CERITA RAWATAN PEBATAP 16 OKT 2011





ALHAMDULILLAH, sekali lagi dengan izinNya Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, PEBATAP dengan izinNya jua mampu memberikan khidmat Rawatan kepada mereka yang berhajat. Selawat dan salam buat ar-Rasul SAW semulia-mulia insan di atas muka bumi Allah Taala. Moga dengan usaha murni ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadikan kami tergolong dalam syafaat Rasulullah SAW. Insya Allah wa amien!


PEBATAP dengan 3 perawat yang tetap, TN Hj Kamisan, Ustaz Asri dan Ust Rosdi serta seorang pembantu, Saudara Amin, memulakan sesi ruqyah yang pertama jam 2:45 petang. Alhamdulillah ketika bacaan ruqyah, tiada yang tumbang awal. Dan kehadiran yang berhajat dengan rawatan kurang lebih 25 orang sahaja kali ini, moga Allah Taala telah mengurniakan kesembuhan pada yang hadir sebelum nie amien!

Cuma ada beberapa kes yang menarik minat ana kali nie.

Kes 1:
Seorang anak gadis yang sedang menjalinkan hubungan ke arah jinjang pelamin, diduga dengan kehadiran orang ketiga, anak gadis ini dirasuk dengan gangguan yang menyebut nama orang ketiga berkenaan, kebetulan anak gadis ini membawa gambar perempuan berkenaan, dan apabila kami mengatakan untuk mencacatkan mukanya, anak gadis yang kerasukan tadi, menangis teresak-esak dengan memohon maaf dan berjanji untuk berundur. Kes anak gadis ini adalah kes ulangan kali ketiga. Moga kesembuhan diperolehi oleh anak gadis berkenaan.Amalan zikir dan kaedah mandian diajar pada penghujung pertemuan.

Kes 2:
Seorang anak teruna, datang kali kedua sebagai kes ulangan, kesian tengok, kurus kering badan anak teruna ini, semasa sesi ruqyah tiada apa-apa kesan, namun selepas dicek dengan agak teliti, ternyata ada masalah, disertakan dengan teknik urutan saraf, barulah timbul gangguan berkenaan, termuntah anak teruna berkenaan. Masya Allah, ada kisahnya namun biarlah PEBATAP sahaja yang mengetahui dan ambik maklum hal ini.

Kes 3:
Seorang murid dari sebuah sekolah, kes yang agak kronik dan agak lama dirawat, sehingga menjelang Isyak [kebetulan anak murid nie, uzur syarie, tak solat maghriblah], memang ada kes lama anak murid nie, dan siap bergaduh dengan maknya lagi dalam keadaan kerasukan [maknya mempunyai masalah gangguan keturunan] dan anak murid ini beberapa kali dirawat oleh sahabat-sahabat lain namun kesembuhan belum lagi miliknya, moga ada kesembuhan dengan izinNya. Insya Allah, sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka.

Wallahu a'lam. PEBATAP akan teruskan rawatan pada sesi yang ke empat pada 23 Okt 2011 [AHAD]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts