DARUSSALAM DI SBPI RAWANG

Pada 9 Oktober 2011, Ahad, pihak Persatuan Kebajikan DARUSSALAM, telah hadir membantu pihak SBPI Rawang, di Rawang, Selangor. Ini adalah kerana sekolah berkenaan mengalami masalah gangguan. Berlanjutan dalam tempoh yang agak lama, seingat saya, sebelum Ramadhan lagi.

Alhamdulillah, dimulakan solat hajat sekitar jam 10:45 pagi dan seterusnya bacaan beberapa surah dari al-Quranul Kareem, diketuai oleh Pengerusi Darussalam, al-Fadhil Ustaz Manaf. Sesi rawatan dan pemagaran kawasan sekolah dilakukan. Rawatan berlangsung sehingga jam 3:30 petang. Bukan masalah histeria, namun gangguan kepada murid di sekolah berkenaan itu sendiri, maybe jin-jin saka murid-murid berkenaan mengganggu jin-jin yang sedia ada di sekolah berkenaan.

Insya Allah Pengerusi Darussalam menurunkan petua-petua supaya semua lapisan masyarakat di sekolah mengamalkan perkara berkenaan. Sebelum itu, pengerusi Darussalam dijemput ke Vietnam, untuk rawatan di sana. Moga Allah Taala bersama dengan semua perawat Islam dan perawat Islam hanya berikhtiar sahaja, Allah Taala jua yang menentukan kesembuhan. Semuanya dalam PENGETAHUAN ALLAH TAALA.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts