DAKWAAN BERKAITAN AIR JAMPI

Dipetik dari blog Saudara Mustaqim : http://klinik-muallij.blogspot.com, bagi yang bertanya dan berhajat sahaja.

Assalamualaikum, kali ini ana ingin berkongsi hal tentang Kedudukan Air Musoffa dalam Majlis Fatwa kebangsaan iaitu keputusannya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.

Maka jelaslah di sini, penjualan secara komersial adalah dilarang. Tetapi ramai yang salah faham dengan fatwa ini dengan mengatakan air mosoffa itu haram. Hakikatnya, fatwa hanya melarang menjual secara komersial.

1. Apakah maksud menjual secara komersial?
Maksudnya, penjualan besar-besaran dan memberi jenama pada air ini.

2. Alasan tidak boleh jual secara komersial?
Kerana menghormati ayat al-quran yang telah dilarutkan ke dalam air itu dari terlangkah atau dipersendakan oleh orang bukan Islam.

Diharapkan isi kandungan ini jelas. Ana bukan mempromosikan air musoffa, tetapi ana pandang dalam sudut global. Ini bagi menjawab persoalan seseorang yang telah berkata "memang sah segala macam air jampi itu membawa kepada syirik".


Syirikkah air jampi?

Air jampi itu terbahagi kepada dua iaitu jampi dengan kaedah syirik dan jampi dengan ayat al-quran (Ruqyah).

1. Jampi dengan kaedah syirik: iaitu memohon hajat selain Allah iaitu bertawassul dengan jin dan syaitan, bulan, bintang, pokok dan lain-lain. Inilah yang ditegah secara keras.

2. Jampi dengan al-quran: memohon hajat kepada Allah dengan kaedah doa dan ikhtiar agar mendapat kesembuhan. Dan dibahagikan lagi kepada dua:

a. Menganggap air itu yang menyembuhkan: Inilah yang dikatakan salah dan ditegah.
Skrip: "Air ruqyah ini yang buat aku sembuh"

b. Hanya berikhtiar: Inilah yang terbaik kerana bukan air itu yang menyembuhkan, Allah yang menyembuhkan.
Skrip: "Insya Allah, Allah akan menyembuhkan aku setelah aku minum air ini"

Menganggap panadol, ubat batuk, ubat gastrik dan lain-lain ubat hospital sebagai penyembuh juga haram!

Ana pernah menjawab persoalan ini di dalam tajuk Salah Faham Encik Nawawi Subandi Tentang Air Jampi di http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/05/salah-faham-encik-nawawi-subandi.html

DALIL AL-QURAN ITU PENAWAR

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa: 81-82)

Katakanlah: "Al Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mu'min. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quraan itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh" (Fussilat: 44)

APA KAITAN AIR MUSOFFA DENGAN AIR JAMPI

Sama sahaja tetapi cara penyediaan sahaja berbeza. Air jampi (ruqyah) biasanya disediakan dengan tiga cara:
  1. Kaedah hembusan ke atas air setelah dibacakan ayat Al-Quran
  2. Kaedah penulisan dan dilarutkan dengan air.
  3. Kaedah mengambil air dari takungan air wuduk yang masih bersifat mutlaq (air kolah masjid)
Musoffa adalah penjenamaan. Yang sebenarnya, dikalangan ahli pengubatan menyebutnya sebagai air pinggan putih. Penghasilan air pinggan putih ini melalui kaedah menulis ayat al-quran ke atas pinggan berwarna putih dengan dakwat seperti zafaran atau roselle atau halia. Dakwat ini akan dilarutkan dengan air zamzam. Kaedah ini digunapakai oleh ulama pada suatu ketika dahulu ketika sihir menjadi-jadi selepas kewafatan rasulullah. Ianya kaedah ikhtiar.


Akhir kata, jika kita bukan ahlinya, janganlah kita mudah-mudah mengisytiharkan orang lain syirik. Bak kata Ustaz Sharhan, "Kalau (sihir) belum kena atas batang hidung kita, kita tak tahu"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts