IKHTIAR PESAKIT - bi 'Aunillah

Sejarah doa Rihul Ahmar

Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah S.W.T Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali kepad zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi. 


Kisah itu tercatat dalam Kitab Pengubatan Melayu Tua atau dengan erti kata lain, ia adalah hadis palsu jika ia dikaitkan dengan Nabi Muhammad bersama cucunya. Begitu juga di dalam kitab pengubatan tua dari Arab. Namun saya tidak menolak sama sekali ianya berasal dari Nabi Sulaiman dan saya percaya, doa ini pasti berasal dari Syria kerana terdapat kemasukan bahasa suryani di dalam doa tersebut.

Selain Ustaz Sharhan, saya juga mendapat doa ini bersanadkan Al-‘Arif Billah Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Idrisi (Ulama’ Besar Makkah) melalui Syaikh Muhammad Fuad Al-Maliki sebagaimana yang jelas tercatat dan yang tertera di dalam kitab bertajuk Duru’ Al-Wiqayah bi Ahzab Al-Himayah. Selain itu, Syeikh Ustaz Dr Haron Din Al-Hafiz bersama Darussyifa juga ada mengijazahkan doa ini yang mana jelas tertulis di dalam kitab perubatan Darussyifa.

Fatwa Lajnah Daa'imah dari Bakr Abu Zaid, Solehul Fauzan, Abdullah ibnu Ghadian dan Abdul-Aziz ibn Abdullah bersepakat memberi keputusan, sesiapa yang mengaitkan doa ini dari Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad dan bertujuan menyebarkan kepada masyarakat adalah dihukum sebagai bidaah dan sesat kerana menyebarkannya dapat menyesatkan umat Islam. (18 Jumadil Thani 1420/28 Sep 1999) ~ Terjemahan dari Muallij Mustaqim

Haruslah difahami, fatwa berkenaan cuma melarang mengaitkannya dengan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan cucunya sayyidina Hassan radiallahu anhu. Menolak untuk menggunakan doa ini tidak mengapa, tetapi sudah berapa ribu penderita angin ahmar sembuh berkat doa ini dengan izin Allah. Andainya anda yang terkena sakit angin ahmar, adakah anda ingin menolak orang berdoa untuk anda?

Bantuan Kecemasan Anjuran Prof Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, 
Pakar Perunding Neurologi UKMMC

Terdapat satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan stroke atau angin ahmar. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa mangsa, juga tidak menimbulkan kesan sampingan. Rawatan sebegini dihadkan untuk mangsa angin ahmar yang gagal ke hospital dalam tempoh empat jam setengah. Sebagaimana diketahui kita, mangsa yang mendapat serangan stroke atau angin ahmar, seluruh darah di dalam tubuh mangsa akan mengalir dalam keadaan yang sangat laju menuju ke pembuluh darah di otaknya. Apabila pertolongan lambat diberikan, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras. Pembuluh darah tersebut akan pecah sedikit demi sedikit.

Dalam menghadapi keadaan, si mangsa harus dikekalkan berada di tempat di mana dia terjatuh (contohnya : di bilik air, bilik tidur, di ruang tamu, dapur atau di mana saja). JANGAN PINDAHKAN MANGSA!!! sebab dengan memindahkan mangsa dari tempatnya akan mempercepatkan perpecahan pembuluh darah halus di dalam otaknya. Si mangsa harus dibantu, dengan mengambil posisi duduk, dia agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu juga pengeluaran darah dapat dilakukan.


JARUM JAHIT / PENITI boleh digunakan dengan syarat ianya mestilah disterilkan dulu dengan cara dibakar di atas api. Setelah jarum telah disterilkan:


  1. CUCUK jarum tersebut pada 10 HUJUNG JARI TANGAN. Jarak kedalaman penusukan kira-kira 1 cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titik darah. Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka waktu kira-kira 10 minit, si mangsa akan segera sedar kembali.
  2. Bila mulut mangsa kelihatan herot/ tidak normal, maka KEDUA-DUA DAUN TELINGA si mangsa HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.
  3. Setelah itu lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN JARUM pada setiap HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titik dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut mangsa akan kembali normal.
  4. Setelah keadaan mangsa telah pulih (yang dimaksudkan ialah mangsa boleh bercakap, bibir tidak pucat dan herot, boleh menggerakkan tubuhnya sendiri walaupun sedikit dan apa-apa perubahan bahagian sewaktu diserang itu kembali normal) dan tidak ada perubahan yang ketara, maka bawalah mangsa dengan hati-hati ke hospital atau pusat perubatan  yang terdekat untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts