Rawatan di Masjid BTP

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Taala yang telah mengurniakan nikmat iman dan Islam serta nikmat kehidupan. Syukur Alhamdulillah.

Cerita rawatan di MBTP kali ini lebih kurang sama sahaja antara kesnya sihir dan saka, cuma yang datang kali ini melibatkan satu keluarga yang anak-anaknya terkena gangguan dan pemikiran anak-anaknya macam sudah dikausai oleh makhluk halus. Tidak terurus cara pemakaian, pertuturan dana sebagainya. Memang sepanjang kami rawat, semua titik point yang kami tekan, semuanya kesakitan. Kami doakan apa yang patut, tapi agaknya kena pergi rumah keluarga ini untuk rawatan, sebab kehadiran keluarga ini mengundang rasa tidak selesa pesakit2 lain. Yer lah adik beradik famili nie tak terurus, mengundang kehadiran 'kasturi' yang tidak wangi.

Bukan nak mengata, tapi itulah hakikat, insya Allah, kami dah lakukan yang termampu, tapi harapan kami, kami boleh membantu dengan datang ke rumah mereka, lagi senang. Ayah adik beradik nie datang ke MBTP dengan senapang patah, takot jugak kami. Rupa2nya ayahnya nie Pak Gad/ Security hehehehe.

Dan kes yang agak menarik, ada Syek Muhammad datang ingin membantu sahabat muallij. Siap bagi salam Ya Khalifatullah kepada sahabat ana tue. Rawatan berakhir jam 7.10 malam, penat jugak hehehehe yerlah pagi 23hb ke S. Alam, ptg di MBTP malam di jalan 6/4, Dahlia, BTP. Namun itulah hakikat perjalanan kami sebagai muallij di BTP. Moga dipermudahkan Allah Taala urusan kami. Amien!!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts