Rawatan pada 22 Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah wa syukru LILLAH
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad...

Dalam membantu mereka yang berhajat, kami yang hanya ada 4 orang anggota MuallijBTP yang aktif merawat, kadangkala perlu berpecah 2 group, yer lah orang yang berhajat, tak mampu menanggung ketidaksihatan mereka, maybe ada yang berfikir, mereka terkena gangguan jin /makhluk halus, namun ada jugak masalah emosi [mental] gara-gara tekanan daripada pelbagai masalah harian/ kerja.

Itulah, tujuan hidup kadangkala perlu kita jelas, antara dunia dan akhirat, ada yang melebihkan dunia ada yang melebihkan akhirat, namun antaranya adalah wasatiyyah [bersederhana dalam amalan dunia/ akhirat], namun semuanya sudah Allah jelaskan dalam kitab al-Quran. Biarlah kita beramal kerana Allah demi hidup yang abadi kita di akhirat sana.



Segalanya Sudah Dijawab di dalam al-Quran ……….

KITA SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA JUGA KADANGKALA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216

PABILA KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’
- Surah Al-Baqarah ayat 286

ADAKALANYA KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139

DAN… KETIKA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI MASALAH INI?

QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

APABILA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45

LALU KETIKA KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
- Surah At-Taubah ayat 111

DAN KETIKA KITA BERTANYA : KEPADA SIAPAKAH AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.’
- Surah At-Taubah ayat 129

ADAKALANYA KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12

Sesungguhnya, semuanya telah ada di dalam al-Quran. Kalau masih nak mengeluh lagi …jom gi ngaji, tenang rasa hati kita nanti

No comments:

Post a Comment

Popular Posts