Rawatan di MBTP 29 Mei

Belian: klik http://www.rawatanislam.com
Alhamdulillah, segalanya hanya dariNya, kembali kepadaNya. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW.

Rawatan di Masjid BTP kali ini, tidaklah ramai yang berhajat datang, namun ada hikmahnya, kes kronik yang memerlukan perhatian dari perawat.

Bermula sesi ruqyah, 2 remaja perempuan mengalami kerasukan tahap melampau, terus naqib merawat, kerana 'keganasan' melampau hehehe. Asalnya dia terkena di sekolahnya sebelum sesi persekolahan bercuti, apabila pak sedaranya datang membawanya pulang ke rumah, di rumahnya terus kerasukan dan mengganas. Jadi rawatan susulan dibuat pada hari ini 29 Mei 2011.

Suara remaja ini bertukar garau dan macam-macam lagi, 2 remaja ini sahaja naqib kami mengambil masa semuanya dari jam 2:30 petang -7.00 petang. Yang lain dirawat oleh sahabat Ustaz Asri dan ana sendiri. Masaya Allah, moga Allah Taala kurniakan kesembuhan pada 2 remaja tadi.

Antara lain kes remaja jugak, menuntut di UiTM, kurus badannya, kerana terlalu memikirkan badannya ada gangguan jin, sebenarnya, sudah dirawat, dan Alhamdulillah, setel dengan izinNya jua. Namun, dia masih tidak boleh menerima keadaan berkenaan. Dalam badan saya ada jin ustaz....katanya, macam mana saya nak teruskan hidup saya begini.

Itulah masalah utama, bila terlalu memikirkan masalah jin berkenaan, selera makan hilang, muka jadi pucat, muka tak berseri. Jadi sesi kaunseling dijalankan oleh ana. Ana bawakan beberapa contoh, bagi suntikan semangat, agar dia jadikan pendorong untuk berubah. Sebelum balik ana nasihatkan agar dia berusaha sendiri untuk sembuh melalui amalan2 zikir dan ayatul quran yang lain.

Itulah pesan guru, bila manusia dah dikuasai psikologinya oleh gangguan berkenaan, maka jadilah semuanya tak keruan, padahal kita khalifah Allah, kita boleh arahkan mereka keluar!!! Wallahu a'lam!!

Rawatan Kisah Ala Balqis

Alhamdulillah, wa syukru lillah.

Kami dijemput untuk merawat kisah remaja perempuan yang akan hilang daripada rumahnye menjelang asar, menurut sumber, sudah 2 kali remaja ini keluar paper [cerita misteri kehilangannya di HM kalau tak silap lah], kebetulan kawan kepada naqib kami kenal group perawat kami di BTP, dan apa salahnya kami mencuba. 

Kebiasaannya kata makcik remaja ini, bomba/ dan masyarakat sekitar akan membantu mencari remaja berkenaan sehingga jumpa, dah 2 3 kali bomba dipanggil untuk mencari remaja ini apabila dia hilang. Masya Allah, semuanya dengan izinNya jua. Dengan kehendakNya jua. 

Jadi jumaat malam kami ke sana, 27 Mei 2011 lah tue, selepas Isyak kami bertolak ke sana, tempatnya dirahsiakan demi keselamatan. Sesampai di sana jam 10 malam, memang penuh rumahnya dihadiri oleh saudara-saudara remaja ini, dari Johor ada, Klang pun ada dan sekitar Selangor lah.

Kami ruqyahkan remaja berkenaan, kami datang bertiga, sebelum habis ruqyah, remaja berkenaan sudah tumbang/ kerasukan, hasil dialog mengatakan yang mengganggunya ialah jin dari hutan berkenaan, alasan remaja perempuan ini mengganggu tempatnya, jadi naqib kami dan sahabat dakwahkan gangguan berkenaan, dan Alhamdulillah bersetuju untuk keluar dan bersumpah dengan nama Allah Taala takkan mengganggu remaja ini dan keluarganya lagi.

Keluar sahaja jin berkenaan, jin-jin yang ada dalam rumah berkenaan ambik alih, ada 4 katanya, 1 Islam 3 lagi kristian, Alhamdulillah, dengan izinnya jua, naqib dan sahabat mampu menanganinya, ana hadir sebagai pemantau sahaja hehehehe, taklah ana pun dalam proses belajar dengan sahabat-sahabat jer. Moga ilmu Allah boleh dikongsi tanpa syarat kerana Dia yang menurunkan segala ilmuNya pada manusia, namun ada manusia yang menganggap itu adalah ilmunya. Betul adab berguru perlu ada, namun perlu difahami bahawa, semua ini adalah konsep doa kepadaNya.

Sebelum kami balik, satu demi satu saudara mara remaja ini ingi di scan/ cek kan diri mereka sendiri, Ada yang tumbang, ada yang menggeletar-geletar tangan kanannya dan macam-macam lagi, hasilnya kami balik ke rumah jam 4 pagi malam tue, ujian betol.

Alhamdulillah, bertanyakan sahabat, remaja berkenaan tak hilang lagi setakat ini, [setakat 30 Mei ni selepas rawatan berkenaan] kecuali dia lari sendiri hehehe

Pemakaian Serban

Serban itu bukanlah budaya orang arab, tetapi pembawaan dari Nabi-nabi di Tanah Hijaz dan bangsa Arab mengekalkannya sehingga Nabi Muhammad diutuskan pun orang arab jahiliyah masih tetap memakai serban. 

Nabi meniru pemakaian serban dari para malaikat. Ini maknanya serban adalah pakaian syurga. Tiada satu hadis yang melarang pakai serban tetapi lebih 10 hadis menceritakan keelokan memakai serban
“Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.” (Thabrani)

“Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat." (Thabrani & Baihaqi)

Umpama songkok, masyarakat melayu menganggap pakai songkok itu islamik kerana ketika zaman islam sampai di Tanah melayu, kerajaan Uthmaniah ketika itu memakai songkok. Seandainya ketika itu Kerajaan Uthmaniah berserban, sudah tentu orang Melayu hingga kini akan berserban.

Serban masih boleh di lihat di pakai oleh orang tua-tua di pantai timur lebih-lebih lagi negeri Kelantan. Mereka menggelarkannya 'SEMUTAR' dan ianya satu budaya pemakaian orang-orang tua sejak Islam sampai di Kelantan.

Dari blog Syeh Mustaqim : http://klinik-muallij.blogspot.com

Amalan Pendinding

Dua Amalan Pendinding dan Penggerun Anas bin Malik r.a
 
sanad: Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus
 
Kisah di mana Anas bin Malik akan dipancung oleh pembesar yang zalim akhirnya terbatal hasrat kerana mereka melihat di belakang Anas bin Malik terdapat seekor harimau yang seolah-olah ingin menerkam. Lalu mereka bertanya, apakah amalan kau wahai Anas, lalu Anas menjawab "Amalan ini diberikan oleh Rasullullah kepadaku dan aku tidak akan mengajarnya sehingga engkau mati."

1. Ayat Kursi
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Bertanya Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”
Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

2. Zikir Harian
Banyak zikir-zikir diajarkan bukan sama rata. Orang-orang tertentu, ada zikir-zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka. Setelah itu, barulah para sahabat tersebut berkongsi sesama mereka, apa yang diajarkan kepada setiap daripada mereka. Contoh zikir-zikir yang diajarkan secara khusus kepada sahabat-sahabat tertentu:

Kepada Anas bin Malik r.a dan Mu`az ibn Jabal r.a
اَللَّهُمَّ اَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksud doa: "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

Jadi, dengan ini tertolaklah amalan penggerun yang meragukan, khadam jin penggerun, minyak penggerun, barang mistik berkhadam untuk tujuan penggerun dan lain-lain lagi.

Bonus: 4 AMALAN KEREZEKIAN
1. Solat Dhuha
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim dan Abu Daud)

2. Doa Dhuha

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

3. Zikir 1000 Dinar
Amalan zikir ini selepas solat sebanyak 7 kali

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا () وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا
Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq:2-3)

4. Bacaan Surah Al-Waqiah setiap selepas subuh
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
 
Dari blog : Muallij Mustaqim [http://klinik-muallij.blogspot.com]

Rawatan di MBTP 15 Mei 2011

Seperti biasa, apabila ana [Ustaz Rosdi] ada bersama group perawat BTP, ana akan menulis apa yang berlaku sepanjang rawatan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, kalau tiada entry yang baru, maknanya ana takder bersama sahabat2 yang lainlah tue. Bukan apa, baru nie, ana tak berapa sihat, hampir 3 minggu ana tidak merawat, maybe isyarat badan, mintak direhatkan.

Seawal jam 2 petang, yang berhajat dengan rawatan sudah siap duduk dalam barisan untuk diruqyahkan, sahabat2 lain datang jam 2:30 petang, yerlah sekarang masuk waktu Zohor awal, jadi yang berhajat, datang awal, sebaik habis solat Zohor di masjid, dah ada dah.

Sesi pertama, lebih 40 orang kami ruqyahkan, emmm... ramai betul yang tahu sekarang kami buat rawatan, ada yang dari Perak, Negeri Sembilan, dan sekitar Bandar Tasik Puteri/ Rawang. Seawal sesi ruqyah, tiada yang tumbang, Alhamdulillah, cuma sewaktu kami meniup pada ubun2 yang berhajat, ada yang dah mula mengelak tiupan kami.



Kes yang kronik, ana bagi kat naqib kumpulan jerlah, dia biasa handle kes2 sebegitu, yang lain, kami rawat secara bersama-samalah, Ustaz Asri merawat anak gadis yang belajar di UiTM, tiada tanda2 gangguan, namun apabila buat zikir pernafasan, terus termuntah dan kerasukan, Ustaz Asri teruskan rawatannya dengan jayanya Insya Allah. Kesembuhan adalah milikNya jua.

Yang lain, antara pengalaman Pak Ali, seorang perempuan, lepasan al-Azhar, tumbang apabila dibuat zikir pernafasan, terkejut Pak Ali, namun itulah hakikat, gangguan untuk wanita tadi, untuk memisahkan suami isteri berkenaan.

Kes-kes yang banyak ialah, sihir dan saka, sihir perniagaan, dan lain-lain, Semoga yang berhajat dengan kami, beroleh kesembuhan dariNya, Amien Ya Rabbal 'Alamin.

Rawatan berakhir jam 8:30 malam, ramai betul dan kadang kala kes agak kronik jugak, terpaksa kami layan dengan berhikmah, harapan mereka yang datang, dan Alhamdulillah, ada sahabat2 yang datang membantu dengan ikhlas, dalam penyediaan air-air doa dan menerangkan cara mandian kepada yang berhajat, semoga Allah membalas budi kalian dengan keberkatanNya.

Rawatan Hari Buruh

Walaupun ada yang bercuti, kami laksanakan jua rawatan, bukan taknak berehat tapi membantu mereka yang berhajat sahaja.

15 yang berhajat datang, dari budak2 ke orang dewasa. 4 yang berhajat tahap kronik [tahap gangguannya] dikesan, sejak awal bacaan ruqyah dah dikenalpasti. Semuanya dengan izinNya jua.

2 yang berhajat, datang kerana dipaksa, positif gangguan, apabila tiba sesi rawatan apa lagi, bersilat dan bertempik, satu masjid dengar, Insya Allah amalan diberikan kepada yang berkenaan, moga yang berhajat istiqamah melaksanakannya.

Boleh amalkan amalan membaca ayat2 salamun, klik di sini. Hasil entry Syeh Mustaqim dari Melaka, Insya Allah membantu yang berhajat, sila rujuk semula Quran jika rasa tulisan ada kesilapan, itu yang terbaik. Insya Allah.

Pusat Bekam As- Siddiqin

Insya Allah, madrasah as-siddiqin melangkah ke depan dengan bakal membuka pusat bekamnya di lot parkir [sudah di upgrade ke pusat bekam] Insya Allah, sudah kerja2 akhir, bagi yang berhajat, boleh ke sana nanti, venue nya sebelah kedai gunting madrasah as-siddiqin.

Pembekam yang berpengalaman Insya Allah. Untuk wanita, boleh di buat appointment, dan pembekam wanita akan disediakan. Insya Allah. Bayaran?? Biasanya orang bertanyakan bayarankan, menurut pembekam, dia hanya mengenakan RM50 sahaja untuk bekam seluruh badan.

Bagi wanita [biasanya] yang ada masalah jerawat yang kronik, silalah berbekam, Insya Allah akan setel masalah berkenaan.

Barakallahu lakum!!

Popular Posts