Rawatan di MBTP 20 Mac 2011

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

Ya Allah, Tuhan yang memiliki siang dan malam, Tuhan sarwa sekalian alam, Kami merafakkan sembah dengan puji-pujian buatmu Ya Zal Jalaalil wal Ikram,

Kami kalungkan kasih dengan selawat dan salam, buat Nabi Muhammad SAW, Nabi yang khatam. Yang telah mengeluarkan manusia daripada jahiliah yang kelam, kepada suluhan cahaya iman yang tidak pernah padam, yang  telah menyuluhi akhlak manusia dengan sabda junjungan dan wahyu tuhan, agar bersemayam keagungan Islam.

Allahumma antas salam

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki sifat kesejahteraan, Sesungguhnya dari Mu kesejahteraan, Kepada Mu jua kesejahteraan, hidupkanlah kami dalam kesejahteraan, masukkanlah kami dalam syurga Mu yang empunya kesejahteraan.
Rawatan pada kali ini, yang berhajat tidak ramai, lebih kurang 25-30 orang sahaja, memandangkan hari akhir cuti persekolahan, ada ibu bapa penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke asrama penuh/ sekolah, walaubagaimanapun cabaran rawatan tetap sama, pelbagai kes, dari anak-anak kecil hingga ke yang dewasa.
Kali ini ada makcik dari Taiping, datang ingin berjumpa dengan naqib kami Tn Hj Kamisan berkaitan barah payu dara, menggunakan ikhtiar yang diperturunkan oleh TG, kami mendoakan makcik tadi, moga kesembuhan miliknya nanti, Insya Allah. Tuan/puan boleh download ruqyah barah dari sini [klik link ini], cuba hayati dan dengar serta dapatkan panduan pada entri yang ditulis oleh Blogger berkenaan iaitu TG Ust Mustaqim dari Melaka, atau muat turun terus di sini [link]

Kes lain antaranya kes sihir yang banyak berleluasa dalam masyarakat melayu [adakah melayu mudah lupa daratan?] wallhu a'lam. Moga yang datang beroleh kesembuhan, kami perawat/ yang mendoakan hanya mampu 20% atau 15% sahaja membantu, selebihnya adalah pesakit itu sendiri. 


Beramallah dengan apa yang perawat ajarkan, moga berkat bacaan tuan/puan, beroleh kesembuhan, ada hikmah atas semua yang berlaku, maka letakkanlah semua penyakit dari Allah Taala, maka hati dan jiwa kita akan tenang, setenang air di Tasik Biru Kundang, hehehe.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts