MOHON DI DOAKAN BERSAMA

Assalamualaikum WMT dan Salam kemenangan,

Syukur ke hadrat ALLAH dengan limpahan kurnia dunia bagi bekalan akhirat kepada ciptaan dan hambaNYA. Betapa beruntungnya mereka yang berfikir dan berzikir, berzikir dan berfikir dalam setiap penciptaan langit dan bumi, setiap pencetusan kejadian alam, setiap sapaan kehikmahan akan segala hal. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar.

BagiNya seluruh selawat dan salam, bagiNya penuh mahabbah, tiada pintu kepada ALLAH kecuali melaluiNya, Dia Sayyidina Muhammad SAW, insan penuh kemuliaan bagi setiap kehinaan, penuh cahaya bagi setiap kegelapan, penuh arif bagi setiap kejahilan, penuh kasih sayang bagi setiap kebencian, penuh kelembutan bagi setiap kekasaran, penuh kegembiraan bagi setiap kedukaan. Dia pembawa rahmat buat sekalian alam, pembawa berita kegembiraan bagi mereka yang 'berduka'. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. [dari blog TIAF]

PEMBACA yang dihormati sekalian,

Sahabat perawat kami iaitu Pak Ali sekarang ini, sedang sakit tenat, mohon sahabat-sahabat muallij/ perawat sama-sama kita ikhtiarkan rawatan kepada Pak Ali supaya sakitnya berkurangan Insya Allah. Mana-mana yang bolehlah yer. Kesian jugak kami tengok, dah kurus sangat badannya sekarang. Pak Ali adalah perawat veteran dalam Kumpulan PEBATAP, doakan agar dia mendapat kesembuhan dariNya. Amien!!!

Mohon juga guru-guru rawatan Islam yang beliau hadiri, mendoakan beliau Insya Allah, antaranya, TG Dato' Ismail Kamus - Darussalam, TG Ustaz Wan Asrul - TIAF dan Saudara Khairul Syakirin - RIDAM.

Paling kurang pun, kita hadiahkan bacaan al-Fatihah buat Pak Ali, agar dengan al-Fatihah tadi mampu memberikan ruqyah kesembuhan buatnya. Insya Allah.

Photobucket

Pak Ali yang berbaju merah [ketika sesi menadah ilmu dengan Ustaz Wan Asrul - TIAF]

2 comments:

  1. Alfatihah..semoga beroleh kesembuhan dari Allah Taala

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Pak Ali dah beransur-ansur sembuh, syukran atas doa kalian yer.... Baarakallahu fiikum ...

    ReplyDelete

Popular Posts