• KUMPULAN PERAWAT BANDAR TASIK PUTERI [PEBATAP]

    AHLAN BIKUM dan Selamat Datang ke Pusat Rawatan PEBATAP yang bertempat di Tingkat 1, Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan

  • TANAH HARAM - Makkah al-Mukarramah

    Berhajat sangat untuk TEAM kami ke sini bagi menunaikan Umrah/ Haji ... Insya Allah

  • MAUSSYIFA' PEBATAP @ AIR DOA PEBATAP

    Boleh berhubung dengan Ustaz Asri [012-277 8723], Ust Rosdi [016-958 5423] atau di Kedai Walid Niaga sebelah Pejabat Pos BTP

  • TANAH HARAM - Makkah al-Mukarramah

    Tanam niat tuan/puan/cik/ Datok/ Datin untuk ke sini yer ... moga cepat mendapat kesembuhan apabila ke sini ...

  • KALIMAH TAUHID

    Selalulah beramal dan selalu mengucapkan Zikir Tauhid ini ... Moga beroleh kesembuhan dariNya... Kita Berikhtiar Mencari Kesembuhan Dia jua yang memberikan Kesembuhan

  • MOGA BEROLEH KESEMBUHAN

    Penegasan : Kami tiada upaya untuk menyembuhkan tuan/ puan/ cik/ Datok/ Datin, hakikatnya kami hanyalah Tukang Doa sahaja... Kadang kala apa yang kita mahukan tidak sama dengan apa yang Dia mahukan, jadi banyakkan Doa padaNya ... Perawat PEBATAP : Tn Hj Kamisan : 019-240 5508; Ust Asri : 012-277 8723; Ust Rosdi : 016-958 5423; Ust Eadil : 019-2206072 ; Dibantu oleh : Pn Nita : 012-316 5216; En Amin : 013-309 2097; En Hakim : 013-815 1086

  • SPRAY SYIFA' RESDUNG AL-BAYT

    Produk Terbaharu TIB : SPRAY SYIFA' RESDUNG AL-BAYT : tanpa bahan kimia, diadun semulajadi, kesan maksimum dengan penggunaan bersama Sabun Resdung, seunit hanya RM30.00 sahaja, dapatkan dengan Ust Rosdi : 016-958 5423, Insya Allah kita berusaha, jangan memandang remeh berkaitan Sinusitis/ Resdung ....

  • PIL PERAPAT MY

    Adunan remidi tradisional orang kampung, bahan asas akar serapat, kacip fatimah dan manjakani serta didoakan dengan ayatul syifa' dan ayatul ruqyah, RM30.00 sahaja sebotol, dapatkan melalui Ust Rosdi : 016-958 5423, Insya Allah membantu merapatkan keintimanmu ......

  • KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT

    Rawatan Ikhtiar herba tradisional ini. Antara Khasiatnya ialah: Kencing manis, Darah tinggi, Gout/stroke, Asma/resdung, Migrain, Mati pucuk, Insomia, Stress/tension, Keletihan, mengimbangi proses metabolisma tubuh, Untuk merawat Penyakit Kencing Tak Puas, Kencing Kerap, Batu Karang, Kegagalan Ginjal, Prostat, Kandungan flavanoid, Saponin, Alkoloid dan Antasionin yang 10 kali ganda lebih tinggi dari herba Tongkat Ali, Untuk merawat masalah berkaitan Tenaga Batin Lelaki, Mati Pucuk, Ejakulasi Pramatang! Insya Allah membantu, 1 botol RM40.00 sahaja ... Call ust Rosdi

  • KAPSUL BELALAI GAJAH

    Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino. 1 botol RM90.00 sahaja [tidak termasuk pos]

  • KAPSUL MINYAK ZAITON EXTRA VIRGIN

    Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. 1 botol 120 kapsul RM40.00 sahaja/ 1 peket RM10.00 sahaja. Call Ust Rosdi bagi sebarang tempahan produk ... Insya Allah membantu ...

  • SAFFRON

    Rawatan Ikhtiar dengan herba tradisional ini. Antara khasiatnya ialah : Zaafaran kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin). Ianya dapat membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, sedatif dan juga peransang tenaga batin.Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya tahan menghadapi pelbagai penyakit., 1 peket RM20.00 sahaja Insya Allah membantu... Call Ust Rosdi

  • KAPSUL BIJI APRIKOT

    Rawatan Ikhtiar dengan herba tradisional ini. Antara khasiatnya ialah : Mampu merawat dan mencegah penyakit kanser. Kaya dengan Amigladin (perencat sel kanser), Mampu merawat penyakit kronik yang lain, Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi dan kolsterol dalam darah, Mengimbangkan kandungan gula dalam darah, Meningkatkan kesihatan mental dan memori, Membersih dan mencuci arteri jantung, Mengurangkan sakit sendi, Membantu masalah buasir (ramai yang hidapi penyakit ini dalam diam, 1 botol RM50.00 sahaja Insya Allah membantu... Call Ust Rosdi

:::::: AHLAN BIKUM dan Selamat Datang ke Blog Rasmi Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri [PEBATAP], Rawang, Selangor ::::: Bergantunglah sepenuhnya harapan KESEMBUHAN padaNya, bukan Tukang Doa .... Ingat pada yang MEMBERI dan MENARIK ujian iaitu ROBBUNA ....

Definisi RUQYAH

Ruqyah secara am adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyyah) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.
Ruqyah terbahagi kepada dua :-

Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik" (HR. Muslim)

Syarat Ruqyah Syar'iyah

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat :-
  1. Dengan mempergunakan firman Allah (ayat-ayat Al-Quran) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
Ketentuan Meruqyah

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut :-
  1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
  2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
  3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai serban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
  4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
  5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
  6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
Keutamaan Ruqyah mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." (HR. Muslim)

Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat dan efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar" (Fushshilat 44)

"Dan kami turunkan dari Al-Quran (ada) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." (Al-Isra 82)

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Hadis sandaran berkaitan Ruqyah

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mahu tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR Al-Bukhari )
Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah" (HR. Muslim)

Aisyah R.A. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain (mata yang dengki)." ( HR Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril meruqyahnya , "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ("Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") (HR Muslim)

Aisyah R.A. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit" (HR Muslim)

Uthman Bin Abil 'Ash R.A. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah "Bismillahi" (dengan menyebut nama Allah) tiga kali, dan bacalah "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" (aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari) tujuh kali." (HR. Muslim)

INFO PEBATAP

ALHAMDULILLAH, PEBATAP ditubuhkan bukanlah bertujuan menyaingi mana-mana pusat rawatan yang dah established, penubuhan team kami hanya berkisar untuk memberikan khidmat masyarakat dalam bidang Gangguan Makhluk Halus dan juga masalah fizikal seperti anak-anak demam, kaunseling keluarga dan lain-lain.

Kami semua adalah berkerjaya, jadi bukanlah kami berada di bilik rawatan sepenuhnya 24 jam. Untuk rawatan Ahad sahaja kami berkumpul dan membantu seadanya setakat yang diberikan ilmu oleh Allah Taala jua.

Kami bukan penyembuh, kami hanya TUKANG DOA sahaja, yang mana kesembuhan adalah hak milik mutlak ALLAH TAALA. Jadi sama-sama kita panjatkan doa memohon DIA sembuhkan mana-mana penyakit.

Didingatkan bahawa, sesi rawatan masalah gangguan memerlukan kesabaran yang tinggi, mohon tuan/ puan/ cik bersabar dalam proses rawatan yer.

Kami TIDAK menetapkan sejumlah bayaran terhadap apa jua kaedah rawatan yang kami lakukan, harapkan redha dan rahmat Allah Taala.