Rawatan Kisah Ala Balqis

Alhamdulillah, wa syukru lillah.

Kami dijemput untuk merawat kisah remaja perempuan yang akan hilang daripada rumahnye menjelang asar, menurut sumber, sudah 2 kali remaja ini keluar paper [cerita misteri kehilangannya di HM kalau tak silap lah], kebetulan kawan kepada naqib kami kenal group perawat kami di BTP, dan apa salahnya kami mencuba. 

Kebiasaannya kata makcik remaja ini, bomba/ dan masyarakat sekitar akan membantu mencari remaja berkenaan sehingga jumpa, dah 2 3 kali bomba dipanggil untuk mencari remaja ini apabila dia hilang. Masya Allah, semuanya dengan izinNya jua. Dengan kehendakNya jua. 

Jadi jumaat malam kami ke sana, 27 Mei 2011 lah tue, selepas Isyak kami bertolak ke sana, tempatnya dirahsiakan demi keselamatan. Sesampai di sana jam 10 malam, memang penuh rumahnya dihadiri oleh saudara-saudara remaja ini, dari Johor ada, Klang pun ada dan sekitar Selangor lah.

Kami ruqyahkan remaja berkenaan, kami datang bertiga, sebelum habis ruqyah, remaja berkenaan sudah tumbang/ kerasukan, hasil dialog mengatakan yang mengganggunya ialah jin dari hutan berkenaan, alasan remaja perempuan ini mengganggu tempatnya, jadi naqib kami dan sahabat dakwahkan gangguan berkenaan, dan Alhamdulillah bersetuju untuk keluar dan bersumpah dengan nama Allah Taala takkan mengganggu remaja ini dan keluarganya lagi.

Keluar sahaja jin berkenaan, jin-jin yang ada dalam rumah berkenaan ambik alih, ada 4 katanya, 1 Islam 3 lagi kristian, Alhamdulillah, dengan izinnya jua, naqib dan sahabat mampu menanganinya, ana hadir sebagai pemantau sahaja hehehehe, taklah ana pun dalam proses belajar dengan sahabat-sahabat jer. Moga ilmu Allah boleh dikongsi tanpa syarat kerana Dia yang menurunkan segala ilmuNya pada manusia, namun ada manusia yang menganggap itu adalah ilmunya. Betul adab berguru perlu ada, namun perlu difahami bahawa, semua ini adalah konsep doa kepadaNya.

Sebelum kami balik, satu demi satu saudara mara remaja ini ingi di scan/ cek kan diri mereka sendiri, Ada yang tumbang, ada yang menggeletar-geletar tangan kanannya dan macam-macam lagi, hasilnya kami balik ke rumah jam 4 pagi malam tue, ujian betol.

Alhamdulillah, bertanyakan sahabat, remaja berkenaan tak hilang lagi setakat ini, [setakat 30 Mei ni selepas rawatan berkenaan] kecuali dia lari sendiri hehehe

No comments:

Post a Comment

Popular Posts