Pemakaian Serban

Serban itu bukanlah budaya orang arab, tetapi pembawaan dari Nabi-nabi di Tanah Hijaz dan bangsa Arab mengekalkannya sehingga Nabi Muhammad diutuskan pun orang arab jahiliyah masih tetap memakai serban. 

Nabi meniru pemakaian serban dari para malaikat. Ini maknanya serban adalah pakaian syurga. Tiada satu hadis yang melarang pakai serban tetapi lebih 10 hadis menceritakan keelokan memakai serban
“Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.” (Thabrani)

“Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkanlah (hujungnya) ke belakang kerana sesungguhnya ia adalah tanda para malaikat." (Thabrani & Baihaqi)

Umpama songkok, masyarakat melayu menganggap pakai songkok itu islamik kerana ketika zaman islam sampai di Tanah melayu, kerajaan Uthmaniah ketika itu memakai songkok. Seandainya ketika itu Kerajaan Uthmaniah berserban, sudah tentu orang Melayu hingga kini akan berserban.

Serban masih boleh di lihat di pakai oleh orang tua-tua di pantai timur lebih-lebih lagi negeri Kelantan. Mereka menggelarkannya 'SEMUTAR' dan ianya satu budaya pemakaian orang-orang tua sejak Islam sampai di Kelantan.

Dari blog Syeh Mustaqim : http://klinik-muallij.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts