Assalammualaikum WMT dan salam hormat,
Rahmat dan Redha ALLAH buat sekalian amal dan perbuatan, DIA yang tiada selain DIA yang wajib disembah, DIA yang tiada selain DIA bagi segala pujian, DIA yang tiada selain DIA tempat memohon segala hajat, DIA yang tiada selain DIA sebagai tempat meletak harapan bagi setiap amal dan ibadah, DIA, DIA ALLAH, Zat yang Maha Hebat lagi Berkuasa atas segala sesuatu yang telah telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar Wa lILLAHil Hamd.
Bergemerlapan alam menyambut hadirNya, membawa sinar harapan dan cahaya kebenaran bagi mereka yang sentiasa menantikan kebenaran dan kejayaan yang hakiki. Insan digelar Rasulullah S.A.W, yang tanpa asbab hadirNya, maka teruslah gelap bagi mereka yang dalam kegelapan, terus teraba-raba bagi mereka yang sudah sedia meraba-raba mencari kebenaran. Seluruh Selawat dan salam penuh Mahabbah ke sisi Junjungan Rasulullah S.A.W, keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Semoga dibangkitkan kita di akhirat kelak dalam keadaan di syafaatkan Rasulullah S.A. W, begitu juga dengan kehidupan dan amal di dunia ini beserta syafaat dari Baginda S.A.W. Amin Amin Amin. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihil kiram. [pinjam dari TIAF]
Para Pembaca dan saudara/ri yang dirahmati ALLAH sekalian,
ALHAMDULILLAH, pada 29 Januari 2012 [Ahad] PEBATAP meluaskan pencarian ilmu dalam rawatan Bekam [al-Hijamah] di Pusat Rawatan Islam Kasturi iaitu di rumah Ustaz Nasa/ Muallij Nasa [http://perawatsihir.blogspot.com], bermula jam 9:45 pg dan berakhir pada 6:00 petang.
Tiga perkara utama yang dipelajari pada hari kejadian ialah Bekam [al-Hijamah], Rawatan Resdung dan Refleksologi. Antara paparan yang dapat dikongsikan bersama ialah :
Rawatan Resdung [ghurah]
Sesi Penerangan Teori Bekam oleh Muallij Nasa.
Bukan anak Jin yer hehehe
bila kursus ni akan diadakan lagi?
ReplyDelete