RAWATAN PADA 11 SEPTEMBER 2011


Masa :
2:30 ptg- 6:30 ptg.

Perawat:
1.       Tn Hj Kamisan [naqib kumpulan]
2.       Ustaz Rosdi 

Jumlah Pesakit : 
15 orang sahaja.

Alhamdulillah, PEBATAP selesai menjalankan rawatan pada tarikh yang ditetapkan untuk bulan September. Rawatan seterusnya adalah pada 18 Sept 2011, masa dan waktu yang sama. Kali ini hanya tinggal 2 perawat sahaja. Yang lain maybe pergi beraya lagi hehehe. Wallahu a’lam. Pak Ali masih kurang sihat, maybe faktor usia, sama-sama kita doakan kesembuhan buat Pak Ali. Insya Allah.

Kes kali ini hampir sama sahaja dengan kisah-kisah sebelum ini. Kali ini ramai plak pesakit dari Subang/ Subang Jaya. Kata mereka, dapat info rawatan dari sedara mara ketika mengunjung ke rumah sedara mereka ketika hari raya. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke PEBATAP.

Kes yang ana rasakan kasihan adalah bagaimana seorang anak gadis yang asalnya normal, ketika berkelah dengan keluarga di tempat rekreasi di Perak, balik ke rumah selepas itu, anak gadis itu, terus murung, termenung, senyum sorang-sorang diri dan bercakap seorang diri. Familinya membawa ke hospital, dan disahkan masalah mental oleh doktor. Kasihan sangat bagi anak gadis berkenaan. Yang asalnya sihat dan tidak semena-mena selepas ke tempat rekreasi, dia pulang dengan membawa ‘beban’ kepada keluarganya [jika keluarganya menganggapnya sebagai beban]. Kami usahakan seadanya, dan diminta sesi akan datang membawa beberapa bahan sebagai ikhtiar. Adakah gangguan jin? Adakah kerana masalah terkena buatan orang? Sahabat yang ada panduan/ ikhtiar, sila emailkan ke PEBATAP di muallijbtp@gmail.com. Wallahu a’lam.

Kes kedua yang ana rasakan sesuai untuk ana ‘sensasikan’ di sini adalah, seorang lagi anak gadis yang dibawa ke PEBATAP agar diikhtiarkan rawatan. Maybe 20-an umur gadis nie, mukanya sangat-sangat muram/ kusam atau tiada seri langsung. Selepas di rawat, tumbang anak gadis tadi… Apakah kemungkinan gangguan jin atau pelalau? Jadi kami nasihatkan agar datang sesi berikutnya dengan membawa bahan-bahan tertentu. Insya Allah.

Ada juga kes lain-lain yang dirasakan tak perlu ana masukkan di entry kali ini. Insya Allah pada entry lain kali. Kami usahakan/ ikhtiarkan sahaja. Kesembuhan adalah milikNya jua. Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts