Kenapa Kembung jer perut nie Ustaz

Rawatan Blok 27
Jam 1000 malam
Tarikh : 28 Mac 2011
Perawat : Tn Hj Kamisan, Pak Ali dan Ust Rosdi

Latar belakang kes:
Seorang perempuan yang mengalami sembab [muka bengkak] yang berubah-ubah, kadangkala membengkak di perut [macam busung], kadang kala di kaki [macam kaki gajah] dan berubah-ubah kedaannya. Suaminya kata, belum ada perubahan ustaz selepas dua kali rawatan. Nasihat ana [kerana ana mula-mula sampai ke rumah yang berkenaan, sempatlah sembang sekejap], banyakkan bersabar, terus amalkan ayat-ayat/ zikir yang diberikan.

Rawatan dengan ruqyah, seterusnya sesi dialog dengan gangguan yang ada, dari siam katanya. Ada 49 katanya [wallhu a'lam]. Jam 12 malam rawatan selesai, dengan akak tadi mengalami muntah-muntah yang teruk. 

Adik perempuan akak tadi pun dirawat jugak, mengalami masalah sakit tulang belakang dah hampir sebulan, dah check dengan doktor, tiada apa-apa penyakit kata doktor. Ana tekan ubun-ubun sambil membacakan ayat-ayat, terus tumbang adik kepada akak tadi. Alhamdulillah, kes setel  dengan izinnya, namun rawatan perlu diulang berkemungkinan masih ada. Yerlah benda alam yang kita tak nampak.

Segalanya dengan izin Allah Taala jua. Ilmu Allah Taala terlalu luas, maka beruntunglah mereka yang selalu mencari dan menuntut ilmu Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts