Apakah hukuman yang sepatutnya bagi Tukang sihir?

Diriwayatkan hadits marfu' dari Jundab:
"Hukuman bagi tukang sihir ialah dipenggal lehernya dengan pedang." (HR At-Tirmidzi, dan katanya: "Yang benar bahwa hadits ini mauquf.")


Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Hukuman bagi tukang sihir adalah dibunuh. 
Hal itu didasarkan pada apa yang diriwayatkan dari ‘Umar, ‘Utsman bin ‘Affan, Ibnu ‘Umar, Hafshah, Jundub bin ‘Abdillah, Jundub bin Ka’ab, Qais bin Sa’ad dan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Itu pula yang menjadi pendapat Abu Hanifah dan Malik.”

Diriwayatkan dari Abu 'Utsman an-Nahdi berkata (artinya), "Seorang tukang sihir memainkan sihirnya di hadapan Al-Walid bin 'Uqbah. Tukang sihir itu mengambil pedangnya dan menusukkannya ke tubuhnya, namun tidak melukainya. Lalu Jundab bangkit dan mengambil pedang itu lalu memenggal lehernya! Kemudian beliau membacakan sebuah ayat, 'Maka, apakah kamu menerima sihir ini, padahal kamu menyaksikannya'." (Al-Anbiyaa': 3)

Diriwayatkan dari 'Amr bin Dinar, bahwa ia mendengar dari Bajalah berkata, "Umar bin Khaththab telah menetapkan perintah, yaitu, 'Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.' Bajalah berkata, 'Kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan'."

Kata Imam Ahmad: "Diriwayatkan dalam hadits shahih, bahwa hukuman mati terhadap tukang sihir, telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. (Mereka itu ialah: 'Umar, Hafshah, dan Jundab)

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum terhadap tukang sihir. Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa, tukang sihir hendaklah dikenakan hukuman bunuh berdasarkan hujah tertentu. Mereka berpegang kepada hadis Rasulullah yang bermaksud: Balasan ke atas tukang sihir adalah bunuh dengan pedang.

Malahan, Ummul Mukminin Hafsah pernah memerintahkan supaya seorang perempuan pembantunya, yang pernah menyihirnya, dibunuh. Ini kerana tukang sihir termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kejahatan iaitu menyesatkan akidah manusia.

Imam Malik berpendapat, bahawa tukang sihir Muslim yang melakukan sihir dengan kehendaknya sendiri, yang membabitkan rangkaian kata kufur, hendaklah dibunuh tanpa diminta agar dia bertaubat. Ini kerana perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan hati, seperti mereka yang tergolong ke dalam golongan zindiq dan yang melakukan zina.

Ibn Al-Munzir pula berpendapat bahawa, seorang lelaki yang berikrar bahawa dia telah melakukan sihir yang membabitkan rangkai kata kekufuran, hendaklah dibunuh jika dia enggan bertaubat.

Imam Nawawi pula berpendapat bahawa, sihir adalah haram hukumnya dengan ijmak ulama. Barang siapa beriktikad bahawa sihir itu harus, maka dia adalah kafir.

Imam Abi Hanifah pula berpendapat, tukang sihir lelaki hendaklah dihukum bunuh manakala tukang sihir perempuan dipenjarakan.

Manakala Imam Syafie pula berpendapat, dosa tukang sihir tidak melebihi dosa syirik, padahal orang yang syirik dituntut agar bertaubat.

Satu lagi peraturan Islam mengenai sihir yang perlu diambil tahu ialah, sekiranya seseorang tukang sihir yang sudah kafir kerana tutur kata dan amalannya itu, memeluk Islam semula, pengIslamannya adalah sah dan taubatnya diterima. Ini terbukti dalam kes beberapa orang tukang sihir Firaun yang kembali beriman dan bertaubat, di mana Allah menerima taubat mereka.

Dari Blog Rawatan Islam al-Insyirah : http://muhammad-muallij.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Popular Posts