Mohon Doakan

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan al-Mubarak bagi hari yang ke 15 hari ini. Harapan PEBATAP agar gangguan yang berlaku kepada para murid di SBPI Rawang dan SMK Bandar Tasik Puteri dapat diselesaikan dengan jayanya. 

Di SBPI Rawang, kebanyakan yang terkena adalah murid-murid perempuan, yang pelbagai cerita ada dalam kalangan mereka, namun ada juga 2 3 murid lelaki yang terkena, gara-gara ibubapa yang mendapatkan tangkal kononnya bagi melindungi anak-anak mereka daripada niat jahat manusia/ kawan-kawan yang nakal.

Di SMKBTP, Alhamdulillah ada guru yang boleh membantu, teruskan perjuangan Ustazah yang membantu, moga semua murid sihat dan mampu belajar dengan jayanya Insya Allah.

RAWATAN PADA 9 RAMADHAN

BISMILLAHI MASYA ALLAH LA YASUUQUL KHAIRA ILLALLAH, segala puji Allah Taala yang telah memfardhukan Puasa bagi setiap Ummat Islam dengan firmanNya : Surah al-Baqarah ayat 183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW semulia-mulia manusia.

Malam tadi rawatan yang berhajat dengan kami datang dari Klang, Selangor, Alhamdulillah, selepas terawih lebih kurang jam 10:30 malam, kami mulakan sesi ruqyah. 3 pesakit yang berhajat dengan rawatan, 1 lelaki dan 2 perempuan. 

Mangsa sihir yang ditimpa musibah ini bermula kesan ayat-ayat ruqyah dari awal bacaan lagi. Sehabis ruqyah sahaja, naqib kumpulan merawat wanita berkenaan, memakan masa lebih kurang 1 jam jugak untuk deal dan dakwahkan jin berkenaan, walau apa pun, kami doakan sahaja, 2 pesakit lagi ana dan Pak Ali ikhtiarkan, Alhamdulillah tiada masalah yang kronik sangat.

Mangsa sihir nie ada kaitan dengan tempat kerjanya, dah lama sakit katanya dan rawatan malam tadi adalah rawatan susulan kali kedua bersama dengan PEBATAP dan Alhamdulillah, kesannya ada, puan tue sendiri menceritakan apa yang berlaku di rumahnya dan di tempat kerjanya setiap kali selesai rawatan. Allahu Akbar! Moga kesembuhan adalah miliknya dan semua ummat Islam, sihat dan selamat untuk menjalankan amal ibadat kepada Allah Taala, Amien!

Ayat 7 Salamun

Amalan Buat Pesakit

Hasil Tangan Faqir Design





Boleh berurusan dengan Saudara Azahar : Faqir Design di laman sesawang

Kaedah Mandian

Mandi Limau

Mandi limau adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh untuk membantu mengubati penyakit atau masalah yang berkaitan dengan makhluk halus. Limau yang digunakan adalah limau purut atau limau nipis yang masih segar atau limau yang mempunyai air yang banyak untuk diperah dan dicampurkan dalam air mandian.

Kebiasaannya kami menggunakan sebanyak 3 biji limau [dilakukan selama 7 petang berturut-turut jika boleh] setiap kali mandian. Walaubagaimanapun angka atau bilangan itu bukanlah suatu perkara yang mesti begitu, dengan kata lain boleh sahaja digunakan beberapa biji limau sekalipun asalkan air mandian itu ada terasa perahan limau atau bauannya. Sehingga sekiranya tiada limau, pesakit hendaklah teruskan mandian walaupun tanpa limau kerana mandian itu sendiri adalah kaedah untuk membantu rawatan sahaja. 

Cara potongan limau juga bukanlah suatu perkara yang mustahak dan tiada kaedah khusus untuk memotong limau, apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk mendapatkan air perahan limau itu. Oleh yang demikian pemotongan limau dengan berbagai kaedah samada membujur atau melintang boleh digunapakai dan bukan menjadi salah satu syarat potongan limau. Mungkin saya boleh katakan sekiranya anda terlalu kuat dan gagah sehingga boleh perah dan dapatkan air limau tanpa belahan atau potongan terlebih dahulu, maka itu pun dibolehkan kerana yang penting ialah dapat air limau dan bauannya.

Sekiranya ditanya, bolehkan diperah menggunakan alat pemerah buah-buahan atau alat pemerah jus limau? Jawabnya dibolehkan tetapi tangan yang membaca bismillah dan menyentuh langsung limau itu serta diperahkan adalah lebih baik .

Waktu / Masa Mandi

Waktu mandi untuk mengubati kebanyakan penyakit khususnya penyakit atau masalah yang melibatkan gangguan makhluk halus , kami mencadangkan agar pesakit melakukan mandian antara asar dan maghrib kerana itu adalah waktu yang paling sesuai bagi melawan kemaraan karenah jin dan makhluk halus. Dikatakan bahawa jin kebiasaannya melakukakan operasinya antara asar dan maghrib atau selepas pertengahan malam iaitu selepas jam 12.00 mlm. 

Mengambilkira yang demikian, mandian perubatan yang paling baik adalah antara asar dan maghrib, kalau tak sempat maka dicadangkan mandi pada jam 12.00 malam, sekiranya menyusahkan dan mempunyai masalah tentang waktu mandi, pesakit boleh memilih mana-mana masa kelapangan untuk melakukan mandian. Apapun masalah dan halangan, mandi seboleh-bolehnya mesti dilakukan setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan. Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai bagi diri anda sekiranya waktu yang dicadangkan tidak memihak kepada anda.

Cara Mandiannya adalah:
  1. Mandi bersih badan dahulu iaitu sabun, syampoo gosok gigi dan lain-lain.
  2. Sediakan satu baldi air biasa, kemudian limau yang dah dipotong tadi [3 biji] diperah ke dalam baldi tadi, kulit liamu diletakkan ke dalam baldi tadi.
  3. Tuang air doa satu cawan kemudian kacau air tadi ikut pusingan tawaf/ anti clock-wise [nak selawat dalam hati pun boleh]
  4. Dah selesai larutkan air limau tadi, mandi separuh baldi dahulu.
  5. Semasa air separuh baldi nie, ambik kulit limau tadi, gosokkan ke badan [buat macam sabunlah] dan mana-mana tempat yang sakit gosoklah lebih sikit.
  6. Habis gosok, buang kulit limau tadi dan habiskan mandian.
  7. Jangan dilap badan dengan towel.
  8. Lurutkan badan sahaja supaya air tadi kering pada badan.
P/S : 
  • apa-apa pun yang berlaku, pastikan mandi.
  • ada pesakit kami yang apabila memerah limau tadi, keluar darah, ada yang keluar susu.
  • jadi teruskan mandian seperti biasa kerana itu semua dugaan tuan/puan.
  • kuatkan semangat dan hati.

Ayat-Ayat Dari AMSYIQ

Ayat-Ayat Syifa'

Lurus dan Rapatkan Saf

Luruskan saf ! Rapatkan saf !

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam hendak memulakan solat secara berjemaah. Tetapi adakah kita faham dengan ungkapan itu? Luruskan saf? Rapatkan saf? Cuba kita lihat gambar di bawah.

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki. Ketika solat berjemaah jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhuwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Seperti yang disebut hadis sahih riwayat al-Bukhari di bawah:

"Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki." (Riwayat al-Bukhari)

Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak. Antara hadis-hadis yang lain:

"Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku." (Riwayat al-Bukhari)

"Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoaan masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka. Di samping itu, ia juga menunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini.

Tanpa merapatkan saf juga memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W : "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).

Promosi Design by Faqir Design


Alhamdulillah, Saudara Faqir Design membuka promosi untuk sesiapa yang berhajat dengan apa jua design, Insya Allah, beliau sangat membantu, Logo PEBATAP dan Al-Bayt pun beliau yang ciptakan. Silalah berurusan dengan beliau.

HARAM BAGI PESAKIT TERKENA SIHIR MENGGUNAKAN KHIDMAT TUKANG SIHIR UNTUK SEMBUH...

SOALAN: 
 
Menurut sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Al-A'sam. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana orang yang dipelihara oleh Allah, menjadi kekasih-Nya, seorang nabi, juga seorang rasul boleh terkena sihir.

JAWAPAN:

Pada tahun ketujuh Hijrah, iaitu selepas balik dari Hudaibiah, baginda Rasulullah telah terkena sihir. Beberapa orang Yahudi menemui Labid bin Al-A'sam, seorang tukang sihir yang terkenal di kalangan ahli sihir Yahudi. Mereka mengadu dan menyatakan telah berusaha untuk menyihir Muhammad, tetapi tidak berjaya. Kerana itu mereka meminta agar Labid melakukan sihir ke atas Muhammad dengan memberi upah.

Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aisyah dinyatakan bahawa kesan daripada sihir itu baginda merasakan seolah-olah telah melakukan sesuatu, padahal dia tidak melakukannya, sehinggalah pada satu hari baginda berdoa, dan terus berdoa, dan akhirnya Allah mengutuskan dua malaikat.

Mereka datang berhampiran Nabi, berbicara tentang diri baginda yang dia disihir oleh Labid dengan menggunakan sikat dan rambut yang dibungkus dengan seludang tamar jantan muda. Bahan yang diambil daripada Nabi itu diletakkan dalam telaga Zarwan.

Baginda telah meminta salah seorang sahabatnya agar meninjau telaga yang dimaksudkan. Setelah kembali, utusan ini menyatakan bahawa, ``air telaga itu berwarna kemerah-merahan, seperti warna inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan.''

Merah yang dimaksudkan di sini seperti warna inai apabila dimasukkan dalam air, manakala pohon tamar itu digambarkan seperti rupa kepala-kepala syaitan untuk memperlihatkan pemandangan yang menggerunkan lagi menakutkan.

Lahir daripada pengamatan umum akan timbul persoalan bagaimana Allah boleh membiarkan kekasih-Nya terkena sihir, padahal seperti dijanjikan oleh Allah adalah maksum. Allah sewajarnya melindungi kekasih-Nya.

Allah Maha Mengetahui apa yang patut dilakukan terhadap kekasih-Nya. Terlalu banyak rahsia ketuhanan yang tidak terungkai atau terungkap oleh pengamatan manusia.

Rasulullah Muhammad adalah seorang nabi, juga seorang rasul. Baginda adalah pesuruh Allah, yang di antara tugas utamanya menyampaikan mesej daripada Allah, kepada manusia dengan perantaraan malaikat Jibrail, ataupun tanpa malaikat Jibrail. Mesej inilah yang diistilahkan sebagai `wahyu' yang disampaikan kepada umatnya, iaitu umat Muhammad, tanpa menambah ataupun mengurangkannya.

Wahyu yang disampaikan itulah yang dinamakan sebagai `Kalamullah,' yang kemudiannya dihafal oleh baginda, oleh para sahabat, ditulis di belulang-belulang dan sebagainya, lalu dikumpulkan dan dibukukan dan akhirnya menjadi al-Quran. Adapun wahyu Allah yang diturunkan, tetapi disampaikan kepada umatnya menggunakan ayat-ayat Muhammad dinamakan hadis. Sesungguhnya Rasulullah tidak berkata-kata menurut kehendaknya sendiri, apa yang dikatakan itu adalah wahyu yang telah diturunkan kepadanya. Kerana itulah maka al-Quran dan hadis-hadis itu menjadi pegangan utama, sumber hukum bagi orang yang mengaku dirinya Islam.

Itulah fungsi sebenar Rasulullah di mana dilantik oleh Allah sebagai pesuruh-Nya. Di situlah terletak kerasulan baginda. Walaupun demikian, baginda tetap manusia biasa, lahir seperti manusia biasa hasil daripada kehidupan seorang ibu dan bapa.

Sebagai manusia, jasadnya mempunyai naluri seperti manusia biasa, hasil daripada kehidupan seorang ibu dan bapa. Sebagai manusia, jasadnya mempunyai naluri seperti orang lain, ada rasa kasih sayang, memerlukan makan minum, hidup berkeluarga dan sebagainya.

Satu keistimewaan baginda, beliau dilantik menjadi rasul kepada manusia juga jin-jin. Hal demikian membuktikan bahawa berbanding dengan jin-jin, manusia itu lebih pintar dan tinggi makamnya, kerana Allah mengutus manusia untuk manusia dan jin-jin. Allah tidak menjadikan jin sebagai rasul.

Sebagai manusia, Allah menjadikannya berakhlak mulia. Kerana itu manusia biasa yang taatkan perintah Allah, tidak mustahil bagi mereka untuk memperoleh martabat yang tinggi di sisi Allah kerana mereka adalah sama-sama manusia.

Pengajaran

Sebagai manusia biasa, baginda tidak mengetahui dirinya telah disihir oleh Labid bin Al-A'sam, kecuali setelah Allah mengutus dua malaikat memberitahunya yang dia terkena sihir.

Dalam hadis-hadis disebutkan, akibat daripada sihir tersebut, baginda merasakan bahawa beliau telah melakukan sesuatu, tetapi sebenarnya tidak melakukannya. Sesetengah ahli tafsir menyatakan, atau memberi tafsiran bahawa baginda merasakan telah mendatangi salah seorang daripada isteri-isterinya, padahal beliau tidak berbuat demikian.

Sesetengah mentafsirkan bahawa akibat daripada sihir berkenaan, baginda tidak berupaya bersatu dengan isterinya.

Apa yang berlaku ke atas Rasulullah seperti dijelaskan oleh ahli-ahli tafsir tersebut memberi pengajaran bahawa sihir itu benar-benar boleh berlaku. Akibat daripada sihir, suami ada kalanya tidak berupaya bersatu dengan isterinya.

Menurut Syeikh Abdul Aziz Ma'mun, penyakit ar-rabt, atau kegagalan suami bersatu dengan isterinya merupakan satu jenis sihir yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir dengan pertolongan syaitan yang mengganggu pusat rangsangan nafsu penting manusia, iaitu otak yang merangsang alat kelamin.

Ia merupakan sejahat-jahat amalan sihir yang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila suami hilang keupayaan sama sekali untuk bersatu dengan isterinya, tetapi boleh melakukan persetubuhan haram dengan perempuan-perempuan lain.

Suami yang mengalami masalah seperti ini dinamakan ar-rajulul mahbus atau ar-rajulul marbut oleh Abu Ubaidah Mahir.

Dalam peristiwa yang melibatkan sihir ke atas Nabi, bahan yang digunakan ialah sikat dan rambut yang diikat dengan benang dan dimasukkan dalam perut perigi dihempap dengan batu. Rambut tersebut diambil daripada rambut kepala, juga janggut yang dicuri.

Sihir tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin-jin, yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Kerana itu, penggunaan bahan seperti rambut dan sikat itu sebenarnya tidak penting, kerana yang memainkan peranan utama ialah jin.

Bahan-bahan seperti dijelaskan yang diambil daripada mangsa yang hendak dikenakan sihir, memudahkan atau mempercepatkan lagi proses mengenakan sihir, kerana bahan yang diambil itu adalah sebahagian daripada diri mangsa, yang kemudiannya disokong oleh jin-jin tadi.

Kerana itu, penggunaan bahan, yang diambil daripada badan mangsa bukan dongengan dalam proses amalan sihir, seperti kuku, air ludah, gambar, pakaian yang telah dipakai seperti seluar dalam, baju dalam dan sebagainya termasuk tuala ataupun songkok.

Allah telah menurunkan surah Al-Muawwizataini, iaitu Qul a'udhu birabbil falaq juga Qul a'udhu birabbinnas. Setiap ayat yang terkandung dalam dua surah ini dibacakan, maka baginda berasa lega dan akhirnya berupaya berdiri, bebas sebebasnya seperti unta yang terlepas daripada ikatan apabila keseluruhan ayat-ayat itu habis dibaca, lalu malaikat Jibrail berkata yang bermaksud: Dengan nama Allah, aku menjampi akan dikau, daripada setiap penyakit yang menyakiti akan dikau, juga daripada kejahatan yang hasad, atau mata jahat dan Allah akan menyembuhkan akan dikau.

Demikian menurut pendapat yang sahih, yang menyatakan di antara sebab kenapa surah al-Muawwizatain itu diturunkan. Iktibar ataupun pengajaran daripada peristiwa ini, kita dapat mempelajari bahawa untuk mengatasi sihir, kaedah yang paling besar ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, termasuk penggunaan dua surah pendek seperti dijelaskan.

Terdapat banyak surah juga ayat-ayat al-Quran yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah sihir, termasuklah penggunaan al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Ikhlas, surah Yasin dan akhir surah al-Baqarah.

Manakala surah-surah yang perlu dibaca oleh pesakit, atau sekurang-kurangnya diperdengarkan melalui rakaman kaset misalnya ialah surah al-Baqarah, surah al-Jinn, as-Saffat, surah Yasin, surah ad-Dukkhan dan lain-lain lagi.

Sesetengah masyarakat Melayu berkeyakinan bahawa masalah sihir hanya boleh diatasi dengan menggunakan sihir juga. Sesetengah daripadanya berkeyakinan, sihir, dalam keadaan tertentu, tidak boleh diatasi atau dirawat kecuali dengan menggunakan sihir.

Seperti dijelaskan bahawa sihir tidak akan berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin. Apabila dikatakan bahawa sakit akibat sihir itu tidak boleh diatasi, atau lebih sesuai dengan menggunakan sihir, bererti orang yang berkenaan berkeyakinan bahawa sakit akibat perbuatan manusia yang dibantu oleh jin-jin akan hanya sembuh menggunakan perantaraan jin-jin.

Yang dimaksudkan melakukan rawatan dengan menggunakan sihir ialah seperti menemui mereka yang merawat dalam keadaan menurun, satu keadaan di mana seseorang itu diresapi oleh jin-jin, ataupun upacara melibatkan teater tradisional, yang selalunya melibatkan unsur-unsur hiburan juga rawatan, seperti dilakukan dalam sembahan main puteri, bagih, kebiah dan sebagainya.

Amalan atau upacara rawatan seperti ini diistilahkan sebagai an-Nusyrah. Ketika ditanya mengenainya, baginda menjelaskan bahawa upacara sedemikian rupa adalah daripada perbuatan syaitan.

Perjalanan hidup Rasulullah perlu dijadikan contoh oleh umatnya. Itulah yang dinamakan sunah nabi yang sewajarnya difikir logik dan keperluannya. Sesungguhnya dalam diri baginda itu contoh ikutan yang baik. Baginda pernah berpesan, ``kutinggalkan pada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Dua perkara tersebut ialah `al-Quran dan sunahku.'

Tidak dinafikan bahawa baginda itu adalah kekasih Allah. Penderitaan yang ditanggung oleh baginda akibat sihir bukan membawa erti bahawa Allah tidak mengasihinya. Sesungguhnya, Allah bersifat Maha Mengetahui lagi bijaksana bagaimana hendak menyampaikan mesej kepada hamba-Nya termasuklah mesej yang disalurkan melalui ujian terhadap kekasih-Nya.

Oleh: Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia

Tawaran Ramadhan

Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

Maksud Logo Kumpulan


Simbol BULAN SABIT dan BINTANG menandakan PERUBATAN ISLAM

Capal Nabi di tengah-tengah bulan sabit menandakan perjalanan berlandaskan sunnah Nabi

LAM ALIF [menggunakan khat hijaz] menguatkan lagi bahawa logo ini bernaung di bawah naungan islam, dan dari segi perubatan LAM ALIF merupakan perisai bagi diri perawat.

Bulatan bermaksud kumpulan yang bergerak secara JEMAAH

Di belakang bulatan hijau adalah simbolik bagi kitab alquran

Hijau menandakan Islam
Kuning menandakan Kesetian Perawat dalam melaksanakan Amanah Allah
Putih (khat lam alif) BERSIH dari Syirik.

Popular Posts