Bermimpi dimandikan di kuil hindu

Rawatan pada pagi 20 Mac 2011 bersama dengan sahabat Imam Pak Ali, yang lain tak dapat hadir, naqib kami baru sampai dari Terengganu jam 4:30 pagi, jadi kepenatan, Ust Asri ada masalah kesihatan sikit, jadi ana Ust Rosdi dan Pak Ali sahaja yang mendoakan pesakit berkenaan. 

Sebelum nie, Puan S nie ana dah pernah rawat dengan naqib kumpulan kami iaitu Tn Hj Kamisan di kedainya yang mana jin mendakwa menyimbah air najis khinzir [ada entry sebelum ini], so, pagi ahad berkenaan, ana datang untuk rawatan susulan sahaja, jadi alang-alang kami datang Puan S bagitau nak scan semua familinya, Alhamdulillah yang lain tiada masalah cuma Puan S ni sorang sahaja.

Belum sempat kami menghabiskan bacaan asas 10, terus tumbang, nasib baik ana dah stand by kan bantal dibelakangnya. Terbaringlah Puan S tadi, anaknya yang bongsu menangis kerana tak sanggup tengok mamanya macam tue. Ana cover badannya dengan kain serban yang ana bawak. saat berdialog dengan jin berkenaan, mengakui dia jin hindu, baru sahaja masuk dan disuruh oleh tuannya. Shah nama tuannya katanya, namun kami bukan percaya pun.

Alhamdulillah dengan izin Allah kami islamkan jin-jin berkenaan dan meminta mereka beramal ibadat di Mekah, jadi hamba Allah yang baik bukannya hamba kepada manusia. Dipermudahkan oleh Allah Taala, rawatan selesai dalam masa  1 jam sahaja, yer lah anak-anak Puan S 5 orang, suaminya dan dirinya sendiri. Syukur, rawatan berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts