Minyak Zaiton Secara Perahan Sejuk


Assalamualaikum wbt...


Bagi yang berhajat untuk menjaga kesihatan badan [anggota dalaman badan], boleh amalkan pemakanan sunnah iaitu Minyak Zaiton [olive oil dalam bentuk perahan sejuk/ kapsul].

Harganya 1 peket RM10.00 sahaja, dalam 1 peket ada 2 papan, satu papan ada 10 kapsul. Boleh makan setiap pagi sebanyak 2 biji sebelum makan apa-apa.

Disamping menjaga kesihatan badan, moga kita mendapat pahala dengan mengikut sunnah ar-Rasul SAW. Boleh dapatkan di rumah TIB atau di pejabat ana di Cyberjaya. Sila berhubung dengan TIB 016-958 5423
Testimoni:
Seorang suri rumah [Cikgu Da] yang telah menggunakan Produk ini dalam masa 2 hari, beliau telah menyatakan bahawa, suatu pagi, dia membuang air besar yang sangat luar biasa banyaknya dan bauannya memang 'kurang enak' sesangat.
Katanya lagi, dia yang agak sukar membuang alam floranya iaitu 3 hari sekali, sekarang mampu membuangnya 1 kali sehari. Dia memang menggalakkan mana-mana wanita yang mempunyai masalah hendak membuang air mengamalkan pemakanan sunnah ini supaya anggota dalaman [perut] sihat selamanya Insya Allah.
Yerlah, umur kita, tiada pernah kita servis usus-usus besar kita. Kembalilah kepada pemakanan sunnah, Insya Allah.

MAUSSYIFA' PEBATAP






Sticker baru MausSyifa' PEBATAP, boleh dapatkan daripada Ustaz Asri, Ustaz Rosdi dan dari Kedai Walid Niaga, bersebelahan Pejabat Pos BTP.

Harga RM5.00 sahaja sebotol.

APAKAH SAKA?

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar? Bertemu lagi kita dalam artikel terbaru pada kali ini. Jadi dalam tulisan kali ini saya akan berkongsikan pula dengan anda tentang saka. Saya yakin yang anda semua mesti pernah mendengar  tentang sakakan. Tetapi setiap dari anda mesti mempunyai pandangan tersendiri tentang istilah tersebut.


Maka sebab itulah saya tergerak untuk menulis artikel tentang saka. Bertujuan untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan masalah tersebut.


Baik, apakah saka itu?

Secara ringkasnya saka itu adalah jin-jin yang diwarisi secara keturunan yang diambil atas tujuan-tujuan tertentu, contohnya untuk kekuatan, kecantikan dan sebagainya. Ianya diwarisi kepada manusia lain samada secara sedar atau tidak sedar dan kebiasaannya melibatkan keturunan.

Sebenarnya apa saja jenis jin-jin yang diambil adalah tergolong dalam istilah saka samada jin keturunan, jin silat, jin tariqat ataupun hantu-hantu seperti hantu raya, jin perubatan/perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun, menurut kepercayaan masyarakat Melayu, saka adalah jin atau nenek moyang yang diturunkan oleh orang tua dahulu kepada orang muda selepasnya yang biasanya mempunyai pertalian darah, contohnya seperti cucu, cicit, anak saudara dan sebagainya.

Dan lebih khusus lagi, masyarakat Melayu akan menggelar saka sekiranya berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada ahli keluarga mereka. Contohnya seperti berbual atau pun ketawa berseorangan, mengamuk tak tentu pasal dan sebagainya. Dalam pengalaman saya, ada sesetengah kes saka ini berlaku penjelmaan seperti binatang contohnya ketika dirawat pesakit akan mengaum seperti harimau.

Manakala kepada jin-jin silat atau pun yang digunakan dalam perubatan, biasanya tidak dinamakan saka oleh masyarakat Melayu kita. Selain itu jin-jin Islam dan juga jin-jin yang soleh juga tidak disebut sabagai saka.

Apakah tujuan diambil jin saka?

Kebiasaannya masyarakat dahulukala suka mengambil jin-jin ini bertujuan untuk melindungi diri dan keluarga, rumah atau tanaman. Bahkan sudah menjadi budaya kepada mereka untuk mengambil jin-jin ini sebagai pembantu dalam kehidupan seharian dan boleh dikatakan tidak lengkap sekiranya tidak diambil pembantu dari kalangan jin.

Umur jin adalah jauh lebih panjang dari umur manusia. Golongan jin yang berumur pendek pun mencecah ratusan tahun dan kalau yang berumur panjang boleh mencecah sehingga ribuan tahun. Oleh kerana telah ada perjanjian diantara jin tersebut dengan manusia yang membuat perjanjian (tuan jin), maka jin tersebut akan terus mendampingi tuannya sehinggalah jin tersebut dibuang yang dinamakan sebagai buang saka. Setelah tuan punya jin tadi meninggal dunia, maka jin tersebut akan mencari pula keturunan tuannya untuk dijadikan tuan yang baru.

Disebabkan jin berumur panjang maka jin saka ini akan terus mendampingi keturunan tuan asalnya hinggalah sampai kepada beberapa keturunan. Sekiranya jin tadi banyak ataupun jenis yang beranak pinak, maka ia akan terus mendampingi manusia dari kalangan tuan asalnya.

PROMOSI SABUN NUUR AL-BAYT

Alhamdulillah, segala pujian bagiNya, tiada jemu untuk terus berselawat ke atas Rasulurrahmah, allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa sohbihi wa baarik wasillim.

Alhamdulillah, Sabun Nuur Aura al-Bayt telah siap diproses, sekarang hanya menunggu packaging sahaja [agak spesel packaging kali ini, jadi memakan sedikit masa]. Oleh yang demikian, HARGA PROMOSI SABUN NUUR AURA AL-BAYT ialah RM25.00 sahaja [tempoh sebulan dari 11 Jun - 10 Julai 2012 Insya Allah]

Boleh membuat tempahan dengan Pengurusan TIB iaitu Ustaz Rosdi 016-958 5423 ataupun Pn Anida 016-958 5502, harga RM25.00 ini tidak termasuk pos, dan pos minimum ialah sebanyak 3 buku sabun [campuran dibenarkan Insya Allah]. Sila bank inkan then SMS details alamat penghantaran [nama penuh, alamat penghantaran, bank yang di bank in kan tadi] . Insya Allah penghantaran akan dibuat pada setiap hari Isnin dan Khamis sahaja.

Untuk apa yer Sabun Nuur Aura al-Bayt ini??? 
Maka jawapannya ialah sebagai ikhtiar dalam:
  1. Mempermudahkan urusan rezeki [perniagaan, perkahwinan, cepat jodoh]
  2. Mengeratkan hubungan suami isteri [pulih hubungan]
  3. Orang tenang, senang & sejuk melihat diri kita Insya Allah.
  4. Mencantikkan & mencerahkan wajah Insya Allah.
  5. Membuka aura positif dalam badan dan menyingkirkan aura negatif, bi 'AunILLAH. 
  6. Ikhtiar sebagai Pelembab wajah/ muka bagi wanita [telah ditestimonikan], bi 'AunILLAH.
Cara Penggunaan :
  1. Buat mandian seperti biasa, lebihkan penggunaan pada anggota wajah [murah rezeki, dipandang tenang dan sejuk oleh yang memandang]
  2. Bagi pemulihan/ percepat jodoh, amalan mandi sebelum matahari terbit pada tanggal 13hb, 14hb dan 15hb bulan Islam [suatu ikhtiar]
  3. Yang penting, amalan doa kepadaNya sangatlah penting [kebergantungan padaNya selepas berusaha]
  4. Untuk pelembab wajah [wanita], buihkan dan dibiarkan di wajah dalam tempoh 5-10 minit [telah ditestimonikan].
Yang selalu ana tekankan ialah, semuanya dengan IzinNya jua, sebagai hambaNya, tiada salah kita berikhtiar mencari kesembuhan diri baik dalam masalah fizikal mahupun batin. Dan ana galakkan menggunakannya dengan AMALAN KEREZKIAN dan DOA NUUR yang akan diberikan nanti Insya Allah [boleh dapatkan dari blog utama TIB]. Yang penting ialah, beramal keranaNya.

MaauSyifa' PEBATAP

Alhamdulillah segala puji bagiNya, semalam seorang akak datang ke rumah untuk mengambil satu kotak air doa maauSyifa' PEBATAP, ana bertanyakan kepada akak nie, kenapa ambik banyak sangat??? Katanya Alhamdulillah ustaz, mak akak minum dia rasakan lain badannya, hilang sakit-sakit badan, ringan badannya, kakaknya pun sama katanya. Yang akak ambik nie nak hantar kat mak di Johor. Amboi jauhnya!

Begitu juga kes seorang guru di SKBTP, yang mana berikhtiar untuk anaknya yang berusia dalam lingkungan 8 tahun yang akan mengamuk apabila tidak membelikan mainan yang diidamkannya, namun Alhamdulillah, selepas memberikan air doa PEBATAP, anaknya berubah dengan banyak, dia pun terkejut sakan. Perkara ini ana ketahui apabila cikgu berkenaan menceritakan kepada zaujah ana yang juga mengajar di SKBTP.

Yang berminat dengan MaauSyifa' boleh menghubungi:

USTAZ ASRI : 012-277 8723
USTAZ ROSDI : 016-958 5423

Air penawar/ air doa PEBATAP



ALHAMDULILLAH, dah siap label Air Doa PEBATAP, oleh itu, mana-mana yang berminat boleh dapatkan di Bilik Rawatan PEBATAP di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor ketika sesi rawatan atau boleh dapatkan dengan:

USTAZ ASRI : 012-277 8723
USTAZ ROSDI : 016-958 5423
EN. AMIN : 013-309 2097

Mana-mana kedai yang berhajat untuk memasarkan air Doa ini boleh hubungi kami bertiga yer. Insya Allah.

Harganya hanya RM5 sahaja. Suatu ikhtiar dari PEBATAP, yang menyembuhkan Allah Taala. Syukran pada Saudara Faqir Design [http://faqirdesign.blogspot.com] atas kerja kerasnya menyiapkan sticker air doa PEBATAP ini. Wallahu a'lam.

SABUN AL-BAYT

Insya Allah, mana-mana yang berhajat dengan Produk Sabun al-Bayt dan pelbagai Minyak Attar Kasturi, boleh dapatkan di Bilik Rawatan PEBATAP di Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor hari ini, Insya Allah.
  1. Sabun al-Bayt [RM15 sahaja]
  2. Attar Kasturi [ada RM10/ Rm20 dan RM25 - ikut saiz dan jenis kasturi]

Tempahan: 
Sila berhubung dengan Ustaz Rosdi 016-958 5423

BERBEKAM dengan ahli PEBATAP

ALHAMDULILLAH, ahli PEBATAP sekarang sudah boleh melakukan pembekaman, oleh yang demikian, sesiapa yang berhajat boleh menelefon ahli PEBATAP iaitu :

TN HJ KAMISAN : 019-240 5508
USTAZ ASRI : 012-277 8723
USTAZ ROSDI : 016-958 5423 [lelaki] / Puan Anida Idayu [wanita] - link
EN. AMIN : 013-309 2097

Walaubagaimanapun, untuk pembekam perempuan hanya dibuat di rumah Ustaz Rosdi sahaja setakat ini [alamat No 31, Jalan 6/4, Blok 6 Dahlia, BTP], manakala yang lelaki, boleh bertemu dengan mana-mana ahli PEBATAP insya Allahu Taala. Harga adalah bergenatung kepada pembekam berkenaan.

Sila hubungi ahli PEBATAP jika berhajat! Wallhu a'lam.

PEBATAP belajar Bekam

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

Rahmat dan Redha ALLAH buat sekalian amal dan perbuatan, DIA yang tiada selain DIA yang wajib disembah, DIA yang tiada selain DIA bagi segala pujian, DIA yang tiada selain DIA tempat memohon segala hajat, DIA yang tiada selain DIA sebagai tempat meletak harapan bagi setiap amal dan ibadah, DIA, DIA ALLAH, Zat yang Maha Hebat lagi Berkuasa atas segala sesuatu yang telah telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar Wa lILLAHil Hamd.

Bergemerlapan alam menyambut hadirNya, membawa sinar harapan dan cahaya kebenaran bagi mereka yang sentiasa menantikan kebenaran dan kejayaan yang hakiki. Insan digelar Rasulullah S.A.W, yang tanpa asbab hadirNya, maka teruslah gelap bagi mereka yang dalam kegelapan, terus teraba-raba bagi mereka yang sudah sedia meraba-raba mencari kebenaran. Seluruh Selawat dan salam penuh Mahabbah ke sisi Junjungan Rasulullah S.A.W, keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Semoga dibangkitkan kita di akhirat kelak dalam keadaan di syafaatkan Rasulullah S.A. W, begitu juga dengan kehidupan dan amal di dunia ini beserta syafaat dari Baginda S.A.W. Amin Amin Amin. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihil kiram. [pinjam dari TIAF]

Para Pembaca dan saudara/ri yang dirahmati ALLAH sekalian,

ALHAMDULILLAH, pada 29 Januari 2012 [Ahad] PEBATAP meluaskan pencarian ilmu dalam rawatan Bekam [al-Hijamah] di Pusat Rawatan Islam Kasturi iaitu di rumah Ustaz Nasa/ Muallij Nasa [http://perawatsihir.blogspot.com], bermula jam 9:45 pg dan berakhir pada 6:00 petang.

Tiga perkara utama yang dipelajari pada hari kejadian ialah Bekam [al-Hijamah], Rawatan Resdung dan Refleksologi. Antara paparan yang dapat dikongsikan bersama ialah :


 Rawatan Resdung [ghurah]




 Sesi Penerangan Teori Bekam oleh Muallij Nasa.















 Bukan anak Jin yer hehehe




Popular Posts