Kaedah Mandian

Mandi Limau

Mandi limau adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh untuk membantu mengubati penyakit atau masalah yang berkaitan dengan makhluk halus. Limau yang digunakan adalah limau purut atau limau nipis yang masih segar atau limau yang mempunyai air yang banyak untuk diperah dan dicampurkan dalam air mandian.

Kebiasaannya kami menggunakan sebanyak 3 biji limau [dilakukan selama 7 petang berturut-turut jika boleh] setiap kali mandian. Walaubagaimanapun angka atau bilangan itu bukanlah suatu perkara yang mesti begitu, dengan kata lain boleh sahaja digunakan beberapa biji limau sekalipun asalkan air mandian itu ada terasa perahan limau atau bauannya. Sehingga sekiranya tiada limau, pesakit hendaklah teruskan mandian walaupun tanpa limau kerana mandian itu sendiri adalah kaedah untuk membantu rawatan sahaja. 

Cara potongan limau juga bukanlah suatu perkara yang mustahak dan tiada kaedah khusus untuk memotong limau, apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk mendapatkan air perahan limau itu. Oleh yang demikian pemotongan limau dengan berbagai kaedah samada membujur atau melintang boleh digunapakai dan bukan menjadi salah satu syarat potongan limau. Mungkin saya boleh katakan sekiranya anda terlalu kuat dan gagah sehingga boleh perah dan dapatkan air limau tanpa belahan atau potongan terlebih dahulu, maka itu pun dibolehkan kerana yang penting ialah dapat air limau dan bauannya.

Sekiranya ditanya, bolehkan diperah menggunakan alat pemerah buah-buahan atau alat pemerah jus limau? Jawabnya dibolehkan tetapi tangan yang membaca bismillah dan menyentuh langsung limau itu serta diperahkan adalah lebih baik .

Waktu / Masa Mandi

Waktu mandi untuk mengubati kebanyakan penyakit khususnya penyakit atau masalah yang melibatkan gangguan makhluk halus , kami mencadangkan agar pesakit melakukan mandian antara asar dan maghrib kerana itu adalah waktu yang paling sesuai bagi melawan kemaraan karenah jin dan makhluk halus. Dikatakan bahawa jin kebiasaannya melakukakan operasinya antara asar dan maghrib atau selepas pertengahan malam iaitu selepas jam 12.00 mlm. 

Mengambilkira yang demikian, mandian perubatan yang paling baik adalah antara asar dan maghrib, kalau tak sempat maka dicadangkan mandi pada jam 12.00 malam, sekiranya menyusahkan dan mempunyai masalah tentang waktu mandi, pesakit boleh memilih mana-mana masa kelapangan untuk melakukan mandian. Apapun masalah dan halangan, mandi seboleh-bolehnya mesti dilakukan setiap hari untuk mempercepatkan penyembuhan. Pilihlah mana-mana waktu yang sesuai bagi diri anda sekiranya waktu yang dicadangkan tidak memihak kepada anda.

Cara Mandiannya adalah:
  1. Mandi bersih badan dahulu iaitu sabun, syampoo gosok gigi dan lain-lain.
  2. Sediakan satu baldi air biasa, kemudian limau yang dah dipotong tadi [3 biji] diperah ke dalam baldi tadi, kulit liamu diletakkan ke dalam baldi tadi.
  3. Tuang air doa satu cawan kemudian kacau air tadi ikut pusingan tawaf/ anti clock-wise [nak selawat dalam hati pun boleh]
  4. Dah selesai larutkan air limau tadi, mandi separuh baldi dahulu.
  5. Semasa air separuh baldi nie, ambik kulit limau tadi, gosokkan ke badan [buat macam sabunlah] dan mana-mana tempat yang sakit gosoklah lebih sikit.
  6. Habis gosok, buang kulit limau tadi dan habiskan mandian.
  7. Jangan dilap badan dengan towel.
  8. Lurutkan badan sahaja supaya air tadi kering pada badan.
P/S : 
  • apa-apa pun yang berlaku, pastikan mandi.
  • ada pesakit kami yang apabila memerah limau tadi, keluar darah, ada yang keluar susu.
  • jadi teruskan mandian seperti biasa kerana itu semua dugaan tuan/puan.
  • kuatkan semangat dan hati.

0 comments:

Post a Comment