Rawatan di MBTP 29 Mei

Belian: klik http://www.rawatanislam.com
Alhamdulillah, segalanya hanya dariNya, kembali kepadaNya. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW.

Rawatan di Masjid BTP kali ini, tidaklah ramai yang berhajat datang, namun ada hikmahnya, kes kronik yang memerlukan perhatian dari perawat.

Bermula sesi ruqyah, 2 remaja perempuan mengalami kerasukan tahap melampau, terus naqib merawat, kerana 'keganasan' melampau hehehe. Asalnya dia terkena di sekolahnya sebelum sesi persekolahan bercuti, apabila pak sedaranya datang membawanya pulang ke rumah, di rumahnya terus kerasukan dan mengganas. Jadi rawatan susulan dibuat pada hari ini 29 Mei 2011.

Suara remaja ini bertukar garau dan macam-macam lagi, 2 remaja ini sahaja naqib kami mengambil masa semuanya dari jam 2:30 petang -7.00 petang. Yang lain dirawat oleh sahabat Ustaz Asri dan ana sendiri. Masaya Allah, moga Allah Taala kurniakan kesembuhan pada 2 remaja tadi.

Antara lain kes remaja jugak, menuntut di UiTM, kurus badannya, kerana terlalu memikirkan badannya ada gangguan jin, sebenarnya, sudah dirawat, dan Alhamdulillah, setel dengan izinNya jua. Namun, dia masih tidak boleh menerima keadaan berkenaan. Dalam badan saya ada jin ustaz....katanya, macam mana saya nak teruskan hidup saya begini.

Itulah masalah utama, bila terlalu memikirkan masalah jin berkenaan, selera makan hilang, muka jadi pucat, muka tak berseri. Jadi sesi kaunseling dijalankan oleh ana. Ana bawakan beberapa contoh, bagi suntikan semangat, agar dia jadikan pendorong untuk berubah. Sebelum balik ana nasihatkan agar dia berusaha sendiri untuk sembuh melalui amalan2 zikir dan ayatul quran yang lain.

Itulah pesan guru, bila manusia dah dikuasai psikologinya oleh gangguan berkenaan, maka jadilah semuanya tak keruan, padahal kita khalifah Allah, kita boleh arahkan mereka keluar!!! Wallahu a'lam!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts