SABUN RESDUNG dan SABUN MARIGOLD

ALHAMDULILLAH, disamping Khidmat Rawatan Gangguan Makhluk Halus, PEBATAP juga mengorak langkah dengan memperkenalkan SABUN RESDUNG dan SABUN MARIGOLD bagi yang menghidapi masalah muka berjerawat/ berjeragat.

Di samping rawatan resdung dan bekam, ikhtiar penjagaan muka dengan dua jenis sabun ini, Yang menghidap penyakit ekzema adalah digalakkan dalam penggunaan produk ini. Insya Allah.

Sila hubungi ana Ustaz Rosdi 016-9585423/ Pn Anida Idayu 016-9585502 untuk tempahan dan produk akan dihantar ke rumah ana [harga tidak termasuk pos]. Harga sebuku sabun ialah RM8.00 sahaja.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun berkenaan:

MAYBANK
MUHAMAD ROSDI BIN ABDULLAH
1646 8700 4480

AMBANK
MUHAMAD ROSDI BIN ABDULLAH
1320020037652

SABUN RESDUNG

Sabun Resdung (Sinusitis soap) ini diperbuat dari ekstrak buah bunga Tanjung, kulit kayu manis dan herba terpilih. Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan pada semua peringkat usia.

ANTARA KEGUNANAANNYA:
  1. Merawat resdung.
  2. Menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung.
  3. Menghilangkan jeragat pada muka.
  4. Merawat dan menghilangkan jerawat.
  5. Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya.


SABUN MARIGOLD

Sabun Marigold (Calendula) ini diperbuat dari ekstrak bunga Calendula. Bunga Calendula termasuk tanaman yang mengandungi vitamin E sering disebut sebagai Marigold telah digunakan berabad-abad lamanya sebagai anti oksida yang natural dan mempunyai keupayaan untuk melembabkan kulit disamping melembut dan menyenangkan semua jenis kulit yang sensitif, kulit pucat, kering dan kesan terbakar matahari (sunburn) sabun Marigold ini diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan tidak kira peringkat usia.

ANTARA KEGUNAAN:
  1. Merawat gatal-gatal badan (ekzema).
  2. Merawat kudis.
  3. Mencerahkan kulit.
  4. Merawat ruam lampin.
  5. Sebagai pencuci muka (jerawat).
  6. Merawat gatal dan luka di celah paha.
  7. Menghilangkan bau badan terutama bau ketiak.
  8. Memberi kesegaran selepas mandi.
  9. Merawat kulit kusam.
  10. Merawat luka yang gatal.
 

BINGKISAN RAWATAN PEBATAP 18 DIS 2011

ALHAMDULILLAH, segala puji bagiNya, yang mentadbir seluruh alam, selawat dan salam buat ar-Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam, penghulu segala nabi, nabi yang khatam, nabi yang bongsu. Allahumma Yassir wa la tu'assir!

Rawatan PEBATAP kali ini bermula jam 2:30 petang - 9:00 malam kerana limpahan pesakit yang berhajat terlalu padat. Pada sesi pertama, dalam 6-7 pesakit sahaja, namun untuk sesi kedua, penuh plak bilik rawatan berkenaan, sehingga melimpah-limpah. Alhamdulillah juga, rawatan kali ini cukup korumnya iaitu semua perawat ada, Tn Hj Kamisan, Ustaz Asri dan ana sendiri serta dibantu oleh En Amin.

Cuma kes yang ana nak utarakan kali ini ialah pengalama rawatan apabila si anak memecahkan tembelang ibunya yang menyimpan sejenis kulit binatang di dalam beg duitnya. Apabila sahabat perawat merawat makcik berkenaan, makcik berkenaan tumbang. Masya Allah. Apabila ingin berdialog tiada kesan, mendapat gambaran awal bahawa makcik berkenaan memiliki/ menyimpan sesuatu, sahabat ana pun meminta waris makcik tampil, dan itulah anak makcik berkenaan.

Anak perempuannya ini mengetahui memang ada something dalam beg duit maknya itu. Sebaik sahaja anak perempuan makcik ini menunjukkan 'benda' berkenaan, terus kaki kiri anak perempuan makcik seperti dipulas dan dia bertempik kesakitan. Subhanallah. Allah nak tunjukkan pengalaman baru pada kami. 

Itulah bak kata salah seorang guru kami iaitu TG Ust Wan Asrul dari Terapi Islam al-Fatah, link http://terapi-alfatah.blogspot.com, kita perawat Islam, dihantar oleh Allah Taala ramai pesakit supaya kita beringat-ingat bahawa yang menyembuhkan ialah Allah Taala, jauhi sifat ujub, riak dan takabbur apabila sesuatu perkara/ pesakit sudah sembuh.

Kes-kes lain seperti biasa, rawatan saka dan sihir, dan kebanyakan kes wanita yang berkahwin dan belum memperolehi zuriat kadangkala penyebabnya jua gangguan jin pada ruangan ovari atau tiub fallapio mereka, itulah antara 4 kes yang kami rawat dan selepas mereka sedar dari kerasukan, mereka mengatakan, seolah0olah ada sesuatu yang ditarik keluar dari tempat berkenaan, dan kaedah/ ikhtiar sepanjang 'bersama' suami isteri diajar bagi kes yang berkenaan.

Wallhu a'lam.

MENGAPA SAYA KENA GANGGUAN YER USTAZ?

Assalammualaikum WMT & Salam Ingatan,

Sepertimana jua rahmat dan kasih sayang ALLAH berlimpahan menyemati alam ini, sedalam itu jualah kesyukuran kepadaNYA atas setiap yang tiada diadakanNYA. ALHAMDULILLAH, segala puji-pujian bagi ALLAH, Zat Esa lagi Berkuasa atas segala sesuatu.

Semulia jejak kakiNya, setinggi itulah salam dan selawat ke hadrat Sayyidina Muhammad SAW, dengan perit jerih membawa nikmat Islam, Iman dan Ihsan buat sekalian umat, Baginda S.A.W, dengan tanpa keluh resah terus menerus berjuang sehingga ke akhirat kelak, betapa jauhnya perjuangan kita jika hendak dibandingkan dengan Baginda S.A.W dan Sahabat-sahabat R.A. ALLAHumma Solli Wassalim Wabarik Ala Sayyidina Muhammad wa alihi Wa Sohbihi Ajmain.

Sekadar perkongsian biasa apabila ana pergi ke sebuah rumah untuk mendapatkan sedikit daun bidara dalam ikhtiar rawatan kepada salah seorang kawan di Gombak baru-baru ini. Alhamdulillah, akak berkenaan membenarkan ana mengambil daun berkenaan dan siap pesan lagi, nanti kalau nak, ustaz ambik jer daun ni bila-bila masa pun. Alhamdulillah, baik betul hati akak nie, em daun bidara kecil, berdurinya banyak.

Nak dijadikan cerita, oo ni Ust Rosdi katanya, anak ustaz ada datang jugak main-main kat umah akak katanya memulakan bicara. Dan akak tadi bertanyakan beberapa perkara, antaranya berkaitan rawatan gangguan dan menyatakan adiknya ada terkena gangguan dan sebagainya, dan akak tadi membilang tempat-tempat pusat rawatan yang dia pernah kunjungi antaranya Darus Syifa' Bangi, Ustaz Malek Lazim, Ust Hayat dan beberapa tempat lagi, dan ana menjawab Alhamdulillah, lagi ramai yang doakan, lagi baik Insya Allah.

Akak tadi bertanyakan satu soalan pada ana, ustaz kenapa saya solat, mengaji dan melakukan amalan-amalan lain, tetapi gangguan nie tetap datang... ana terkedu dengan soalan tadi. Honestly ana nak jawab direct jer [akak nie tak bertudung], akak tak menutup aurat/ tak ikut syariat macam mana nak dapat kesembuhan dariNya. GIngat nak jawab begitu, namun adab Melayu berlapik sikit. Sabarlah kak, sedangkan nabi Muhammad SAW pun terkena sihir, apakan dayanya kita manusia biasa. Dia terkejut... ooo nabi pun kena sihir jugak???

Jadi ana cari kenyataan yang dikeluarkan dalam web Darus Syifa' berkaitan hal ini, memandangkan masyarakat Malaysia lebih mengenali Darus Syifa' [TG Dato' Dr Harun Din] dan yang kedua Darus Salam [TG Dato' Ismail Kamus], jadi ana ambik keratan berkenaan.  Sekadar perkongsian dan tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun. 

Wallhu a'lam.

Saya ada soalan:
Ada dakwaan mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. pernah disihir, betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum, terpelihara daripada kejahatan manusia? Adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunah tentang perkara ini?

 Jawapan :
Maksud firman Allah: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat­Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).

Perkataan maksum daripada makna perkataan ya’tsimuka (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.

Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesa­kitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.

Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?

Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.

Maka ditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWT telah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba­rang-barang sihir tersebut, dikeluar­kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.

Peristiwa ini tidak boleh disa­makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.

Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me­ngetahui, Aishah pun tidak menge­tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.

Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disi­hirkan).

Jika Nabi sendiri tidak menge­tahui baginda disihirkan, bagaima­na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba si pengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamu telah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka­mu telah disihir fulan bin si fulan.’

Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, ini­lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede­mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya. Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.

Wirid Ulama Muktabar



BUKU ini mengumpulkan wirid-wirid ulama muktabar yang menjadi amalan seharian para alim terdahulu. Wirid-wirid ini seharusnya menjadi amalan seharian dalam kehidupan umat Islam.

Ini kerana setiap amalan itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri di samping dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Wirid-wirid yang diamalkan juga akan menjadi amalan tambahan umat Islam yang mengamalkannya dalam mencari pahala sebanyak mungkin untuk memudahkan urusan yang bakal dihadapi di akhirat kelak. 

Dengan adanya buku ini, ia dapat memudahkan umat Islam untuk mengetahui wirid-wirid yang sahih, tidak memesongkan akidah dan boleh diamalkannya dalam kehidupan seharian kita. 

Buku ini diterbitkan dengan tujuan mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Setiap pembelian buku ini secara tidak langsung merupakan sumbangan kepada dana tersebut. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat adalah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta. 

Pembinaan kini mencecah hampir 60% siap dan sedang giat memulakan pembinaan di tingkat tiga. Sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada masyarakat Malaysia diperlukan dalam menyumbang dana sehingga pembinaan siap. 

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Buku ini melibatkan seorang ulama yang disegani iaitu Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. 

Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai iaitu Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia pada 1 September 1960. 

Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari keluarga yang taat beragama. Bondanya, Rahmah Muhammad Sobri adalah puteri ulama besar di Kalimantan Selatan.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarganya berhijrah ke Tanah Suci Mekah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. 

Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian secara umum di Masjid Haram dan juga di rumah para masyaikh.
Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. 

Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau mengajar kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau adalah murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-'Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani. Guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. 

Tuan guru ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya menemani ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi makam nabi SAW. 

Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga beroleh sarjana muda. 

Kemudian menyambung pengajian di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am Dirasat 'Ulya pada tahun 1990. 

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatian mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar.

Sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) iaitu satu julukan yang terhormat dan tulus daripada masyarakat universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian 'Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin' sejak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamek al Path di Madinah Nasr. 

Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama muda ini.

Sememangnya sejak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telah menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama.

Entry Unt En Murat

Murat Shahrin bersyukur kerana dimakbulkan Allah menunaikan haji pada usia 40 tahun.
Sewaktu kecil dahulu, setiap kali ada yang baru balik daripada haji, pasti penulis dibawa menziarahi jemaah tersebut.

Pastinya juga kepala akan diusap-usap sambil dibacakan doa dan kemudian dihembus perlahan-lahan oleh jemaah tersebut yang menyebabkan ibu bapa akan kelihatan lega dan gembira.

Begitulah mungkin yang dikatakan mengambil berkat jemaah yang baru pulang menunaikan haji.

Malah dikatakan hendak mengambil bau 'syurga' yang dibawa dari Mekah. Sedangkan bau wangi tersebut tidak lebih sekadar bau minyak atar yang dicalit pada pakaian jemaah tersebut.

Begitupun bagi orang yang mengerjakan haji dalam usia yang relatifnya masih muda, Murat Shahrin, 41, pengalaman yang dilalui tentunya sukar dilupakan sehingga kini.

"Ini termasuklah sejurus menjejakkan kami semula ke tanah air. Ramai yang mengunjungi kami suami isteri. Mereka sangat mengharapkan kami mendoakan agar mereka pula berpeluang mengerjakan haji.

"Sedangkan saya sendiri merasakan siapalah saya untuk mendoakan yang demikian. Tetapi saya cukup terharu atas kepercayaan yang diberi. Sememangnya saya akan sebut nama si polan dan sipolan supaya tibalah gilirannya untuk ke Tanah Suci pada suatu hari nanti," katanya yang tinggal di Rawang, Selangor.

Sebenarnya kata Murat, sejak tersebarnya berita dia akan ke Tanah Suci, ramai rakan dan saudara mara menghubungi dan menemui beliau untuk berkirim doa buat mereka.

Ini termasuk doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah, kala berdoa selepas solat, ketika berwuquf sehinggalah ketika berziarah ke makam Rasulullah.

"Saya rasa diri ini sangat kerdil. Tentulah saya perlu bertaubat dengan sebenar-benarnya, barulah saya memohon kepada Allah akan doa-doa yang dikirim oleh mereka itu," katanya.

Alhamdulillah kata Murat, berkat doa mereka di tanah air membolehkannya menyempurnakan haji pada tahun lalu dan selamat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat. 

"Jadi apabila mereka mengunjungi kami sejurus sampai ke tanah air, saya sangat gembira walaupun keletihan.

"Ini kerana berkat doa mereka juga saya dapat mengerjakan haji dengan sempurna, insya-Allah.

"Malah saat berada di hadapan Kaabah, saya benar-benar sebak dan menitis air mata mengenangkan doa dan harapan kawan-kawan yang membolehkan saya akhirnya dapat berdiri di hadapan rumah Allah," jelasnya.

Mungkin pada asalnya segala-galanya mampu dilakukan sendiri oleh Murat, iaitu bermula dengan menanamkan azam untuk mengerjakan haji pada usia 40 tahun.

Kemudian mengumpul simpanan sehingga cukup ke Tanah Suci pada tahun lalu mengikut muasasah. 

"Kalau diikutkan jalan ke Mekah sudah terbentang luas di hadapan mata dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan lagi.

"Tetapi saya dapat merasakan berkat doa yang mengiringi, doa itulah menjadi penguat semangat kerana akhirnya saya sedar tanpa doa tersebut saya hanya mempunyai persediaan fizikal sahaja untuk ke sana," katanya. 

Sebelum ini, beliau tidak nafikan setiap kali ada pulang bertemu mereka yang baru pulang dari mengerjakan haji dia pasti akan ziarah.

"Perkara pokok, meminta mereka yang baru balik dari Mekah itu doakan saya pula untuk ke sana dan mereka mendoakan.

"Tidak dinafikan sedikit sebanyak berkat dari doa jemaah ini jugalah yang membolehkan saya dan isteri dapat ke Tanah Suci," katanya. 

Namun apabila beliau dipanggil dengan gelaran haji, Murat tidak menafikan beliau berasa serba salah.

"Memang berat rasanya memikul apabila dipanggil dengan pangkal Haji Murat itu walaupun ia bagus untuk tujuan mengingatkan kita," katanya. 

Begitupun beliau sedar akan tanggungjawabnya mengekalkan 'perubahan' baik tatkala usia yang masih muda.

"Sebab itu saya berazam menunaikan haji pada usia 40 yang dikatakan 'hidup bermula pada usia 40' kerana saya mahu mulakan dengan cara yang baik dan penuh dengan keredaan Allah. 

"Alhamdulillah, saya masih menganggap seperti saya baru pulang dari haji, seperti baru semalam saya pulang.

"Jadi ia mengingatkan saya supaya menjaga tingkah laku dan akhlak saya sebagai yang pernah menjadi tetamu Allah, sebesar-besar nikmat dan kurnia dari Allah yang pernah saya rasai," katanya.

En Murat nie, kalau nak beli umah di Bandar Tasik Puteri, boleh cari dia.

SUMBER :

SEKADAR SEBUAH CERITA

ALHAMDULILLAH, tahun baru Hijrah 1433 sudah kita jumpa, moga amalan kita diteima Allah Taala. Dan pada hari ini Isnin 5 Dis 2011 bersamaan 9 Muharram 1433H ana nak coretkan beberapa pengalaman PEBATAP dalam rawatan, bukan nak menunjuk hebat, tetapi tatapan umum supaya mengambil pengajaran dalam kehidupan ini.

Pada 2 Dis 2011, PEBATAP dijemput untuk merawat seorang pakcik di area Taman Melati, kami bertiga hadir bagi mendoakan kesembuhan bagi yang berhajat berkenaan, ternyata sesampai sahaja, pakcik berkenaan sudah terlalu uzur, kami mulakan ruqyah selepas bertanyakan beberapa perkara kepada keluarga berkenaan, dan anak-anak pakcik berkenaan dan cucunya didoakan sekali dengan pakcik berkenaan. Emm ... memang ada masalah gangguan pakcik berkenaan dan salah seorang anak pakcik berkenaan kerasukan teruk, begitu juga dengan 2 cucunya. Kami ikhtiarkan rawatan berdasarkan ilmu yang Allah berikan kepada kami. Tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia. Malam tadi, 4 Dis 2011 kami mendapat berita pakcik berkenaan sudah meninggal dunia... al-Fatihah untuk pakcik berkenaan. Moga arwah ditempatkan dengan seribu kerahmatan daripada sisi Allah Taala. Amien!!

Pada 3 Dis 2011 Sabtu malam, PEBATAP berpecah kepada dua sesi rawatan, 1 ke Ijok dan 1 ke Blok 6 BTP kerana masalah histeria seorang anak jiran. Ikhtiar dalam mendoakan sahaja, apa yang PEBATAP tekankan ialah, kami tiada menjanjikan kesembuhan, kerana hakikat penyembuhan hanya pada Allah, jadi bergantung haraplah hanya padaNya sahaja. Kami hanya membantu sahaja dengan sedikit pengetahuan yang Allah campakkan pada kami.

Rawatan mingguan PEBATAP pada 4 Dis 2011, Alhamdulillah, habis awal daripada kebiasaan kerana tak ramai yang datang. Berkemungkinan banyaknya kenduri kahwin dan famili pergi bercuti, hujung tahun nie kan. Beberapa perkara yang Allah Taala hantar kepada kami sebagai Tukang Doa untuk mentarbiah kami, antaranya jin speaking Singapore dari seorang guru BM yang memang tak lancar berspeaking [rawatan susulan] dan jin dari Negeri Sembilan, siap cakap nogori lagi, nasib baiklah perawat kami pandai jugak berbahasa negeri sembilan. Yang mendengarnya, sedikit tergelak.

Itulah hakikat rawatan Islam ini. Kami hanya tukang doa sahaja, demikian pandanga Ustaz Wan Asrul TIAF, dan kami akui, kami hanya meminjam ilmu daripada banyaknya dan luasnya ilmu Allah Taala, tiada upaya dan daya buat kami. 

Namun pesan kami, beramal hanya semata-mata kerana Allah Taala, tak perlulah nak menceritakan ustaz saya lakukan itu dan ini, bimbang nanti kita syok dengan amalan kita sendiri sahaja, penerimaan dariNya kita tiada tahu.

KHASIAT KASTURI

Antara khasiatnya:

  1. Mengelak/Menangani gangguan sihir & makhluk halus.
  2. Kanak-kanak / Bayi yang sering menangis malam.
  3. Mengatasi masalah lesu dan cepat letih
  4. Bagi anak-anak yang malas belajar, untuk menaikkan semangat. InsyaALLAH.
  5. Dan lain -lain khasiat. InsyaALLAH.
Cara penggunaan:
  1. Bagi pesakit, disapukan melintang pada setiap sendi & sedikit pada 7 anggota sujud sebelum tidur.
  2. Bagi bayi atau kanak-kanak, disapukan di belakang telinga, menjelang maghrib & sebelum tidur.
  3. Bagi pelajar, disapukan pada tangan (celahan jari) , lalu disedut harumannya sebanyak 3 - 7x sebelum masuk belajar atau sebelum ke sekolah atau kolej. Bagi kesegaran minda dan kekuatan ingatan.
  4. Dititikkan beberapa titik (bilangan ganjil) ke dalam sebekas kecil air yang telah dipanaskan atau dijeram serta dihidu wapnya dengan nafas kiraan detik ganjil, bagi masalah migrain.
  5. Di titikkan kira-kira suku ¼ botol ke dalam sebaldi air sejuk dan dijadikan bilasan mandi terakhir, bagi ikhtiar rawatan sihir dan gangguan jin, juga penyegar tubuh.
  6. Adapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH jua. Sebaiknya dimulakan dengan BasmALLAH dan Selawat ke atas Nabi S.A.W 3x, berserta doa sebelum penggunaan atau pemakaian
InsyaALLAH. 

Boleh dapatkan Kasturi Hitam dan juga Kasturi Kijang daripada Kumpulan Perawat Bandar Tasik Puteri [PEBATAP] dengan menghubungi Tn Hj Kamisan 019-240 5508 dan Ust Rosdi 016-958 5423

Popular Posts