Menggunakan Air Najis Khinzir

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

Malam tadi 8 Mac 2011, sepatutnya ada rawatan di BRP, namun, last2 minit yang berhajat cancel kan rawatan, moga yang berhajat sihat dan dalam naungan Allah Taala, bi IzniLLAH. selepas tue, kebetulan plak ada insan lain yang berhajat untuk mintak kami doakan kedainya yang mana bila yang berhajat nie masuk ke kedainya, terus dia akan pening, bila solat fardhu, kepalanya terasa pening dan bergoyang dengan sendirinya.
Alhamdulillah ana dan naqib kumpulan ana sahaja yang datang, sahabat lain ada kepentingan keluarga yang harus diutamakan, moga sahabat beroleh kesihatan dari Allah Taala. Jam 9:30 malam ana dah terpacak di depan kedai, namun oleh kerana yang berhajat sorang2 jer dalam kedai [perempuan], jadi ana mintak dia telefon suaminya atau adiknya datang menemaninya, elakkan fitnah, jadi jam 10 malam adiknya datang, jam 10.30 malam baru suaminya sampai. Outstation tadi kata suaminya.
Naqib ana datang jam 10:30 malam, selepas maghrib tadi katanya dah janji dengan isterinya nak pergi beli Blackberry untuk isteri tercinta hehehe...tahniah isteri naqib ana, dapat hadiah Blackberry tue... Ana start rawatan dulu dengan bacaan ayat2 ruqyah, habis ayatul Kursi, akak tadi terus tumbang dan mula meracau... aku taknak...aku taknak... Dailog antara kami dengan jin berkenaan :

MuallijBTP : Assalamualaikum wbt..
Pesakit : Waalaikumussalam...
MuallijBTP : Siapa kamu wahai hamba Allah...
Pesakit : aku dihantar/ disuruh oleh seseorang bertujuan menutup perniagaan perempuan ini, dia tak boleh berniaga di sini, aku tak suka.
MuallijBTP : Kamu Islam, kenapa buat kerje2 syirik dan dosa pada Allah Taala nie...
Pesakit : Aku disuruh, aku tak tau dosa [ayat standard lah nie...]
MuallijBTP : apa yang kamu letak kat kedai nie...
Pesakit : Air najis babi campur dengan air kencing, aku letak depan pintu kedai nie, dan pejabat suaminya... aku tak suka mereka nie..
MuallijBTP : sekarang dengan izin Allah Taala, kamu pergi ambil dan buang ke laut.. dengan Izin Allah Taala.. Apa yang kamu bagi makan perempuan nie?
Pesakit : Aku bagi minum air kencing pada perempuan nie, 3 bulan lepas...
MualliBTP : Masya Allah... dosa kerja kamu nie, kamu Islam [sesi tazkirah]

Alhamdulillah, selepas itu, pesakit sedar selepas gangguan berkenaan keluar, ketua jin tadi namanya Siti [wallhu a'lam]
Jam 11.45 malam rawatan selesai dan cara-cara mandian diajar dan cara-cara pemagaran kedai dan pejabat suaminya. Amalan zikir diajar bagi tujuan membenteng diri pesakit. Insya Allah, rawatan susulan akan dijalankan bagi suami dan akak tadi..

Segalanya dengan izin Allah Taala, bi izniLLAH.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts