SUKARNYA MERAWAT SAKA?

Ramai pesakit yang menderita  di ancam saka bertanyakan perawat-perawat tentang  bilakah lagi mereka akan sembuh? Sudah bertahun-tahun mereka berikhtiyar tetapi tidak juga sembuh.  Bukan setakat wang duit telah banyak di belanjakan malahan  banyak masa yang telah di habiskan untuk merawati penyakit yang tidak mau sembuh sembuh itu.

Soalan-soalan pesakit sebegini rupa sudah cukup untuk menggambarkan  kepada kita betapa tebalnya fahaman kebendaan dan duniawi membelenggu masyarakat kita. Sebenarnya kesemua sakit itu adalah ujian yang dating dari  Allah untuk menguji hamba-hambanya. Tiada siapa yang boleh menjamin rawatannya akan dapat menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan orang-orang yang ingin mengumpulkan  kekayaan duniawi dengan menyembelih pesakit  dan keluarga mereka  yang terdesak. 
 
Kerana kebodohan dan terlalu yakin kepada manusia yang lemah ini, akhirnya pesakit dan keluarganya ini  akan tertipu  dengan jaminan-jaminan yang belum pasti.  Malang sekali dewasa ini terlalu ramai pesakit-pesakit sebegini yang terlalu  berpikiran duaniwi terus terpengaruh dengan method pemikiran perubatan ala duaniwi sehingga menyamakan penyakit gangguan dengan penyakit fizikal ,lalu bilamana penyakit tersebut tidak juga sembuh, mereka akhirnya menyalah kaedah perubatan dan pengamal-pengamalnya.

Sepatutnya mereka sewajarlah mengingsafi bahawa penyakit fizikal lahiriyyahpun  banyak yang berulang menyerang pesakit, apatah lagi penyakit syaitan yang sangat-sangat degil itu.

Kembali kepada persoalan saka yang kita bincangkan, sebagaimana yang seringkali di nyatakan oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini bahawa di antara tanda gangguannya ialah kemunculan binatang-binatang yang jinak seperti anjing dan kucing dalam mimpi seseorang pesakit yang bakal atau sedang di ganggunya.

Sekiranya kita berfikir dan menganalisakan secara mendalam tentang mimpi yang boleh menjadi keterangan kepada sakit gangguan tersebut,  kita akan faham bahawa gambaran tersebut sendiri telah memberitahu kepada kita tentang hakikat penyakit tersebut. Gambaran kucing adalah menerangkan tentang liatnya penyakit tersebut. Seperti seekor kucing yang di buang  oleh tuannya kerana banyak menyusahkannya, kucing tersebut akan datang kembali untuk mengganggunya. Ataupun setidak-tidaknya selepas kucing itu pergi, akan datang pula kucing lain yang akan menggantikan dan mengambil tempatnya.  Maka demikianlah yang ingin di tunjukkan oleh saka. Walaupun ia telah di halau pada suatu hari melalui kaedah rawatan, tidaklah bererti ia akan menghilang dan tidak akan dating-datang lagi. Tidak begitu . Sebenarnya ia pasti akan datang lagi untuk terus menjenguk tuannya itu.

Demikianlah juga  dengan jelmaan anjing yang datang dalam mimpi tidur orang tersebut bahkan anjing itu lebih setia dan patuh kepada arahan tuannya lebih baik dari seekor kucing. Anjing akan terus setia dan menunggu untuk berkhidmat sepenuhnya kepada tuannya walaupun berpuluh tahun lamanya ia menunggu. Maka menurut pakar yang mahir dalam bidang ini, seseorang yang di ganggu saka, bilamana ia bermimpikan anjing, ertinya gangguannya lebih kuat dan lebih sukar dari seorang yang bermimpikan kucing. Menurut mereka ini kerana anjing itu lebih setia dari kucing. Jadi, gambaran mimpi tadi adalah untuk menerangkan tentang penyakit  yang di hidapinya adalah penyakit yang amat degil.

Maka akan ternyatalah kepada setiap pesakit  bahawa tanggapannya tentang gangguannya itu mudah sembuh dan cepat hilang lenyap adalah silap meskipun ia cuba menafikannya pada peringkat awalnya.

Sikap cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Di Bandar-bandar seperti di KL ini, kita sering menemui pasangan suami isteri intelek yang sama-sama memiliki kedudukan yang besar dalam pejabat masing masing memilih jalan bercerai kerana tidak tahan dengan sikap isteri yang asyik memerap di atas katil. Penyakit isteri yang tidak mahu sembuh-sembuh walaupun telah berbelas-belas tahun berubat ke sana sini  membebankan si suami kerana segala kerja rumah tidak dapat di selesaikan oleh isteri yang sakit itu. 
 
Sebagai seorang suami apalagi, membebel dan berleterlah seadanya. Kata-kata yang pedas sebegitu pula bilamana di dengari berterusan oleh isteri yang memang sebenarnya sakit akan menimbulkan rasa tawar hati pada suaminya. Ini menyebabkan seringkali isteri yang ego tidak mahu memberikan layanan yang di minta suaminya. Maka di sini  mereka sedang mendaki ke puncak masalah, walaupun perkara ini tidak di sedari oleh mereka berdua,  selepas beberapa tahun, parahnya itu menjadi semakin ketara. Akhirnya ia membawa kepada kehidupan berasingan dan perceraian.  Ertinya perceraian itu berlaku kerana masing-masing terlalu kuat dengan pemikiran kebendaan yang mana mereka telah Berjaya dengan ajaran kehidupan dunia sebegitu. 
 
Sumber : el-fesfanji

CERITA RAWATAN PEBATAP 16 OKT 2011





ALHAMDULILLAH, sekali lagi dengan izinNya Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, PEBATAP dengan izinNya jua mampu memberikan khidmat Rawatan kepada mereka yang berhajat. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW semulia-mulia insan di atas muka bumi Allah Taala. Moga dengan usaha murni ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadikan kami tergolong dalam syafaat Rasulullah SAW. Insya Allah wa amien!


PEBATAP dengan 3 perawat yang tetap, TN Hj Kamisan, Ustaz Asri dan Ust Rosdi serta seorang pembantu, Saudara Amin, memulakan sesi ruqyah yang pertama jam 2:45 petang. Alhamdulillah ketika bacaan ruqyah, tiada yang tumbang awal. Dan kehadiran yang berhajat dengan rawatan kurang lebih 25 orang sahaja kali ini, moga Allah Taala telah mengurniakan kesembuhan pada yang hadir sebelum nie amien!

Cuma ada beberapa kes yang menarik minat ana kali nie.

Kes 1:
Seorang anak gadis yang sedang menjalinkan hubungan ke arah jinjang pelamin, diduga dengan kehadiran orang ketiga, anak gadis ini dirasuk dengan gangguan yang menyebut nama orang ketiga berkenaan, kebetulan anak gadis ini membawa gambar perempuan berkenaan, dan apabila kami mengatakan untuk mencacatkan mukanya, anak gadis yang kerasukan tadi, menangis teresak-esak dengan memohon maaf dan berjanji untuk berundur. Kes anak gadis ini adalah kes ulangan kali ketiga. Moga kesembuhan diperolehi oleh anak gadis berkenaan.Amalan zikir dan kaedah mandian diajar pada penghujung pertemuan.

Kes 2:
Seorang anak teruna, datang kali kedua sebagai kes ulangan, kesian tengok, kurus kering badan anak teruna ini, semasa sesi ruqyah tiada apa-apa kesan, namun selepas dicek dengan agak teliti, ternyata ada masalah, disertakan dengan teknik urutan saraf, barulah timbul gangguan berkenaan, termuntah anak teruna berkenaan. Masya Allah, ada kisahnya namun biarlah PEBATAP sahaja yang mengetahui dan ambik maklum hal ini.

Kes 3:
Seorang murid dari sebuah sekolah, kes yang agak kronik dan agak lama dirawat, sehingga menjelang Isyak [kebetulan anak murid nie, uzur syarie, tak solat maghriblah], memang ada kes lama anak murid nie, dan siap bergaduh dengan maknya lagi dalam keadaan kerasukan [maknya mempunyai masalah gangguan keturunan] dan anak murid ini beberapa kali dirawat oleh sahabat-sahabat lain namun kesembuhan belum lagi miliknya, moga ada kesembuhan dengan izinNya. Insya Allah, sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka.

Wallahu a'lam. PEBATAP akan teruskan rawatan pada sesi yang ke empat pada 23 Okt 2011 [AHAD]

MENGENALI QARIN

QARIN

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:  Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.

Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga Dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul- Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya; Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya.Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung.Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagaibagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan.

Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad. Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.

Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat. Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.

Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.

Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata: Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya. Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya. Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar. Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi: Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.

GANGGUAN JIN - siaran langsung



Demikianlah seadanya cerita ini. Wallahu a'lam.
Komen penonton You Tube:

bro's n sis's~sbb aku faham skit2 jalan cerita dia biar aku terangkan insyaAllah..perempuan ni telefon syeikh ni,nak bertanya berkenaan tentang solat istikharah dan beberapa lagi kejadian aneh dia alami..walhal yang sebenarnya dia terkena gangguan Jin,xpasti sama ada dia sedar atau tidak..berdasarkan cerita dia,dia terkena gangguan sebab ada org xmau dia ke mahkamah utk bagi testimoni against someone..Jin tu gelak dan mengaku dia rasuk perempuan tu..jin tu plak mngaku x islam,lps d'tnya..





RAWATAN KANSER [D.I.Y]

Penyakit kanser adalah penyakit yang merbahaya dan memerlukan kos yang tinggi untuk merawat menggunakan kaedah moden,disini kami memberikan beberapa panduan untuk membunuh sel-sel kanser dari merebak secara serius pada tubuh badan..





Kaedah-kaedahnya ialah..
  1. Sediakan 3 botol besar Minyak Zaitun Extra Virgin
  2. Sediakan 3 botol air mineral 5 liter
  3. Buka penutup semua barang-barang di atas, rapatkan mulut anda dan bacakan Fatehah 70x dan tiup 10saat pada semua barang-barang tadi.
  4. Masukkan secawan air mineral tadi kedalam cawan dan campurkan satu sudu minyak zaitun dan minum.Minum 1x pagi dan 1x petang selama sebulan.
  5. Sapukan minyak zaitun 1x pagi dan 1x petang selama sebulan pada anggota tubuh yang mengalami kanser.
  6. Makan 1 biji kapsul habbatus sawda 1x pagi dan 1x petang selama sebulan.
  7. Dengar CD RUQYAH sebanyak mungkin setiap hari selama sebulan.
Selepas anda mengamalkan kaedah yang saya berikan diatas tadi selama sebulan,anda boleh pergi ke hospital berdekatan untuk sesi scanning,insyaAllah penyakit kanser anda beransur sembuh..Kami memang berpengalaman dalam merawat kanser stage 4 dan alhamdulillah ramai yang sudah sembuh,semua penyakit kanser yang telah kami rawat adalah berpunca dari gangguan jin,malam tadi pun pihak RTM telah melakukan shooting di premis kami dan menemubual pesakit kanser kami yang telah sembuh,insyaAllah akan keudara di RTM2 pada hujung November ini.... 

DARUSSALAM DI SBPI RAWANG

Pada 9 Oktober 2011, Ahad, pihak Persatuan Kebajikan DARUSSALAM, telah hadir membantu pihak SBPI Rawang, di Rawang, Selangor. Ini adalah kerana sekolah berkenaan mengalami masalah gangguan. Berlanjutan dalam tempoh yang agak lama, seingat saya, sebelum Ramadhan lagi.

Alhamdulillah, dimulakan solat hajat sekitar jam 10:45 pagi dan seterusnya bacaan beberapa surah dari al-Quranul Kareem, diketuai oleh Pengerusi Darussalam, al-Fadhil Ustaz Manaf. Sesi rawatan dan pemagaran kawasan sekolah dilakukan. Rawatan berlangsung sehingga jam 3:30 petang. Bukan masalah histeria, namun gangguan kepada murid di sekolah berkenaan itu sendiri, maybe jin-jin saka murid-murid berkenaan mengganggu jin-jin yang sedia ada di sekolah berkenaan.

Insya Allah Pengerusi Darussalam menurunkan petua-petua supaya semua lapisan masyarakat di sekolah mengamalkan perkara berkenaan. Sebelum itu, pengerusi Darussalam dijemput ke Vietnam, untuk rawatan di sana. Moga Allah Taala bersama dengan semua perawat Islam dan perawat Islam hanya berikhtiar sahaja, Allah Taala jua yang menentukan kesembuhan. Semuanya dalam PENGETAHUAN ALLAH TAALA.

PERMOHONAN PELAJAR BARU SESSI 2012


 


PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
UNTUK KUMPULAN KE-24 SESSI 2012

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 
13 NOVEMBER 2011 @ 12:00 MALAM

TARIKH TEMUDUGA: 
27 NOVEMBER 2011

CARA PERMOHONAN:
Sila isi borang yang boleh dimuat turun di link berikut:



PERHATIAN:Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

Tarikh: 
27 November 2011 (Ahad)
Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga :
8:30 pagi hingga 11:00 pagi

Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.


DIHANTAR KE ALAMAT DI BAWAH:
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA 
(DARUSSYIFA)
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel. 03-89250443
  

DAKWAAN BERKAITAN AIR JAMPI

Dipetik dari blog Saudara Mustaqim : http://klinik-muallij.blogspot.com, bagi yang bertanya dan berhajat sahaja.

Assalamualaikum, kali ini ana ingin berkongsi hal tentang Kedudukan Air Musoffa dalam Majlis Fatwa kebangsaan iaitu keputusannya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.

Maka jelaslah di sini, penjualan secara komersial adalah dilarang. Tetapi ramai yang salah faham dengan fatwa ini dengan mengatakan air mosoffa itu haram. Hakikatnya, fatwa hanya melarang menjual secara komersial.

1. Apakah maksud menjual secara komersial?
Maksudnya, penjualan besar-besaran dan memberi jenama pada air ini.

2. Alasan tidak boleh jual secara komersial?
Kerana menghormati ayat al-quran yang telah dilarutkan ke dalam air itu dari terlangkah atau dipersendakan oleh orang bukan Islam.

Diharapkan isi kandungan ini jelas. Ana bukan mempromosikan air musoffa, tetapi ana pandang dalam sudut global. Ini bagi menjawab persoalan seseorang yang telah berkata "memang sah segala macam air jampi itu membawa kepada syirik".


Syirikkah air jampi?

Air jampi itu terbahagi kepada dua iaitu jampi dengan kaedah syirik dan jampi dengan ayat al-quran (Ruqyah).

1. Jampi dengan kaedah syirik: iaitu memohon hajat selain Allah iaitu bertawassul dengan jin dan syaitan, bulan, bintang, pokok dan lain-lain. Inilah yang ditegah secara keras.

2. Jampi dengan al-quran: memohon hajat kepada Allah dengan kaedah doa dan ikhtiar agar mendapat kesembuhan. Dan dibahagikan lagi kepada dua:

a. Menganggap air itu yang menyembuhkan: Inilah yang dikatakan salah dan ditegah.
Skrip: "Air ruqyah ini yang buat aku sembuh"

b. Hanya berikhtiar: Inilah yang terbaik kerana bukan air itu yang menyembuhkan, Allah yang menyembuhkan.
Skrip: "Insya Allah, Allah akan menyembuhkan aku setelah aku minum air ini"

Menganggap panadol, ubat batuk, ubat gastrik dan lain-lain ubat hospital sebagai penyembuh juga haram!

Ana pernah menjawab persoalan ini di dalam tajuk Salah Faham Encik Nawawi Subandi Tentang Air Jampi di http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/05/salah-faham-encik-nawawi-subandi.html

DALIL AL-QURAN ITU PENAWAR

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa: 81-82)

Katakanlah: "Al Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mu'min. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quraan itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh" (Fussilat: 44)

APA KAITAN AIR MUSOFFA DENGAN AIR JAMPI

Sama sahaja tetapi cara penyediaan sahaja berbeza. Air jampi (ruqyah) biasanya disediakan dengan tiga cara:
  1. Kaedah hembusan ke atas air setelah dibacakan ayat Al-Quran
  2. Kaedah penulisan dan dilarutkan dengan air.
  3. Kaedah mengambil air dari takungan air wuduk yang masih bersifat mutlaq (air kolah masjid)
Musoffa adalah penjenamaan. Yang sebenarnya, dikalangan ahli pengubatan menyebutnya sebagai air pinggan putih. Penghasilan air pinggan putih ini melalui kaedah menulis ayat al-quran ke atas pinggan berwarna putih dengan dakwat seperti zafaran atau roselle atau halia. Dakwat ini akan dilarutkan dengan air zamzam. Kaedah ini digunapakai oleh ulama pada suatu ketika dahulu ketika sihir menjadi-jadi selepas kewafatan rasulullah. Ianya kaedah ikhtiar.


Akhir kata, jika kita bukan ahlinya, janganlah kita mudah-mudah mengisytiharkan orang lain syirik. Bak kata Ustaz Sharhan, "Kalau (sihir) belum kena atas batang hidung kita, kita tak tahu"

IKHTIAR PESAKIT - bi 'Aunillah





SYUKRAN buat Cikgu Nuar di Kuantan, layari http://terapi-alfatahkuantan.blogspot.com

IKHTIAR - betulkan kedudukan uri di bawah dan bayi songsang

Amalan Supaya Uri Berada Pada Kedudukan Yang Betul

Rawatan PEBATAP pada 2 Okt 2011

ALHAMDULILLAH, rawatan Pebatap diteruskan lagi pada 2 Oktober 2011 [Ahad] bertempat di bilik rawatan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Ramai pulak yang datang, sampai melimpah ruah ke luar bilik rawatan, harapan kami agar tuan/puan yang datang mencari keselesaan sendiri yer. Al-maklumlah, bilik rawatan tak berapa luas, harap bersabar, itu sahaja bilik rawatan yang mampu kami berikan dengan tujuan membantu mereka yang berhajat. 

Seperti biasa masalah gangguan sihir dan saka juga yang menjadi topik rawatan, moga yang hadir istiqomah dalam beramal. Alhamdulillah, dalam ramai yang datang untuk rawatan ada seorang yang datang nak cek/ scan, ternyata memang ada masalah gangguan pada badannya, hasik kaunseling bersama dengan perawat, selepas perbincangan, katanya takper lah ustaz, saya tak fokus mana kepada gangguan makhluk jin/ halus nie, saya hanya akan fokus pada amalan saya sahaja, yang lain saya serah padaNya sahaja. Ya Allah, itulah kata-kata yang kami mahukan daripada yang datang untuk rawatan, namun walaubagaimana pun, saya tetap akan datang untuk rawatan macam biasa, tapi tak kisah sangat kalau tak dapat benda ni keluar pun.

Ya, kadangkala sikap positif akan memberikan semangat untuk melawan gangguan nie, jangan mudah menyerah kepada musuh Allah Taala. Kata Tuan Guru ana, iblis/ syaitan/ jin perjanjian asalnya dengan Allah Taala adalah hanya untuk menyesatkan manusia sahaja, tidak pernahdia berjanji untuk menyakiti manusia. Namun mengapa manusia sakit? Itu berbalik kepada masalah hati pesakit itu sendiri. Amalan, zikir, dan kewajipan menutup tubuh badan dengan syariat Allah Taala adakah dijaga/ dipelihara? Fikir-fikirkan, dan selamat beramal [profesor not so easy].

Dan ada juga yang datang semata-mata nak ambikkan air doa/ penawar untuk keluarga, datang nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli PEBATAP, kerana telah memulihkan hubungan mak dan ayahnya yang hampir 15 tahun tidak bertegur sapa. Masya Allah. SubhanALLAH, bukan ahli PEBATAP, yang sembuhkan, namun SYUKUR lah pada ALLAH Taala yang memberikan kesembuhan. Buatlah kenduri kesyukuran. Kambing golek ker hehehehe.. Wallahu a'lam.

Kesembuhan adalah milikNya jua... Amin ya Rabbal 'Aalamiin!!

Popular Posts