah, itu sahaja tenaga perawat yang ada.

Bermula awal ruqyah, 2 orang lelaki telah tumbang, adik beradik dari Terengganu, sebelum nie, kami dah rawat yanga adiknya, bila abangnye datang kali ini, abangnya plak yang kena, ternyata, saka dan sihir juga. Kami lakukan apa yang terdaya dengan izinnya.

Yang si abang bersilat sakan, siap tumbuk dinding masjid, akhirnya terkulai layu setelah kepenatan, polisi kami, takkan merawat kalau kerasukan melampau, bila dia penat dia akan berhenti, dan ketika itu sesi rawatan dilakukan, si saka katanya pendekar, dan bersetuju keluar, yanga adiknya, belum lagi setel, cuma kami bekalkan dengan amalan mandian dan zikir2 harian.

Antara kes-kes lain, yang 1 famili dari kuantan, ternyata terkena gangguan yang agak serius, mula2nya si anak baru tingkatan 1, terkena histeria di sekolahnya, masalah saka ada, kemudian ayahnya dirawat, tumbang juga ayahnya, dan adik kepada ayah budak sekolah tadi.

Antara kes lain, sihir kepada tuan empunya kedai supaya kedainya takder yang datang, sihir dari madunya akibat suaminya berkahwin lebih dari 1, dan kes2 yang melibatkan barang2 lama seperti periuk tembaga yang berusia ratusan tahun.

Teruskanlah beramal dengan syaraiat Allah Taala. Insya Allah segalanya akan selesai, maka letakkanlah semua yang terjadi sebagai perbuatan Allah pada kita supaya kita selalu dekat kepadaNya.

Rawatan Masjid Bandar Tasik Puteri [10 April 2011]

Perawat:
Ustaz Asri.
Ustaz Rosdi.

Masa rawatan: 
2:30 - 6:30 ptg

Dengan kehadiran lebih 35 orang yang berhajat dengan rawatan Islam, dan dengan tenaga perawat hanya 2 orang, kami berusaha memenuhi keinginan semua, hakikatnya kami pun berdoa sahaja kepadaNya, moga disembuhkan segala penyakit, dikeluarkan mana-mana gangguan yang ada Insya Allahu Taala.

Bermula dengan 1 famili dari Kuantan, semuanya tumbang apabila kami rawat, dari anak-anaknya yang muda [akhir 20 an agaknya] sehingga makcik yang dah berusia, macam-macam aksi/ gelagat yang ada.Dan ada ahli keluarga yang terkejut dengan 'aksi makcik' berkenaan kerana katanya dia sudah dirawat di Kuantan. Pada saat inilah, kami terangkan, bahwa dengan izin Allah semuanya boleh berlaku, bekan kerana kami, maybe ketika itu, gangguan2 tadi sudah sakit2 dan apabila berjumpa kami, dah tak tahan lagi ayat2 azab dan lantas berbicara dengan kami.

Moga Allah Taala membantu kami dalam usaha rawatan ini. Tenaga tak cukup dan hanya bergantung harap pada Allah, Mintak maaf kalau kami tak mampu menunaikan / memenuhi keinginan semua yang hadir, hakikatnya adalah kami mendoakan sahaja.

Insya Allah minggu depan rawatan akan diadakan seperti biasa. Jam 2:30 petang - 6:30 petang sahaja, Insya Allah, mana2 perawat Islam dalam BTP, dijemput hadir membantu, fardhu Kifayah.

------------------
1- Tn Hj Kamisan b. Siham (Naqib Kumpulan MuallijBTP) - 019-2405508
2- Ustaz Asri - 012-2778723
3- Imam Pak Ali - 017-3711980
4- Ustaz Rosdi b. Abdullah [link] - 016-9585423
5- Ustaz Eadil b. Mat (Nazir Masjid BTP) - 019-2206072

Rawatan 27 Mac 2011

Alhamdulillah wa syukrulillah. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW.

Pada sesi rawatan kali ini, perawat yang hadir ialah naqib kumpulan, Tn Hj Kamisan, Ust Asri dan ana, Pak Ali tak dapat join kerana ada majlis perkahwinan anak perempuannya [bukan Pak Ali kahwin yer!!!]

Ramai juga yang berhajat datang pada sesi kali ini, lebih kurang 50 orang. Bermula jam 2 petang, kami dah mulakan ruqyah, maybe pengalaman sebelum ini sehingga menjangkau jam 8 malam, kes belum setel, jadi kami mulakan sesi ruqyah pada awal waktu, supaya mereka yang datang tidak terlalu lewat balik ke kediaman masing-masing, ada yang dari Jelai, Negeri Sembilan, ada dari Kajang, entahlah dari mana mereka tau kami membuka sesi rawatan di MBTP. Maybe itulah hajat mereka yang inginkan kesembuhan. Kami hanya mampu berdoa kepada Allah Taala, kesembuhan milikNya jua.

Kes kali ini memang seperti biasa, sihir/santau dan ada 2 3 kes sahaja melibatkan saka. 1 famili terkena santau, kesian ana tengok, namun apakan daya, itulah sifat dengki dan jahat manusia nie, tak mengenal waktu, tak mengenal keadaan, ana bertanyakan saudaranya, abang tue kerja apa yer, jawabnya, dia driver lori ajer ustaz, terkejut, driver lori pun di santaunya jugak, ingatkan orang-orang kaya jer yang manusia ni dengki, yang menggunakan tulang 4 kerat nie pun teruk disantaunya. Sabarlah, moga ada hikmah disebalik ujian ini semua. Insya Allah.

Rawatan di MBTP 20 Mac 2011

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

Ya Allah, Tuhan yang memiliki siang dan malam, Tuhan sarwa sekalian alam, Kami merafakkan sembah dengan puji-pujian buatmu Ya Zal Jalaalil wal Ikram,

Kami kalungkan kasih dengan selawat dan salam, buat Nabi Muhammad SAW, Nabi yang khatam. Yang telah mengeluarkan manusia daripada jahiliah yang kelam, kepada suluhan cahaya iman yang tidak pernah padam, yang  telah menyuluhi akhlak manusia dengan sabda junjungan dan wahyu tuhan, agar bersemayam keagungan Islam.

Allahumma antas salam

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki sifat kesejahteraan, Sesungguhnya dari Mu kesejahteraan, Kepada Mu jua kesejahteraan, hidupkanlah kami dalam kesejahteraan, masukkanlah kami dalam syurga Mu yang empunya kesejahteraan.
Rawatan pada kali ini, yang berhajat tidak ramai, lebih kurang 25-30 orang sahaja, memandangkan hari akhir cuti persekolahan, ada ibu bapa penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke asrama penuh/ sekolah, walaubagaimanapun cabaran rawatan tetap sama, pelbagai kes, dari anak-anak kecil hingga ke yang dewasa.
Kali ini ada makcik dari Taiping, datang ingin berjumpa dengan naqib kami Tn Hj Kamisan berkaitan barah payu dara, menggunakan ikhtiar yang diperturunkan oleh TG, kami mendoakan makcik tadi, moga kesembuhan miliknya nanti, Insya Allah. Tuan/puan boleh download ruqyah barah dari sini [klik link ini], cuba hayati dan dengar serta dapatkan panduan pada entri yang ditulis oleh Blogger berkenaan iaitu TG Ust Mustaqim dari Melaka, atau muat turun terus di sini [link]

Kes lain antaranya kes sihir yang banyak berleluasa dalam masyarakat melayu [adakah melayu mudah lupa daratan?] wallhu a'lam. Moga yang datang beroleh kesembuhan, kami perawat/ yang mendoakan hanya mampu 20% atau 15% sahaja membantu, selebihnya adalah pesakit itu sendiri. 


Beramallah dengan apa yang perawat ajarkan, moga berkat bacaan tuan/puan, beroleh kesembuhan, ada hikmah atas semua yang berlaku, maka letakkanlah semua penyakit dari Allah Taala, maka hati dan jiwa kita akan tenang, setenang air di Tasik Biru Kundang, hehehe.

Rawatan di MBTP 06 MAc 2011

Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagiNya, yang mentadbir sekalian Alam, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW. Moga kita mendapat syafaat Baginda di sana nanti. Amien!!

Kisah rawatan kali ini hanya yang menarik perhatian ana sahaja selaku blogger pada group muallij BTP ini sahaja. Rawatan pada petang ahad 6 mac 2011, semakin lewat kami mulakan, kalau dulu dalam jam 2 petang kami dah mulakan bacaan ayat2 ruqyah, sekarang dah terlajak jam 3 petang. Baru nak mulakan bacaan ruqyah. Maaf bagi yang berhajat yang terpaksa menunggu kami datang.

Bukan sengaja lewat namun kami sebagai ketua keluarga, tuntutan kepada keluarga kami utamakan jugak. Insya Allah perkara ni takkan berulang. Insya Allah, kehadiran yang berhajat pada hari berkenaan tidak terlalu ramai, sebab ramai jugak yang nak kami datang ke rumah mereka supaya rawatan berfokus boleh diberikan, ada jugak yang rasa ngeri apabila ada pesakit tumbang dan meronta-ronta, ada yang malu melihat tingkah laku pesakit sebegitu. Takper lah mana-mana pun yang penting kita doa sama-sama.

Kisah kali ini berkaitan dengan kes gangguan jin santau yang mengganggu perempuan ni. Udah berkahwin, dari Bukit Sen..... Naqib kami merawat adiknya, setelah jin yang ada berdialog, dia menyatakan bahawa ketua jin nya berada pada badan kakaknya, tanpa disentuh naqib kami memanggil sahaj kakak pesakit ini dari jauh, terus kerasukan kakak kepada perempuan yang sedang dirawat. Alhamdulillah adik kepada perempuan ini terus lega dan sedar [maybe jin tadi dah pindah ke badan kakaknya tue kot..wallhu a'lam], maka berdialog naqib kami iaitu Tn Hj Kamisan dengan jin berkenaan.

Asalnya jin ini adalah kes santau, dan sekarang mengaku dia menyukai perempuan itu. Adakah kes nie jin bertukar kepada Jin Asyik? Wallhu a'lam.Itulah keunikan alam yang tiada kita tahu hakikatnya dengan jelas. Teringat kisah apabila seorang lelaki di izinkan masuk ke alam ghaib, makananya sangat enak dan sedap, tapi apabila diberikan bekal dari alam ghaib berkenaan untuk dibawa pulang, makanan tersebut semuanya sudah basi/ busuk. Sebenarnya tempoh masa alam manusia dengan alam jin tidak pernah sama.

Setakat ini, yang berhajat ini masih kuat dan selalu beramal dengan zikir2, semoga dipermudahkan urusan kesembuhannya oleh Allah Taala. Status kes, masih belum selesai. Kami hanya mendoakan sahaja agar penyakit yang dideritainya beransur pulih. Sama-sama doakan. Insya Allah. Kesian tengok anak-anaknya, menangis tersedu sedan apabila maknya kerasukan macam tue.

Rawatan di MBTP pada 13 Feb 2011

Alhamdulillah, pujian bagi Allah Taala,
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, selesai sekali lagi sesi rawatan kami di Masjid bandar tasik puteri rawang pada taikh seperti di atas. Dengan kehadiran yang diluar jangkaan, hampir 60 orang yang berakhir rawatan pada jam 8:30 malam, sungguh luar biasa, yang berhajat datang dari pelbagai tempat...bila nak tanya dapat tau dari ustaz sekian2 namanya dan ada yang membaca blog ini. Moga kesembuhan diberikan oleh Allah Taala.

Taknak ceritak dengan lebih panjang, namun sesi rawatan memang menduga keringat dan tenaga kami sebagai perawat, yer lah kami ada 4 orang sahaja, yang lain dengan pelbagai urusan sendiri + famili, Insya Allah kami akan komited dengan tugas rawatan selagi hayat ada atau selagi khidmat kami diperlukan.

Antara kejadian yang kami jumper pada hari berkenaan:
  1. Kes santau pasangan suami isteri, dengar sahaja bacaan ruqyah terus bertempik.
  2. Sihir pemisah antara suami isteri [ dua kes kami jumpa] [1- isteri benci tengok suaminya, padahal suaminya bukan main handsome lagi, 2- Memang si penyihir nakkan isteri lelaki berkenaan].
  3. Saka harimau yang tak nak keluar...
  4. Jin sihir yang banyak yang mengaku nak bunuh si pesakit dan lain-lain lagi...
  5. Dan yang terbaru kami hadapi kes jin Yahudi dari bomoh yang ada di negeri pantai timur [tak tau boleh percaya ke tidak], tapi tabiaatnya macam Yahudi, keras kepala.

Yang marah kat kami pun ada sampai ugut nak bunuh perawat, namun itu semua psiko jin sahaja supaya jangan kami teruskan rawatan, Insya Allah, selagi kami bernafas dan sihat kami akan cuba membantu mereka yang berhajat dengan rawatan. Terima kasih dengan kepercayaan tuan/puan terhadap kami.

Masih ada yang bertanya pada kami, caj bayaran yang dikenakan, kami ulang disini, kami tidak mengenakan jumlah bayaran tertentu, namun kalau ada sumbangan kami ambik untuk menampung kos elektrik dan air masjid disamping nak gunakan untuk tujuan baik pulih masjid BTP itu sendiri [tulisan khat dan sediakan bilik rawatan yang ada hawa dingin] - setakat nie jumlah sumbangan belum cukup untuk membeli satu/ dua set penghawa dingin untuk bilik rawatan.

Insya Allah mana-mana yang ingin menyumbang untuk pembelian set hawa dingin boleh salurkan ke akaun ana selaku blogger dan merangkap Bendahari Group BTP seperti di bawah :

Muhamad Rosdi bin Abdullah
Akuan CIMB Islamic 
No akuan : 1242 0001 476208

Rawatan di Masjid BTP pada 30 Jan 2011

Segala puji bagi Allah Taala. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW. Nabi yang khatam.

Cerita kali ini, muallij dibaling dengan bantal. Kesian jugak tapi Alhamdulillah dengan bantal jer kan kalau dengan tong gas, naya sahabat kita. ceritanya, wanita dah kahwin lebih kurang 7 tahun tapi masih belum dikurniakan anak, dah usaha macam-macam, wanita nie datang ke MBTP atas permintaan adik perempuannya yang sudah 3 kali kami rawat. Adik akak nie perasan akaknya tak sihat apabila, adiknya nie balik ke rumah setelah kami rawat, kakanya ters pening dan demam seminggu. Sebaik sihat terus dia bawak jumpa kami di masjid BTP.

seperti biasa, kami ruqyahkan mereka yang berhajat, seperti biasa 2 sesi ruqyah yang melibatkan 1 sesi ruqyah lebih kurang 18 pesakit. time rawatan bermula, sahabat nie mulakan cek point2 yang kebiasaannya makhluk nie duduk, apa lagi terus mengamuk, dibaling bantal [memang kami sediakan bantal takot ada pesakit tumbang awal].

Jin tersebut menipu, aku sedar katanya [menyamar perempuan tadi], aku sejuk selimutkan aku... macam2 teknik dia gunakan untuk melepaskan diri. Lebih kurang 45 minit jugak untuk setelkan kes akak nie, yang lain sahabat2 muallij rawat.

dan rating tertinggi sesi rawatan memang saka dan sihir jer lah. Insya Allah doalah sama-sama agar mereka yang berhajat pulih dengan izin Allah Taala.

Rawatan di Masjid BTP

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Taala yang telah mengurniakan nikmat iman dan Islam serta nikmat kehidupan. Syukur Alhamdulillah.

Cerita rawatan di MBTP kali ini lebih kurang sama sahaja antara kesnya sihir dan saka, cuma yang datang kali ini melibatkan satu keluarga yang anak-anaknya terkena gangguan dan pemikiran anak-anaknya macam sudah dikausai oleh makhluk halus. Tidak terurus cara pemakaian, pertuturan dana sebagainya. Memang sepanjang kami rawat, semua titik point yang kami tekan, semuanya kesakitan.

Rawatan di Masjid BTP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.

Dengan izinNya, proses rawatan berjalan lancar di MBTP. Yang didoakan hampir 35 orang, dari usia 6 tahun hingga 65 tahun [main agak jer nie]. Dan pelbagai kes yang kami jumpa, sepertia biasa, kes sihir dan saka menduduki carta teratas. Banyak betul hasad dengki dalam hati manusia nie yer.

Insya Allah kami doakan, yang datang dan telah kami doakan, mendapat kesembuhan dan pertolongan Allah Taala. Sama-samalah kita beramal dengan 100% syariat Islam, agar makhluk-makhluk yang menumpang dalam badan kita, keluar selama-lamanya dan tidak mengganggu kita untuk melakukan amal ibadat kepadaNya lagi. 

Untuk keluarga En S, kami harapkan kalian bersabar dengan ujian Allah Taala. Sama-sama kembali ke syariat Islam yang sebenar dan seterusnya kita bermohon hanya padaNya. Agar kesembuhan dan halawatul iman bakal kita perolehi. Amien!!

Insya Allah, minggu depan kami bukak lagi rawatan di masjid, pada 23hb Januari 2011. Yang berhajat boleh datang. Sahabat2 muallij yang nak membantu sila hadir, cuma bilik rawatan tak berapa luas, jadi 2, 3 sesi dijalankan. Syukran!!

Popular Posts