Air Doa Madarasah As- Siddiqin BTP

Dalam proses membantu mereka yang berhajat dengan rawatan Islam, Madrasah as-Siddiqin Bandar Tasik Puteri, memulakan langkah awal dengan memperkenalkan air doa [air syofa'] yang didoakan oleh beberapa perawat Islam.

Ini bertujuan untuk menambah dana Madrasah as-Siddiqin yang memang aktif memberikan/ menyediakan program-program agama setiap malam dan setiap hujung minggu seperti Kuliah Dhuha. Antara tokoh2 agama yang dipanggil, TG Nik Razi Nik Mat, Ust Abdullah Iraqi, Ustaz Malek Tapah, Ust aidil [DJ Ikim.fm] dan lain-lain lagi.

Boleh dikatakan, setiap malam dan setiap hujung minggu pihak ajk Madarasah as-Siddiqin menjemput penceramah2 berpengalaman bagi melegakan kehausan ilmu agama masyarakat setempat.

Jom membeli sambil beramal.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi:
  1. Ustaz Asri - 012-2778723
  2.  Imam Pak Ali - 017-3711980


Minggu yang agak sibuk

Untuk minggu ini, 18 - 22 april 2011, minggu yang agak sibuk bagi kami, pelbagai tuntutan kerja hakiki kami sebagai pekerja di dunia ini. 

  1. Naqib kami, Tn Hj Kamisan, bizi dengan kawad kaki murid2 sekolahnya.
  2. Ustaz Asri dengan pelbagai projek jutaan ringgitnya hehehe
  3. Dan ana, ustaz Rosdi, meeting dengan KPM,
  4. Tinggal Pak Ali sahaja yang boleh on... yerlah dah bersara dia dari ATM.
 p/s: disibukkan Allah dengan tuntutan kerja dunia moga2 mendapat rahmatNya di akhirat sana Amien!!!

Doa Nur - moga cepat dapat jodoh

Boleh diamalkan, insya Allah


Doa Agar Bermimpi Rasulullah SAW

Dari web Darus Syifa'.

Rawatan di MBTP 17 April 2011

Assalamualaikum WMT dan salam hormat,

Dengan izin gerak dari ALLAH, beserta syafaat Rasulullah S.A.W, rawatan di MBTP Rawang Selangor diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya dengan izinnya jua. Yang hadir lebih kurang 40 orang. Dan tukang doa BTP ada 4 sahaja, seperti biasa. Tak mengapalah, itu sahaja tenaga perawat yang ada.

Bermula awal ruqyah, 2 orang lelaki telah tumbang, adik beradik dari Terengganu, sebelum nie, kami dah rawat yanga adiknya, bila abangnye datang kali ini, abangnya plak yang kena, ternyata, saka dan sihir juga. Kami lakukan apa yang terdaya dengan izinnya.

Yang si abang bersilat sakan, siap tumbuk dinding masjid, akhirnya terkulai layu setelah kepenatan, polisi kami, takkan merawat kalau kerasukan melampau, bila dia penat dia akan berhenti, dan ketika itu sesi rawatan dilakukan, si saka katanya pendekar, dan bersetuju keluar, yanga adiknya, belum lagi setel, cuma kami bekalkan dengan amalan mandian dan zikir2 harian.

Antara kes-kes lain, yang 1 famili dari kuantan, ternyata terkena gangguan yang agak serius, mula2nya si anak baru tingkatan 1, terkena histeria di sekolahnya, masalah saka ada, kemudian ayahnya dirawat, tumbang juga ayahnya, dan adik kepada ayah budak sekolah tadi.

Antara kes lain, sihir kepada tuan empunya kedai supaya kedainya takder yang datang, sihir dari madunya akibat suaminya berkahwin lebih dari 1, dan kes2 yang melibatkan barang2 lama seperti periuk tembaga yang berusia ratusan tahun.

Teruskanlah beramal dengan syaraiat Allah Taala. Insya Allah segalanya akan selesai, maka letakkanlah semua yang terjadi sebagai perbuatan Allah pada kita supaya kita selalu dekat kepadaNya.

Seminar Rawatan Islam [1 hari]

Bersama Ust Fauzi, Duta Produk jenama Tok Guru
Pada 16 April 2011
Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam

Rawatan Masjid Bandar Tasik Puteri [10 April 2011]

Perawat:
Ustaz Asri.
Ustaz Rosdi.

Masa rawatan: 
2:30 - 6:30 ptg

Dengan kehadiran lebih 35 orang yang berhajat dengan rawatan Islam, dan dengan tenaga perawat hanya 2 orang, kami berusaha memenuhi keinginan semua, hakikatnya kami pun berdoa sahaja kepadaNya, moga disembuhkan segala penyakit, dikeluarkan mana-mana gangguan yang ada Insya Allahu Taala.

Bermula dengan 1 famili dari Kuantan, semuanya tumbang apabila kami rawat, dari anak-anaknya yang muda [akhir 20 an agaknya] sehingga makcik yang dah berusia, macam-macam aksi/ gelagat yang ada.Dan ada ahli keluarga yang terkejut dengan 'aksi makcik' berkenaan kerana katanya dia sudah dirawat di Kuantan. Pada saat inilah, kami terangkan, bahwa dengan izin Allah semuanya boleh berlaku, bekan kerana kami, maybe ketika itu, gangguan2 tadi sudah sakit2 dan apabila berjumpa kami, dah tak tahan lagi ayat2 azab dan lantas berbicara dengan kami.

Moga Allah Taala membantu kami dalam usaha rawatan ini. Tenaga tak cukup dan hanya bergantung harap pada Allah, Mintak maaf kalau kami tak mampu menunaikan / memenuhi keinginan semua yang hadir, hakikatnya adalah kami mendoakan sahaja.

Insya Allah minggu depan rawatan akan diadakan seperti biasa. Jam 2:30 petang - 6:30 petang sahaja, Insya Allah, mana2 perawat Islam dalam BTP, dijemput hadir membantu, fardhu Kifayah.

------------------
1- Tn Hj Kamisan b. Siham (Naqib Kumpulan MuallijBTP) - 019-2405508
2- Ustaz Asri - 012-2778723
3- Imam Pak Ali - 017-3711980
4- Ustaz Rosdi b. Abdullah [link] - 016-9585423
5- Ustaz Eadil b. Mat (Nazir Masjid BTP) - 019-2206072

Rawatan Pada 3 April 2010

Kehadiran Perawat:

  1. Naqib kumpulan Tn Hj Kamisan
  2. Ustaz Asri
  3. Ustaz Muhd Rosdi

Kehadiran yang berhajat: 35 orang
Rawatan : jam 2:30 ptg- 6:30 ptg

Alhamdulillah, kami mampu menyelesaikan rawatan pada hari berkenaan dengan izinNya. Kali ini, ramai plak yang lelaki datang, dan kebanyakan kes kronik jugak. Yang pesakit perempuan macam biasalah, Ada yang tumbang dulu, ada yang tumbang kemudian, Alhamdulillah, bacaan Basmallah 21 kali sebelum sesi ruqyah, dengan izinNya sangat membantu. Alhamdulillah.

Rawatan selesai jam 6:30 petang, antara sesi rawatan yang cepatlah habis. Pagi 3 April, kami pun ada rawatan gangguan pada peniaga/ pengusaha kedai makan, Alhamdulillah dipermudahkan Allah Taala, kadangkala konsep berjemaah memberikan seribu hikmah, bukan taknak merawat secara persendirian, namun ada keberkatan, rahmat jika berjemaah, sebab itu, solat berjemaah lebih besar fadhilatnya.

Namun petang 2 April, naqib kami terpaksa merawat 16 orang pesakit secara persendirian, masya Allah, hebat ujian untuk naqib kami, yang lain semua ada urusan personal, dengan anak-anak dan famili, itulah percaturan Allah Taala. Syabas buat naqib kumpulan kami, merawat dari jam 3 petang sehingga 8:30 malam. Moga dirinya beroleh kekuatan kesihatan dari Allah Taala.

Jadi minggu nie 4 April hingga 7 April, kami off kan rawatan sekejap kerana naqib kump dan ana ada urusan meeting dan persatuan, jadi rawatan sambung pada 7 April malam Insya Allah Taala.

Popular Posts