Awas!! Ada Yang Menggunakan Nama Kami

Assalamualaikum wbt...
Ya Allah, Tuhan yang memiliki siang dan malam, Tuhan sarwa sekalian alam, Kami merafakkan sembah dengan puji-pujian buatmu Ya Zal Jalaalil wal Ikram,

Kami kalungkan kasih dengan selawat dan salam, buat Nabi Muhammad SAW, Nabi yang khatam. Yang telah mengeluarkan manusia daripada jahiliah yang kelam, kepada suluhan cahaya iman yang tidak pernah padam, yang  telah menyuluhi akhlak manusia dengan sabda junjungan dan wahyu tuhan, agar bersemayam keagungan Islam.

Buat semua pembaca blog muallij BTP yang dikasihi sekalian, kami mendapat maklumat bahawa ada insan yang tak bertanggungjawab menggunakan nama group kami iaitu muallijBTP untuk merawat mereka yang berhajat. 

Namun insan ini menggunakan kaedah/ teknik rawatan yang bukan cara kami. Betul teknik/ kaedah rawatan luas, namun cara yang digunakan oleh insan ini, tidak kami gunakan. Oleh itu kami group Muallij BTP berlepas tangan daripada mana-mana bomoh/ perawat yang menggunakan nama kami selaku MuallijBTP. 

Jadi yang berhajat untuk rawatan pastikan anda menghubungi orang yang betul seperti nama yang tertera di sebelah kanan blog ini sahaja. Setakat ini, group Muallij BTP tidak menerima mana-mana perawat lain lagi kecuali kami sahaja.

Akan timbul fitnah bagi kami kerana kami tidak pernah melakukan amalan seperti yang didakwa oleh pesakit, iaitu:

  1. Merawat menggunakan kayu nona.
  2. Kami memandikan pesakit [siap pesakit tanya masa mandi nak pakai baju/kain macam mana]
  3. Meletakkan harga yang tinggi pada setiap sesi rawatan.
  4. Merawat tanpa kehadiran mahram pesakit
  5. Merawat dalam keadaan gelap

Terima kasih pada sahabat yang memberikan info ini iaitu Saudara Mualij Hassan dari Sg Buaya, H. Selangor. Mualij Hassan dituduh mempermainkan pesakit kerana berjanji untuk memandikan pesakit. Fitnah untuknya juga.

Berjaga-jagalah dengan perawat palsu yang menggunakan jenama Rawatan Islam untuk kepentingan peribadi.

Wallhu a'lam.

----------------
Blogger:
Ust Rosdi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts