Rawatan Susulan

21 Jun 2011.
Jam 9:30 malam.
Masjid BTP, Rawang.
Perawat :
Tn Hj Kamisan [naqib kumpulan]
Pak Ali
Ustaz Rosdi

8 orang yang berhajat dengan rawatan datang bertemu dengan kami, Group Perawat BTP. Tamat rawatan lebih kurang jam 1 pagi. Itulah proses rawatan yang kadang kala senang dan sebaliknya. Semua dengan izinnya jua.Cuma malam nie, adalah rawatan susulan, bagi kes-kes sebelum nie.

Keluarga dari Puchong, isterinya terkena sihir, baby yang baru lahir menangis sakan bila mummy nye nak bagi susu badan, sebelum nie dah kami rawat, namun ketika itu, yang berhajat nie tengah mengandung, bimbang plak kalau paksa-paksa, kan kami plak jadi bidan, belum belajar lagi bab tue.

Kes kedua, berkaitan sihir dalam perniagaan, pun rawatan susulan. Ternyata kes sihir makin menular dalam masyarakat Melayu. 

Kes ketiga, anak murid naqib kumpulan, yang masih bersaki baki gangguan berkenaan, kali nie, jin-jin bomoh yang dia berjanji untuk mendapatkan rawatan. Mak murid nie pun agak kritikal, sepanjang dirawat, sendawanya tidak henti-henti, cuma tak kerasukan sahaja. Tetapi mak sedara murid nie, kerasukan yang agak kritikal, tetapi masih boleh dikawal. Wallahu a'lam.

Kes keempat, pasangan suami isteri dari BTP sendiri jugak, anaknya menangis tak berhenti-henti, nak kata kembung perut, dah gi cek hospital kata bapanya, ketika sesi ruqyah lagi, mummy nie dah pening-pening, ternyata gangguan kerana masalah perniagaan, Melayu lagi, dengki sangat sesama Melayu. Kes yang hampir sama dengan keluarga Puchong, anaknya taknak minum susu mummy nyer jugak, sebab tue lah datang merawat katanya.

Allahu! Allah Taala yang memberikan kesembuhan, sama-sama kita ikhtiarkan!! Allhu Akbar!

Rawatan Masjid BTP 19 Jun 2011

Jam 2:30 petang
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Perawat:
  1. Tn Hj Kamisan.
  2. Pak Ali
  3. Ustaz Rosdi
  4. Saudara Amin [pelatih]

Kehadiran pesakit kali nie lebih kurang 30 orang. Alhamdulilah tak ramai, maknanya dah ramai yang sihat Insya Allah. Allah yang menyembuhkan bukan kami, kami hanya mendoakan sahaja. Sejak awal lagi, dah ada yang kerasukan sebelum kami mulakan ruqyah. Terpaksa dirawat dahulu, jin tiada agama katanya, tapi namanya Hamzah [wallhu a'lam].

Macam-macam kes yang ada, makcik yang jual nasik lemak datang untuk rawatan susulan, ternyata jin tersesat masuk dalam badannya, 9 jin ada. Bukan main banyak tempat, dalam badan makcik ni plak dimasuknya jin-jin nie. Pergilah kat taman-taman ker kan, ada buaian lagi, pergilah main kat sana. 

Ada yang menghidap penyakit SLE, setakat nie, penyakit nie belum ada ubat lagi, hanya dengan rawatan menggunakan air doa kami ikhtiarkan, penyakit nie, attack anggota-anggota penting dalam badan seperti jantung, buah pinggang. Moga suaminya sabar menerima dugaan ini. Dia juga sahabat ana dalam pendidikan nie.

Yang membuatkan semua yang hadir tersenyum kerana gelagat jin nie, pesakit dari Kajang, datang untuk rawatan, seawal ruqyah lagi, dia menangis, mintak dihentikan bacaan ruqyah, kerana kesakitan katanya, alah tue semua mainannya sahaja. Kami teruskan ruqyah, tak kira. Dalam rawatan ternyata jin hindu sebanyak 9 jin, ana tanyakan dari mana, Johor Bharu katanya, kampung mana? dia menjawab, ketua kampung siapa nama? dia menjawab. Hahaha. Macam-macam jin nie, katanya kakak perempuan nie yang hantar. Allahu Akbar!! Ada ker kakak buat macam tue kat adiknya???

Ana offer Islam, Alhamdulillah, ketuanya setuju, dan semua diIslamkan, Alhamdulillah, namun yang melucukan apabila ana mintak dia bagi nama kepada sahabat-sahabatnya, yang ketuanya ana bagi nama Aishah, dalam sesi dia nak bagi nama kepada sahabat-sahabatnya tue lah, yang berhajat tadi bertutur dalam bahasa India, kami semua gelak sahaja. Allhu Akbar!!! Macam mana ana tau bahasa India, kitakan 1 Malaysia, semua kene ambik tau hehehe.

Seorang anak gadis dan abangnya datang untuk dapatkan rawatan, agak teruk adiknya, dikenakan sihir, memang susah sangat2 nak keluar, namun kebarkahan ayatul quran dan dengan izinnya jua, naqib kami mampu keluarkan jin berkenaan. Hampir 30 minit berdiskusi dan berdiplomasi dengan gangguan berkenaan, aku Hamzah katanya, aku taknak keluar, aku suka dia [alasan standard jin], pelbagai kaedah dijalankan. Alhamdulillah keluar Insya Allah. Dengan izinNya jua. Allahu Akbar!! Abangnya di cek juga, dan ternyata kene tempiasnya jua.

Rawatan berakhir jam 7 petang. Semua dengan izinnya jua. Allahu Akbar!!!

Rawatan 18 Jun 2011

Jam 9:30 malam
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Perawat : Tn Hj Kamisan, Ust Rosdi.

Kehadiran 3 keluarga yang memang sudah berjanji dengan naqib kumpulan kami, dari nilai 1 katanya. Kebetulan yang berhajat dengan rawatan bersekolah di rawang, jadi dah dekat sangat dengan masjid, jadi kami setkan rawatan di masjid sahaja.

Asalnya yang berhajat dengan rawatan, hanya budak sekolah ini dan sepupunya sahaja, namun pada malam tue ramai plak yang nak di scan, sahaja nak cek ada ke tak katanya, bukan main ramai, dari sekecil2 anak hingga ke ibu bapa, hampir 25 orang, jadi sebelum kami mulakan ruqyah, kami ceritakan tanda-tanda gangguan, dan kalau ada sila duduk untuk tujuan diruqyahkan. Kalau tiada tanda-tanda berkenaan, sila berundur. Tak perlu nak dedahkan diri kepada gangguan, sebab ianya bukan perkara main-main. 5 daripada yang duduk tadi berundur.

Bukan apa, kadangkala ada yang main-main, nak duduk-duduk sahaja sedangkan fokus untuk rawatan adalah pada orang lain. Takot tak boleh nak bagi tumpuan sepenuhnya. 

Sesi rawatan, 3 adik beradaik [ibu pelajar berkenaan] mengalami masalah saka yang agak kronik, semua adik beradiknya sendawa serentak malam tue apabila kami suruh keluar dari badan. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah Taala.

Namun kes kronik, adalah pelajar berkenaan, asalnyer senyum-senyum jer kat kami, bila di pegang barulah tau mana langit mana buminya, bertempik melolonglah dia. Namun kesulitan sedikit apabila tersekat di kerongkong pelajar berkenaan. Semua dengan izinNya jua.

Sepupu pelajar berkenaan, bertempik jugak apabila dirawat, namun sekejap sahaja apabila berdepan dengan naqib kumpulan kami. Semoga Allah Taala berikan kekuatan kepada kami. Amien!!

Pelajar berkenaan yang mengalami masalah tersekat dikerongkongnya datang semula keesokan paginya ketika kami buat rawatan disebelah petang, muntah yang banyak keluar, Alhamdulillah, kes selesai dengan izinnya jua pada petang itu setelah muntah2 lebih kurang 30 minit, kesian plak ana tengok, baru tingkatan 2.

Doa Terang Hati

Amalan Sebelum Keluar Rumah

 Amalan 2

Amalan 1

Keyakinan adalah hanya pada Allah Taala.

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.

Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

"Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta'zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

"Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

"Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu terdapat beberapa kes melibatkan penggunaan ilmu sihir yang pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil di Malaysia.

Tetapi malangnya isu sihir tidak diberi perhatian sewajarnya. Sebagai contoh Dr. Mahyuddin memberikan kes cubaan bunuh dengan menggunakan ilmu sihir di mana ia tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan setelah berlaku kematian atau pembunuhan secara fizikal.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kaedah pembuktian jenayah sihir dalam mahkamah, dia berkata: "Saya berkeyakinan penuh bahawa jenayah sihir boleh dibuktikan di mahkamah.

"Malah dalam kajian yang saya lakukan lebih lima tahun, saya dapati perkara asas yang mesti difahami ialah metodologi penghasilan sihir serta selok beloknya.

"Jika kita gagal memahaminya, maka ia boleh mengundang kepada kezaliman kepada tertuduh. Sebagai contoh, di Eropah suatu ketika dahulu, mereka mempunyai Witchcraft Act 1736.

"Tetapi, pemakaian keterangan spectral evidence dalam proses pembuktian di mahkamah menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah dihukum bakar hidup-hidup dan digantung."

Jelasnya lagi, melalui perbandingan antara jenayah biasa dengan jenayah sihir sebenarnya terdapat banyak persamaan daripada aspek unsur-unsur actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat jahat) di mana ia diperlukan dalam proses pembuktian jenayah biasa yang sebenarnya terdapat dalam jenayah sihir.

Kajian beliau turut membuktikan bahawa kemajuan dalam teknologi penyiasatan terutama bidang forensik dan Crime Scene Investigation (CSI) boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembuktian jenayah sihir. Malah ia boleh juga digunakan untuk mengesan penjenayah sihir.

Ini dapat dibuktikan melalui kesan-kesan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut seperti cap jari pada alatan sihir, DNA yang diambil daripada darah, air liur, kuku, rambut atau gambar.

Pihak forensik juga boleh siasat untuk menentukan jenis sihir yang digunakan serta siapa dalangnya.

Ia bagi tujuan pembuktian di mana mahkamah memerlukan pendapat pakar yang memahami selok belok amalan sihir.

Ini adalah selari dengan seksyen 45 Akta Keterangan 1950.

Tambah Dr. Mahyuddin, Malaysia mempunyai individu-individu yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian kes-kes jenayah sihir.

Cuma yang menjadi penghalang ialah ketiadaan satu institusi yang boleh menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk diiktiraf sebagai pakar dalam jenayah itu.

"Sekiranya pihak berkuasa serius untuk melaksanakan undang-undang jenayah sihir, dua langkah yang menjadi asas kepada kewujudan undang-undang sihir perlu diambil kira.

"Yang pertama ialah menggubal satu akta khusus yang mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kesalahan jenayah sihir dan prosedur-prosedur untuk mengendalikannya.

"Manakala yang kedua ialah menubuhkan sebuah jabatan khas yang mempunyai kuasa untuk menjalankan segala prosedur yang dinyatakan dalam akta tersebut.

"Dalam buku tulisan saya, ia ada dibincangkan secara khusus tentang prosedur tersebut dan saya lampirkan juga deraf cadangan akta tersebut yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk pihak penggubal," katanya.

Sebelum mengakhiri bualan, dia berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang perlu bagi membela mangsa-mangsa sihir yang teraniaya.

Bisikan Syaitan.

Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh manusia mengikuti perjalanan darahnya". (Muttafaz ‘Alaih)

Apabila seluruh anggota manusia telah dikuasai oleh syaitan, maka manusia akan lebih tunduk kepada kehendak hawa nafsunya dan cenderung kepada perbuatan yang ditegah.

 NAMA-NAMA SYAITAN YANG MEMBISIKKAN....

 1. Wilhan adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk menganggu orang yang sedang berwudhuk. Syaitan membisikkan kepadanya supaya merasa was-was.

 2. Khanzab adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk membisikkan orang yang sedang solat. Syaitan menyelinap ke dalam fikirannya agar tidak khusyuk.

 3. Mabsuth adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak supaya manusia berdusta.

 4. Tsabar adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak membisikkan manusia supaya melakukan kemungkaran dan kebinasaan.

 5. A’war adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak untuk menggoda dan mendesak manusia supaya melakukan perbuatan keji dan perbuatan zina.

 6. Zlanbur adalah nama satu kumpulan syaitan yang mendesak manusia supaya melakukan penipuan, mengingkari janji dan penganiayaan.

 7. Dasim adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas menggoda manusia supaya bersengketa antara sesama keluarga dan berkelahi antara sesama manusia.

 Gangguan Syaitan......

 A. SYAITAN MENYAKITI BAYI KETIKA DILAHIRKAN Menurut riwayat Imam Muslim, bahwa Rasulullah saw bersabda : "Setiap anak Adam disentuh oleh syaitan pada hari dilahirkan, kecuali Siti Maryam dan puteranya".

 Justeru itu disyariatkan dalam agama, bahwa setiap bayi yang baru dilahirkan sunnat diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw.Menurut riwayat Sayyidina Hasan bin Ali r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang anaknya baru dilahirkan, lalu diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, nescaya dia diselamatkan dari gangguan Ummus Shibyan (mahluk halus dari bangsa jin)". (Riwayat Ibnu Sunni)

 B. SYAITAN MENJAMAH MAKANAN Diterangkan di dalam sohih Muslim, daripada Hudzaifah .a., bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan pasti menjamah makanan yang tidak disebut nama Allah ke atasnya". (Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan bejana dengan menyebut nama "Allah" agar tidak dijamah oleh syaitan. Menurut riwayat Muslim, bahwa Rasulullah saw telah bersabda : "Tutuplah pindu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah. Tutuplah bejanamu dan sebutkan Allah, meskipun hanya melintangkan sesuatu di atasnya". (Riwayat Imam Muslim)

 C. SYAITAN MAKAN BERSAMA Dari Sayyidah A’isyah .anha, bahwa Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa makan dengan tangan kirinya, maka syaitan makan bersamanya. Dan barangsiapa minum dengan tangan kirinya, maka syaitan pun minum bersamanya. (Riwayat Imam Ahmad)

D. SYAITAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia ke jurang kemaksiatan dan menanamkan permusuhan antara sesama manusia. Antara lain mendorong manusia supaya minum khamar dan semua jenis yang memabukkan.

 Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah Al Maa-idah : 91 (bermaksud) : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran minum khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat; maka hentikanlah kamu dari perbuatan itu".

 Sumber : Kursus Ibadat Sempurna (Drs. HM. Noor Tijany)

Popular Posts