Rawatan Pada 3 April 2010

Kehadiran Perawat:

  1. Naqib kumpulan Tn Hj Kamisan
  2. Ustaz Asri
  3. Ustaz Muhd Rosdi

Kehadiran yang berhajat: 35 orang
Rawatan : jam 2:30 ptg- 6:30 ptg

Alhamdulillah, kami mampu menyelesaikan rawatan pada hari berkenaan dengan izinNya. Kali ini, ramai plak yang lelaki datang, dan kebanyakan kes kronik jugak. Yang pesakit perempuan macam biasalah, Ada yang tumbang dulu, ada yang tumbang kemudian, Alhamdulillah, bacaan Basmallah 21 kali sebelum sesi ruqyah, dengan izinNya sangat membantu. Alhamdulillah.

Rawatan selesai jam 6:30 petang, antara sesi rawatan yang cepatlah habis. Pagi 3 April, kami pun ada rawatan gangguan pada peniaga/ pengusaha kedai makan, Alhamdulillah dipermudahkan Allah Taala, kadangkala konsep berjemaah memberikan seribu hikmah, bukan taknak merawat secara persendirian, namun ada keberkatan, rahmat jika berjemaah, sebab itu, solat berjemaah lebih besar fadhilatnya.

Namun petang 2 April, naqib kami terpaksa merawat 16 orang pesakit secara persendirian, masya Allah, hebat ujian untuk naqib kami, yang lain semua ada urusan personal, dengan anak-anak dan famili, itulah percaturan Allah Taala. Syabas buat naqib kumpulan kami, merawat dari jam 3 petang sehingga 8:30 malam. Moga dirinya beroleh kekuatan kesihatan dari Allah Taala.

Jadi minggu nie 4 April hingga 7 April, kami off kan rawatan sekejap kerana naqib kump dan ana ada urusan meeting dan persatuan, jadi rawatan sambung pada 7 April malam Insya Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts