This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Apakah hukuman yang sepatutnya bagi Tukang sihir?

Diriwayatkan hadits marfu' dari Jundab:
"Hukuman bagi tukang sihir ialah dipenggal lehernya dengan pedang." (HR At-Tirmidzi, dan katanya: "Yang benar bahwa hadits ini mauquf.")


Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Hukuman bagi tukang sihir adalah dibunuh. 
Hal itu didasarkan pada apa yang diriwayatkan dari ‘Umar, ‘Utsman bin ‘Affan, Ibnu ‘Umar, Hafshah, Jundub bin ‘Abdillah, Jundub bin Ka’ab, Qais bin Sa’ad dan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Itu pula yang menjadi pendapat Abu Hanifah dan Malik.”

Diriwayatkan dari Abu 'Utsman an-Nahdi berkata (artinya), "Seorang tukang sihir memainkan sihirnya di hadapan Al-Walid bin 'Uqbah. Tukang sihir itu mengambil pedangnya dan menusukkannya ke tubuhnya, namun tidak melukainya. Lalu Jundab bangkit dan mengambil pedang itu lalu memenggal lehernya! Kemudian beliau membacakan sebuah ayat, 'Maka, apakah kamu menerima sihir ini, padahal kamu menyaksikannya'." (Al-Anbiyaa': 3)

Diriwayatkan dari 'Amr bin Dinar, bahwa ia mendengar dari Bajalah berkata, "Umar bin Khaththab telah menetapkan perintah, yaitu, 'Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.' Bajalah berkata, 'Kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan'."

Kata Imam Ahmad: "Diriwayatkan dalam hadits shahih, bahwa hukuman mati terhadap tukang sihir, telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. (Mereka itu ialah: 'Umar, Hafshah, dan Jundab)

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum terhadap tukang sihir. Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa, tukang sihir hendaklah dikenakan hukuman bunuh berdasarkan hujah tertentu. Mereka berpegang kepada hadis Rasulullah yang bermaksud: Balasan ke atas tukang sihir adalah bunuh dengan pedang.

Malahan, Ummul Mukminin Hafsah pernah memerintahkan supaya seorang perempuan pembantunya, yang pernah menyihirnya, dibunuh. Ini kerana tukang sihir termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kejahatan iaitu menyesatkan akidah manusia.

Imam Malik berpendapat, bahawa tukang sihir Muslim yang melakukan sihir dengan kehendaknya sendiri, yang membabitkan rangkaian kata kufur, hendaklah dibunuh tanpa diminta agar dia bertaubat. Ini kerana perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan hati, seperti mereka yang tergolong ke dalam golongan zindiq dan yang melakukan zina.

Ibn Al-Munzir pula berpendapat bahawa, seorang lelaki yang berikrar bahawa dia telah melakukan sihir yang membabitkan rangkai kata kekufuran, hendaklah dibunuh jika dia enggan bertaubat.

Imam Nawawi pula berpendapat bahawa, sihir adalah haram hukumnya dengan ijmak ulama. Barang siapa beriktikad bahawa sihir itu harus, maka dia adalah kafir.

Imam Abi Hanifah pula berpendapat, tukang sihir lelaki hendaklah dihukum bunuh manakala tukang sihir perempuan dipenjarakan.

Manakala Imam Syafie pula berpendapat, dosa tukang sihir tidak melebihi dosa syirik, padahal orang yang syirik dituntut agar bertaubat.

Satu lagi peraturan Islam mengenai sihir yang perlu diambil tahu ialah, sekiranya seseorang tukang sihir yang sudah kafir kerana tutur kata dan amalannya itu, memeluk Islam semula, pengIslamannya adalah sah dan taubatnya diterima. Ini terbukti dalam kes beberapa orang tukang sihir Firaun yang kembali beriman dan bertaubat, di mana Allah menerima taubat mereka.

Dari Blog Rawatan Islam al-Insyirah : http://muhammad-muallij.blogspot.com/

BINGKISAN AGM AKRINE 2011

ALHAMDULILLAH, selesai sudah AGM AKRINE 2011. Moga mendapat barakah dari Allah Taala jua. Sijil pendaftaran AKRINE dengan nombor pendaftaran 2654-11-SEL, oleh yang demikian, AKRINE adalah Pusat Rawatan Islam yang berdaftar dan sah dari segi undang-undang pendaftarannya. Insya Allah.

 AKRINEr berdaftar dengan TCM KKM.

  AKRINEr berdaftar dengan TCM KKM, ini adalah Saudara Azahar dari Faqir Design [http://www.faqirdesign.com]

 Bertemu dengan rakan-rakan perawat AKRINE dari beberapa buah negeri.






 Pengasas AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan

 Antara yang hadir ke AGM AKRINE kali Pertama.




 

TENTATIF AGM AKRINE 2011

Assalamu'alaikum wbt,

Berikut adalah tentatif aturcara AGM AKRINE
8.30 pagi - Pendaftaran ahli mesyuarat
9.00 pagi - Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
9.05 pagi - Bacaan Al-Quran
9.15 pagi - Bacaan doa
9.30 pagi - Taklimat oleh Dr. Shamsaini Shamsuddin (Senior Principal Assistant Director)
Cawangan Amalan & Pendaftaran TCM, KKM
10.15 pagi - Pendaftaran secara talian e-PENGAMAL bermula
10.15 pagi - Ucapan Oleh Ust. Marzuki Ismail, Presiden AKRINE
10.30 pagi - Ucapan Perasmian Oleh Ust. Abdul Majid Hasan, Penaong AKRINE
11.00 pagi - Rehat / Kudapan
11.15 pagi - Mesyuarat agong bermula
12.30 tghari - Jamuan dan bersurai

dan ini pula Agenda AGM:
  1. Melantik Pengerusi Tetap mesyuarat
  2. Melantik 2 orang pencatit minit mesyuarat
  3. Membentang dan menerima minit mesyuarat penubuhan AKRINE
  4. Membubarkan AJK Penaja AKRINE
  5. Melantik Presiden, Naib Presiden dan 8 orang ahli Jawatankuasa 2011/2012
  6. Melantik 2 orang pemeriksa kira-kira
  7. Membahaskan cadangan dan usul
  8. Ucapan Penangguhan

MOHON DI DOAKAN BERSAMA

Assalamualaikum WMT dan Salam kemenangan,

Syukur ke hadrat ALLAH dengan limpahan kurnia dunia bagi bekalan akhirat kepada ciptaan dan hambaNYA. Betapa beruntungnya mereka yang berfikir dan berzikir, berzikir dan berfikir dalam setiap penciptaan langit dan bumi, setiap pencetusan kejadian alam, setiap sapaan kehikmahan akan segala hal. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar.

BagiNya seluruh selawat dan salam, bagiNya penuh mahabbah, tiada pintu kepada ALLAH kecuali melaluiNya, Dia Sayyidina Muhammad SAW, insan penuh kemuliaan bagi setiap kehinaan, penuh cahaya bagi setiap kegelapan, penuh arif bagi setiap kejahilan, penuh kasih sayang bagi setiap kebencian, penuh kelembutan bagi setiap kekasaran, penuh kegembiraan bagi setiap kedukaan. Dia pembawa rahmat buat sekalian alam, pembawa berita kegembiraan bagi mereka yang 'berduka'. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. [dari blog TIAF]

PEMBACA yang dihormati sekalian,

Sahabat perawat kami iaitu Pak Ali sekarang ini, sedang sakit tenat, mohon sahabat-sahabat muallij/ perawat sama-sama kita ikhtiarkan rawatan kepada Pak Ali supaya sakitnya berkurangan Insya Allah. Mana-mana yang bolehlah yer. Kesian jugak kami tengok, dah kurus sangat badannya sekarang. Pak Ali adalah perawat veteran dalam Kumpulan PEBATAP, doakan agar dia mendapat kesembuhan dariNya. Amien!!!

Mohon juga guru-guru rawatan Islam yang beliau hadiri, mendoakan beliau Insya Allah, antaranya, TG Dato' Ismail Kamus - Darussalam, TG Ustaz Wan Asrul - TIAF dan Saudara Khairul Syakirin - RIDAM.

Paling kurang pun, kita hadiahkan bacaan al-Fatihah buat Pak Ali, agar dengan al-Fatihah tadi mampu memberikan ruqyah kesembuhan buatnya. Insya Allah.

Photobucket

Pak Ali yang berbaju merah [ketika sesi menadah ilmu dengan Ustaz Wan Asrul - TIAF]

Pengajian Watikah RIDAM

INSYA ALLAH, bagi yang berminat untuk pengajian.
Mahar Pengajian RM2500.00 sahaja.
Tempoh : 3 Hari 2 Malam.
Rujuk : Darul Manzil [http://darulmanzil.blogspot.com]


Kandungan Pengajian Watikah RIDAM: BAHAGIAN PERTAMA
  1. Bicara Alam Jin
  2. Hukum Perubatan

BAHAGIAN KEDUA
Doa Amalan Rampaian

BAHAGIAN KETIGA
Pagar Diri
Pagar Rumah

BAHAGIAN KEEMPAT
Kaedah Scanning

BAHAGIAN KELIMA
Modul Air Penawar
Rukyah Penyakit
Modul Kerasukan
Santau
Busung

BAHAGIAN KEENAM
Petua Perawat

BAHAGIAN KETUJUH
Buasir
Demam Panas
Gout
Leukimia
Sakit Kepala
Sakit Mata
Sakit Sendi / Parkinson

BAHAGIAN KELAPAN
Anak Nakal
Dapat Jodoh
Panggil Balik
Pemisah
Pengasih & Pendamai

BAHAGIAN KESEMBILAN
Minyak Selusuh
Haid Berterusan
Haid Tak Hadir
Lemah Syahwat
Mati Pucuk
Sukar Dapat Anak

BAHAGIAN KESEPULUH
Pelaris Kedai
Membuka Kunci Rezeki Diri

BAHAGIAN KESEBELAS
Ilmu Tenaga Dalam,
Rawatan Cara Tidur
Rawatan Jarak Jauh
Rawatan Nur Alam
Rawatan Pelumpuh
Rawatan Ros Merah

BAHAGIAN KEDUABELAS
Masuk Ayat
Mas 10
Mandi Adat


ZIKIR TAHSIN AKRINE

150 Jalan Berbakti Kepada Ibu

Aurat Lelaki Dan Wanita

Aurat Lelaki Dan Wanita

100 HADIS THIB

100 HadisThib Nabawi

40 THIB NABAWI

40 Thib Nabawi

DOWNLOAD : borang keahlian AKRINE




PEBATAP mengalu-alukan kedatangan anda ke Pusat Rawatan Islam kami di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Moga beroleh kesembuhan dariNya. Amien!!!

BACAAN ASAS SEPULUH [perkongsian]










Walaupun dinyatakan di sini bacaan asas sepulu DS, namun cara yang terbaik adalah memohon untuk menganggotai Persatuan Darus Salam, supaya ilmu yang bakal diperolehi mendapat berakah dan rahmah, semua bacaan ini perlu mendapat keizinan yang tulen dan sah daripada TG Dato' Ismail Kamus.

Di uploadkan sahaja di sini supaya awam tahu dan jika yang berminat dengan rawatan Islam boleh mengambil pendekatan dengan menghafal dahulu bacaan asas ini dan seterusnya memohon mengikuti kursus Rawatan Islam anjuran Darus Salam di Gombak sahaja [belakang Balai Polis Gombak, Jalan Penghulu]

RAWATAN PADA 11 SEPTEMBER 2011


Masa :
2:30 ptg- 6:30 ptg.

Perawat:
1.       Tn Hj Kamisan [naqib kumpulan]
2.       Ustaz Rosdi 

Jumlah Pesakit : 
15 orang sahaja.

Alhamdulillah, PEBATAP selesai menjalankan rawatan pada tarikh yang ditetapkan untuk bulan September. Rawatan seterusnya adalah pada 18 Sept 2011, masa dan waktu yang sama. Kali ini hanya tinggal 2 perawat sahaja. Yang lain maybe pergi beraya lagi hehehe. Wallahu a’lam. Pak Ali masih kurang sihat, maybe faktor usia, sama-sama kita doakan kesembuhan buat Pak Ali. Insya Allah.

Kes kali ini hampir sama sahaja dengan kisah-kisah sebelum ini. Kali ini ramai plak pesakit dari Subang/ Subang Jaya. Kata mereka, dapat info rawatan dari sedara mara ketika mengunjung ke rumah sedara mereka ketika hari raya. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke PEBATAP.

Kes yang ana rasakan kasihan adalah bagaimana seorang anak gadis yang asalnya normal, ketika berkelah dengan keluarga di tempat rekreasi di Perak, balik ke rumah selepas itu, anak gadis itu, terus murung, termenung, senyum sorang-sorang diri dan bercakap seorang diri. Familinya membawa ke hospital, dan disahkan masalah mental oleh doktor. Kasihan sangat bagi anak gadis berkenaan. Yang asalnya sihat dan tidak semena-mena selepas ke tempat rekreasi, dia pulang dengan membawa ‘beban’ kepada keluarganya [jika keluarganya menganggapnya sebagai beban]. Kami usahakan seadanya, dan diminta sesi akan datang membawa beberapa bahan sebagai ikhtiar. Adakah gangguan jin? Adakah kerana masalah terkena buatan orang? Sahabat yang ada panduan/ ikhtiar, sila emailkan ke PEBATAP di muallijbtp@gmail.com. Wallahu a’lam.

Kes kedua yang ana rasakan sesuai untuk ana ‘sensasikan’ di sini adalah, seorang lagi anak gadis yang dibawa ke PEBATAP agar diikhtiarkan rawatan. Maybe 20-an umur gadis nie, mukanya sangat-sangat muram/ kusam atau tiada seri langsung. Selepas di rawat, tumbang anak gadis tadi… Apakah kemungkinan gangguan jin atau pelalau? Jadi kami nasihatkan agar datang sesi berikutnya dengan membawa bahan-bahan tertentu. Insya Allah.

Ada juga kes lain-lain yang dirasakan tak perlu ana masukkan di entry kali ini. Insya Allah pada entry lain kali. Kami usahakan/ ikhtiarkan sahaja. Kesembuhan adalah milikNya jua. Allahu Akbar!

PERKONGSIAN : SAKA N SIHIR


Mohon Doakan Untuk Keselamatan

Segala Puji Hanya Bagi Allah Taala.
Selawat dan salam Buat Rasulullah SAW.

Insya Allah, pada pagi ini 10 September 2011 [SABTU], anak kepada naqib kumpulan PEBATAP iaitu Tn Hj Kamisan,  akan menjalani pembedahan merawat hernia/ angin pasang anak lelakinya di HKL, mohon sahabat-sahabat doakan yang terbaik untuk anaknya. Selamat ketika menjalani pembedahan tersebut.

Sekian. Wassalam.

Makluman Penting

Untuk makluman semua, pembantu Al Fadhil Dato' Ustaz Ismail Kamus telah memaklumkan bahawa Al Fadhil Dato' Ismail Kamus masih hidup dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berita mengenai Al Fadhil Dato' Ismail Kamus telah meninggal dunia adalah berita palsu semata-mata

Seandainya anda mendengar atau mendapat tahu mengenai sebarang berita mengenai Al Fadhil Dato' Ismail Kamus anda perlu merujuk kepada Pusat Perubatan Islam Darussalam terlebih dahulu

Jika ada sebarang berita mengenai Al Fadhil Dato' Ismail Kamus atau Pusat Perubatan Islam Darussalam, kami akan memaklumkan di laman web Pusat Perubatan Islam Darussalam atau anda boleh menghubungi kami di Pusat Perubatan Islam Darussalam secara terus.

Sama-sama kita doakan al-Fadhil Dato' sihat Insya Allahu Taala.

Sumber :

SESI RAWATAN DITERUSKAN

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Salam Eidulfitri 1432H.

Insya Allah, sesi rawatan di Klinik Rawatan Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor akan diteuskan seperti biasa.

Tarikh seterusnya untuk sesi rawatan pertama selepas bercuti panjang sempena Ramadhan dan Hari Raya adalah pada ketetapan yang berikut:

Hari:
AHAD

Taikh:
11 September 2011

Masa:
2:30 - 6:30 ptg

Tempat:
Bilik Rawatan PEBATAP
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Sila hubungi:
Tn Hj Kamisan [Naqib Kumpulan PEBATAP]
019-240 5508

bagi mendapatkan info bahan-bahan yang diperlukan untuk tuan/puan bawa ketika sesi rawatan dijalankan. Insya Allah, bersama kita ikhtiarkan, kesembuhan adalah milikNya jua.