This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pandai Plak Dia Speaking

ALHAMDULILLAH,  Segala pujian hanya layak baginya. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan ar-Rasul SAW, rasul yang bongsu. Tiada penghujung selawat buat Baginda SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Rawatan pada 22 Nov 2011, jam 9:30 malam di bilik rawatan PEBATAP, dihadiri oleh dua beradik yang berhajat dengan rawatan. 1 dari JB dan 1 dari Selayang Gombak. Seawal ruqyah, si kakak dah tumbang dan mengomel-ngomel meminta dihentikan ruqyah. Adiknya selang 10 minit pun tumbang jua, pun sama mengomel-ngomel, please stop it ustaz, please ...!!!

Sahabat perawat Ustaz Asri berdepan dengan jin Singapura nie, Mary namanya, dan si adik ini sememangnya mengajar di sekolah beraliran mubaligh nie di JB. Pelbagai cerita berlaku di sekolahnya. Wallahu a'lam!

Apa yang ana nak kongsikan adalah, peri pentingnya perawat pandai berbahasa selain dari bahasa Melayu kita nie hehehe [agaknyalah] disamping bahasa Jawa hehehe. PEBATAP pernah merawat gangguan dari Rusia katanya, bila di suruh bercakap BM tak pandai [eleng-elengkan kepala], dan macam-macam karenahlah. Jadi PEBATAP pun kene mahirkan dalam BI jugak agaknya. Insya Allah

Rawatan agak mudah dan kadangkala tazkirah/ pesanan dari manusia sebagai khalifah Allah memberikan keinsafan juga kepada hamba Allah yang bernama Jin ini. Masya Allah. Urusan dipermudahkan Allah Taala.

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun Hijrah

Menjelang 26 November 2011, pada waktu malamnya adalah tahun baru Islam bersamaan 1 Muharram 1433 hijrah (hari pertama bagi Islam adalah sesudah masuk maghrib manakala hari pertama bagi orang kafir jatuh pada 12 malam). Disarankan kepada pesakit yang terkena sihir atau baru sembuh sihir untuk membaca doa ini. Copy and paste dan masukkan ke dalam word. Kaifiat amalannya ialah selepas selesai solat maghrib, maka dibaca doa ini seisi keluarga. Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Selain itu, ia juga menjadi pendinding yang ampuh untuk masa-masa akan datang Insya Allah. Ini adalah Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun.


Doa akhir tahun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Doa awal tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

IKHTIAR PESAKIT - bi 'Aunillah

Sejarah doa Rihul Ahmar

Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah S.W.T Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok.
Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali kepad zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi. 


Kisah itu tercatat dalam Kitab Pengubatan Melayu Tua atau dengan erti kata lain, ia adalah hadis palsu jika ia dikaitkan dengan Nabi Muhammad bersama cucunya. Begitu juga di dalam kitab pengubatan tua dari Arab. Namun saya tidak menolak sama sekali ianya berasal dari Nabi Sulaiman dan saya percaya, doa ini pasti berasal dari Syria kerana terdapat kemasukan bahasa suryani di dalam doa tersebut.

Selain Ustaz Sharhan, saya juga mendapat doa ini bersanadkan Al-‘Arif Billah Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Muhaddits Prof. Dr. Al-Habib As-Sayyid Muhammad Bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani Al-Idrisi (Ulama’ Besar Makkah) melalui Syaikh Muhammad Fuad Al-Maliki sebagaimana yang jelas tercatat dan yang tertera di dalam kitab bertajuk Duru’ Al-Wiqayah bi Ahzab Al-Himayah. Selain itu, Syeikh Ustaz Dr Haron Din Al-Hafiz bersama Darussyifa juga ada mengijazahkan doa ini yang mana jelas tertulis di dalam kitab perubatan Darussyifa.

Fatwa Lajnah Daa'imah dari Bakr Abu Zaid, Solehul Fauzan, Abdullah ibnu Ghadian dan Abdul-Aziz ibn Abdullah bersepakat memberi keputusan, sesiapa yang mengaitkan doa ini dari Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad dan bertujuan menyebarkan kepada masyarakat adalah dihukum sebagai bidaah dan sesat kerana menyebarkannya dapat menyesatkan umat Islam. (18 Jumadil Thani 1420/28 Sep 1999) ~ Terjemahan dari Muallij Mustaqim

Haruslah difahami, fatwa berkenaan cuma melarang mengaitkannya dengan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan cucunya sayyidina Hassan radiallahu anhu. Menolak untuk menggunakan doa ini tidak mengapa, tetapi sudah berapa ribu penderita angin ahmar sembuh berkat doa ini dengan izin Allah. Andainya anda yang terkena sakit angin ahmar, adakah anda ingin menolak orang berdoa untuk anda?

Bantuan Kecemasan Anjuran Prof Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, 
Pakar Perunding Neurologi UKMMC

Terdapat satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan stroke atau angin ahmar. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa mangsa, juga tidak menimbulkan kesan sampingan. Rawatan sebegini dihadkan untuk mangsa angin ahmar yang gagal ke hospital dalam tempoh empat jam setengah. Sebagaimana diketahui kita, mangsa yang mendapat serangan stroke atau angin ahmar, seluruh darah di dalam tubuh mangsa akan mengalir dalam keadaan yang sangat laju menuju ke pembuluh darah di otaknya. Apabila pertolongan lambat diberikan, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras. Pembuluh darah tersebut akan pecah sedikit demi sedikit.

Dalam menghadapi keadaan, si mangsa harus dikekalkan berada di tempat di mana dia terjatuh (contohnya : di bilik air, bilik tidur, di ruang tamu, dapur atau di mana saja). JANGAN PINDAHKAN MANGSA!!! sebab dengan memindahkan mangsa dari tempatnya akan mempercepatkan perpecahan pembuluh darah halus di dalam otaknya. Si mangsa harus dibantu, dengan mengambil posisi duduk, dia agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu juga pengeluaran darah dapat dilakukan.


JARUM JAHIT / PENITI boleh digunakan dengan syarat ianya mestilah disterilkan dulu dengan cara dibakar di atas api. Setelah jarum telah disterilkan:


  1. CUCUK jarum tersebut pada 10 HUJUNG JARI TANGAN. Jarak kedalaman penusukan kira-kira 1 cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titik darah. Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka waktu kira-kira 10 minit, si mangsa akan segera sedar kembali.
  2. Bila mulut mangsa kelihatan herot/ tidak normal, maka KEDUA-DUA DAUN TELINGA si mangsa HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.
  3. Setelah itu lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN JARUM pada setiap HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titik dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut mangsa akan kembali normal.
  4. Setelah keadaan mangsa telah pulih (yang dimaksudkan ialah mangsa boleh bercakap, bibir tidak pucat dan herot, boleh menggerakkan tubuhnya sendiri walaupun sedikit dan apa-apa perubahan bahagian sewaktu diserang itu kembali normal) dan tidak ada perubahan yang ketara, maka bawalah mangsa dengan hati-hati ke hospital atau pusat perubatan  yang terdekat untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Kita mestilah yakin seratus peratus dan berbaik sangka kepada Allah SWT bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, walaupun ada pihak yang menafikan tentang hal ini dengan mengatakan ada beberapa penyakit yang tiada ubatnya. Pihak yang tidak tahu akan ubat untuk sesuatu penyakit tidak boleh mengatakan bahawa penyakit itu tiada ubatnya kerana kata-kata itu adalah bercanggah dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di bawah. Seharusnya mereka perlu mengkaji dan mencari apakah penawar penyakit itu.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan untuknya ubat/penawar”.   
–Soheh al Bukhari, Kitab At Thibb-

Dalam Soheh Imam Muslim,

“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.” 
–Riwayat Imam Muslim dari Jabir radhiyallahu ‘anhu-

SAKA : KESAN DAN CARA RAWATANNYA

Kenali Diri Anda, Bersaka Atau Tidak!

Boleh dapatkan buku ini dengan Ust Rosdi
Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.

Permasalahan ghaib ini yang turun dari satu generasi ke satu generasi yang terkebawah ini adakalanya dianggap suatu keistimewaan dan kelebihan tetapi benarkah dakwaan itu? Kertas kerja ini cuba mengupas definisi saka, asal-usul, faktor kemasukan saka, tanda-tanda ada saka, kesan bersaka dan kaedah untuk rawatan saka. Moga mendapat manafaat dari perkongsian ilmu yang sedikit ini.


APAKAH MAKNA SAKA?

Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga h.1170 “saka” bermakna pusaka. Saka juga dimaknakan leluhur daripada kedua belah pihak sebelah ibu dan bapa. Sebenarnya memang terdapat perbezaan diantara perkataan saka dan pusaka. Pusaka, lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang dari seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat yang telah meninggal dunia.

Saka pula pada pengertiaan biasa dalam masyarakat Melayu tidak sama maksudnya dengan pusaka tadi. Ini disebabkan perkataan saka itu biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat dalam pandangan Islam yang biasanya akan melibatkan jin dan syaitan.

Perumpamaan yang mudah ialah pusaka sangat menarik minat pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula mereka berebut untuk menolaknya. Kenapa situasi ini berlaku? Sebab jelas kepada kita memang terdapat perbezaan yang besar antara keduanya. Satu berbentuk harta benda yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan kepada sesiapa sahaja.

Bila disebut; “Ahmad dapat pusaka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi harta kekayaan dari ayahnya yang telah meninggal dunia. Tetapi bila disebut; “Ahmad dapat saka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi ilmu dan amalan salah dan sesat yang melibatkan penggunaan jin dan syaitan dari ayahnya yang telah pun meninggal dunia.

DARI MANA ASAL-USUL SAKA?

Untuk memudahkan perbincangan penulis cuba mengkategorikan tajuk ini kepada dua faktor utama supaya kita nampak dengan lebih jelas dari mana asal-usul saka.

1. Saka berasal dari asal-usul kita iaitu yang diterima daripada ibubapa, datuk nenek, moyang dan usul keturunan kita di sebalah atas. Inilah pendapat umum yang sangat popular di negara kita sehingga ada yang menyatakan saka ini boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan, malahan jika melanggar pantang-larang kemungkinan saka itu akan bertapak selama-lamanya dalam pewarisan berkenaan. Biasanya saka ini hanya melibatkan adanya pertalian darah, jika tiada adalah sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang.

2. Saka yang berasal bukan disebabkan keturunan, tetapi saka datangnya dari pihak luar iaitu jika berlaku dalam keadaan sedemikian :-

a.  Mereka yang tinggal bersebelahan atau berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan yang salah iaitu menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini banyak berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit dan adalah dinasihatkan janganlah duduk berjiran dengan orang yang di atas.

b.  Pemandu, tukang kebun, orang gaji dalam sebuah rumah, mereka juga boleh diwarisi oleh saka tuan rumah tersebut apatah lagi jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.

c. Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat, attendan dan yang lainnya juga besar kemungkinan boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.


 FAKTOR PENYEBAB SAKA

Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-

1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan

2.  Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

3.  Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.

4.  Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.


BEBERAPA JENIS DAN PROFESION SAKA

Daalam masyarakat Melayu saka  ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan  salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.


A.      SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN

i.     
Saka silat
ii.    
Saka kebal
iii.   
Saka penggerun
iv.   
Saka penunduk
v.    
Saka syarat tubuh
vi.   
Saka seri muka
vii.  
Saka kuat nafsu
viii. 
Saka pagar rumah
ix.   
Saka kuat kerja
x.    
Saka kasih sayang
xi.   
Saka sedap masakan
xii.  
Saka sedap suara
xiii. 
Saka pukau
xiv. 
Saka halimunan
xv.  
Saka kaya
xvi. 
Saka pelaris dan sebagainya.

B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN

i.   
Saka harimau
ii.  
Saka buaya
iii. 
Saka hantu raya
iv. Sa
ka pelesit
v.  
Saka khadam ayat
vi. 
Saka bunian
vii.
Saka ular
viii.
Saka bajang
ix.  
Saka jembalang
x.   
Saka hantu pocong
xi.  
Saka polong dan sebagainya.


TANDA-TANDA SESEORANG ADA ATAU MEMBELA SAKA

1.  Tanda-tanda pada fizikal iaitu dalam keadaan seperti :-  jika ayah  (usul) bertubuh sasa maka anak lelaki juga mempunyai bentuk sasa, jika si ayah kurus kering maka si anak juga kurus kering.

2.  Berbagai penyakit yang ada pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul mengalami sakit sendi maka si anak cucu akan mengalami sakit sendi yang sama. Jika si usul gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit dan sebagainya maka samalah berlaku pada si anak cucu.

3.  Persamaan sifat dan tingkah laku antara usul dengan anak cucu juga menandakan anak cucu mewarisi saka dari usul mereka. Jika si usul bersifat garang, pemarah maka si anak cucu akan mewarisinya. Jika si usul pengasih, pelembut maka si anak cucu ada yang mewarisinya. Jika si usul pengotor, pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan , maka si anak cucu akan mewarisi salah satu daripadanya.

4.      Jika si usul boleh nampak hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama dan itulah antara saka mereka.

5.  Tidak berani bertentang mata dengan orang yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi dan beramal dengan ilmunya.

6.   Dia mengetahui apabila ada orang yang menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik.

7. Meminta disembelihkan kambing atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya

8.   Membaca jampi mentera yang tidak difahami

9.   Menulis dan memakaikan pesakit tangkal azimat yang tidak difahami

10.  Mendakwa kononnya mengetahui perkara-perkara ghaib.


CARA MENERIMA SAKA

Saka diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-

  1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka  secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin yang  nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang sanggup menerima saka.
  2. Saka  juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras  atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka tersebut.
  3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.
  4. Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya.
  5. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”
  6. Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.
  7. Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.
  8. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.
  9. Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.

KESAN SAKA

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya. 

Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia. Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya.

 Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah  s.w.t  dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-

“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu  telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; 

“Wahai Tuhan kami, 
sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman  “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”.


A. KESAN DARI SUDUT AGAMA

  1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.
  2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
  3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.
B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL  DAN LAIN-LAIN
  1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit  yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.
  2. Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.
  3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.
  4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.
  5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.
  6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
  7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.
  8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.
KAEDAH RAWATAN SAKA

Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan.
 
Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja. Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya.

Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan.

Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-
  1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
  2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun
  3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
  4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
  5. Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.
  6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.
  7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
  8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
  9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
  10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.
  11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.
PENUTUP
  1. Semoga kertas kerja yang serba ringkas ini mampu menterjemahkan makna saka dan boleh difahami oleh semua yang hadir.
  2. Kebanyakan ulama’ seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ar-Razi dan Imam Ibnu Taimiyyah menolak keharusan manusia bersahabat dan menggunakan jin dalam apa jua bentuk urusan kehidupan manusia. Sekalipun mereka mendakwa bahawa ada kebakikannya menggunakan khidmat jin ini namun apa yang tersembunyi yang sengaja mereka lupakan ialah mudarat daripadanya jauh lebih besar berbanding sedikit manafaat yang mereka terima akibat tipudaya makhluk halus tersebut.

Kertas kerja ini disediakan sempena Kursusr Perubatan Islam anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (Bahagian Penguatkuas, Pendidikan dan Penyelidikan) pada 18-19 Oktober 2011 di Balai Islam, Jalan Pandan,  Melaka. Dari blog Ustaz Zaini Zainal - as-Syifa' Melaka

BERSABARLAH

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

Segala rasa dan gerak penuh keseyukuran ke hadrat ALLAH, Zat yang Maha Suci, lagi Maha Berkuasa. Tiadanya ada bagi yang ada melainkan dengan datangnya dari DIA. DIA, ALLAHu Jalla Jala Luhu, Maha Mengasihi dan Menyayangi pada setiap qalbu yang sentiasa dalam keadaan tenang dan bebas, bebas dari segala syirik , baik Jali, Khafi atau Mukhafi. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar.

Kasih sayang penuh mahabbah ke sisi Kekasih ALLAH, Sayyidina Rasulullah S.A.W Nabiyyi Rahmah, dengan sentuhan dan ucapan dari Baginda, hari ini kita berada di dalam dua nikmat yang tiada terhingga bagi umat akhir zaman iaitu nikmat Islam dan Iman, yang datang dalam dua nikmat sebelumnya juga yang seharusnya kita menggandakan kesyukuran ke hadrat ALLAH tiada hentinya, iaitu nikmat Iyad dan nikmat Imdad. ALLAHumma Solli Wasallim wabarik ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala aalih, ‘adada kamaLILLAH, wa kama yaliiqu bikamaalih.

Hari ini anak-anak kita yang telah menduduki Peperiksaan UPSR tahun 2011 mula menerima keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing. Ada yang berduka ada yang ceria dan ada yang langsung tak kisah (ada ker???) Yang berjaya, pihak kami mengucapkan jutaan tahniah buat mereka, yang kurang berjaya [istilah yang lembut digunakan], teruskan usaha murni anda mencari, menggali dan mendapatkan ilmu Allah Taala di sekolah menengah nanti. Ilmu Allah sangat luas, tidak terbatas dengan UPSR sahaja, janganlah menganggap ketidakcemerlangan anak-anak dalam UPSR, masa depan mereka telah gelap/ malap.

Perancangan Allah Taala buat anak-anak kita tiada siapa yang tahu. Semuanya dalam PENGETAHUAN ALLAH TAALA sahaja. Dia Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Jadi kita berserah padanya. Sememangnya akan ada gap antara anak-anak yang belajar di pedalaman kampung dan di kawasan bandar/ ibu kota. Pernah ana bertanyakan anak sedara yang tahun 1 di kampung bunyi AAA itu mewakili huruf apa?? Dengan selambanya dia menjawab, bunyi burung! Namun dalam lapangan lain, suka menolong neneknya dan ibunya menyejukkan hati yang memandang, teringat ana masa zaman kecil-kecil dulu dikampung!

Tiada siapa diciptakan Allah untuk GAGAL! Kalau dalam istilah motivasi, manusia yang lahir dikira BERJAYA!!! Kerana apa? Sebabnya bayi-bayi berkenaan selamat keluar dari kandungan ibunya dengan selamat, tiada kecacatan yang berlaku, dll. Oleh yang demikian, didiklah anak-anak mengenal Allah Taala, serahkan jiwa raga mereka padaNya! Insya Allah kasih sayang Allah yang melimpah ruah akan Dia berikan! 

Sedih jugak apabila memasuki zaman pekerjaan, ada sahabat-sahabat [anak-anak muda lelaki/ perempuan] tidak mahir membaca Kalamullah [al-Quranul Kareem]. Peliharalah dua perkara dulu, solat dan bacaan al-Quran bagi anak-anak, Insya Allah jiwa mereka yang bersih akan terus menyerap 'nur' Allah itu.

Angkara PHD [hasad dengki]

JOHOR BAHRU: Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.

Sumber : Harian Metro

AL-FATIHAH untuk sahabat Perawat


Assalamualaikum dan salam ukhwah,

AlhamduLILLAH, selayak ucap ke hadrat Pencipta segala yang tercipta, DIA ALLAH, Maha Penggerak segala yang ada dan tiada. ALLAHU Akbar.

ALLAHumma Solli 'Ala Saidina Muhammad. Semulia salam dan selawat ke sisi junjungan besar, yang dengan berkat syafaat dari Baginda S.A.W, masih basah lidah dengan basahan dengan ingatan pada ALLAH dan rindu pada Baginda S.A.W.

Innalillahi wa inna ilaihi Rajiun

Al-Fatihah untuk sahabat Perawat Muallij BTP iaitu Pak Ali yang telah kembali menemui si Penciptanya pada 6 November 2011 [AHAD], kira-kira jam 10:46 malam, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sg Buloh, ana tak sempat pergi kerana bercuti di kampung halaman namun sahabat Tn HJ Kamisan dan Ustaz Asri sempat menziarahinya.

Menceritakan saat itu, Tn Hj Kamisan menceritakan, ketika beliau mengulang-ulang kalimah tauhid di telinga arwah, bergenang air mata arwah di kelopak matanya. Innalillah ...

Sama-sama pengunjung blog ini bersedekah/ hadiahkan pahala bacaan al-Fatihah buat sahabat perawat kami di Masjid Bandar Tasik Puteri ini. Kehilangan Pak Ali sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami, arwah ibarat ayah kepada kami, boleh berkongsi pelbagai petua dengan arwah.

Dan ana selaku ADMIN blog ini mengucapkan Takziah buat keluarga Pak Ali, moga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yang bertakwa. Amien!! Robbana Taqabbal Minna Bisirril Fatihah ....
[Arwah Pak Ali - dua dari kanan, di sebelah kiri TG Ustaz Wan Asrul TIAF]

Maybe cadangan ana untuk menyediakan tabung khusus Ahad nie [13 November 2011] untuk disalurkan kepada keluarga Pak Ali, membantu mana yang termampu sahaja. Insya Allah. 

Memiliki 2 Personaliti





Demikianlah tajuk entry kali ini, pada 1 Nov 2011, naqib kumpulan dan ana dijemput mendoakan satu keluarga di sekitar Sg Buloh. KUrang lebih jam 9:30 malam kami sampai ke rumah yang berhajat. Alhamdulillah dijamu terlebih dahulu dengan bihun goreng dan air nescafe, musim-musim hujan nie bila pekena nescafe panas, lega jugak rasanya. Ana tinggalkan naqib dengan ketua keluarga berkenaan kerana menjawab panggilan yang berhajat dengan rawatan ulangan anak-anaknya. Kesian jugak anak makcik nie, dah beberapa orang anak perempuannya nie berkawan dengan lelaki, bila timbul jer bibit cinta, tak semena-mena si lelaki akan tarik diri, taknak teruskan hubungan [putus tanpa sebab]. 


Berbalik pada cerita keluarga yang kami doakan pada malam ini, diruqyahkan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran supaya mendapat keberkatan dariNya. Dan sepanjang itu jugalah anak perempuan keluarga ini bercakap dengan dirinya sendiri [menggunakan 2 bahasa]. Sesi rawatan, semua tempat yang naqib ana pegang, semuanya berbisa. Namun seolah-olah, tiada tanda-tanda kerasukan, kami mintak dia selawat, tahlil, tapi tak sampai 1 minit dia akan berbicara dengan bahasa asing itu lagi.

Kami bertanyakan pada ayah dan ibunya, semenjak bila lagi anaknya nie diganggu sebegini? Katanya semasa berada di UIA, belajar di sana, namun tak sempat habis kerana tumbang di asrama dan di bilik kuliah. Katanya dulu dia berada di Mahallah [rahsia] di UIA. Ana pun teringat sahabat ana satu sekolah dulu, pun terkena gangguan di Mahallah yang sama dan kesannya sahabat berkenaan cuti dari belajar selama 1 tahun [2 sem]. 

Anak gadis nie, dah 8 tahun jadi begini, kata maknya dia akan provoke adik-adiknya untuk memarahinya, selepas adik-adiknya marah atau cubit dia baru dia akan berhenti daripada mengganggu, bukan adiknya sahaja, malahan ayah ibunya pun sebegitu juga diganggunya. Atas dasar anak, ibu bapanya berusaha merawat anak gadisnya ini [anak sulong plak tue]. Kesian jugak ana tengok, gangguannya agak teruk, bila nak solat sahaja diganggu, lepas tue di'nampakkan' dengan pelbagai alien di dalam rumahnya, habis wayar elektrik dicabutnya.

Insya Allah rawatan akan disambung semula nanti, rawatan berkahir jam 1 pagi. Adus penat dan mengantuk juga hehehe. Wallahu a'lam.